wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sains T2 Bab 10.1 Ciri-ciri Gelombang Bunyi

Total questions: 10

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah bunyi dihasilkan?

a)

Melalui pantulan

b)

Melalui getaran

c)

Melalui penyerapan

d)

Melalui resapan zarah-zarah udara

2.

Mengapakah tiada kedengaran bunyi di angkasa lepas?

a)

Bunyi dipantulkan di angkasa lepas

b)

Bunyi merambat dengan sangat laju dalam vakum

c)

Bunyi memerlukan medium untuk merambat

d)

Bunyi merambat dengan sangat perlahan di angkasa lepas

3.

Bunyi ialah satu bentuk tenaga yang


*Pilih lebih dari satu jawapan

a)

boleh dipantul dan diserap

b)

merambat pada kelajuan yang berbeza dalam medium berbeza

c)

bergerak lurus

d)

memerlukan medium untuk perambatan

4.

Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah turutan menaik bagi pemindahan bunyi melalui medium?


P: Udara

Q: Kepingan logam

R: Air suling

a)

P, Q, R

b)

Q, R, P

c)

P, R, Q

d)

Q, P, R

5.

Rajah menunjukkan satu eksperimen melibatkan loceng elektrik yang diletakkan di dalam bekas loceng. Yang manakah merupakan PEMERHATIAN bagi eksperimen ini?

a)

deringan loceng didengari paling kuat apabila keseluruhan udara di dalam bekas dikeluarkan

b)

deringan loceng tidak kedengaran apabila keadaan di dalam bekas menjadi vakum

c)

deringan loceng menyebabkan bekas bergetar bersamaan dengan frekuensi bunyi

d)

Menghidupkan pam vakum menjadikan deringan loceng menjadi lebih kua

6.

Antara bahan berikut, yang manakah membantu mengurangkan pantulan bunyi di dalam sebuah bilik?

a)

Langsir tebal

b)

Cermin

c)

Dinding konkrit

d)

Meja kayu

7.

Mengapakah bilik studio mempunyai bilik berlapis?

a)

Untuk memindahkan bunyi

b)

Untuk menunjukkan bahawa bunyi memerlukan medium untuk merambat

c)

Untuk menyerap bunyi

d)

Untuk memantulkan bunyi

8.

Tentukan pernyataan di bawah BETUL atau SALAH.


"Bunyi merambat paling cepat dalam medium pepejal"

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Tentukan pernyataan di bawah BETUL atau SALAH.


"Cahaya merambat lebih cepat daripada bunyi"

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Tentukan pernyataan di bawah BETUL atau SALAH.


"Susunan zarah dalam cecair yang rapat melambatkan pemindahan bunyi"

a)

BETUL

b)

SALAH