WorksheetsPILIHAN RAYA
Total questions: 24
Worksheet time: 18mins
Name
Class
Date
1.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri?
a)
Pilihan raya kecil diadakan lima tahun sekali
b)
Diadakan kerana perletakan jawatan seorang ahli Dewan Undangan Negeri
c)
Tidak perlu diadakan jika tempoh baki hayat Dewan Undang Negeri tinggal tiga tahun.
d)
Diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh diisytiharkan kosong bagi mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia.
2.
Yang manakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat dipecat?
a)
Didenda sebanyak RM 2000 dan masih tidak diampuni
b)
Tidak menyerahkan akaun perbelanjaan dalam pilihanraya kecil
c)
Tidak menghadiri persidangan dewan selama 6 bulan dengan kebenaran
d)
Tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 3 bulan selepas menang dalam pilihan raya
3.
Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubarkan pada 1 November 1999. Bilakah tarikh akhir bagi Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan Pilihanraya Umum di negeri tersebut?
a)
1 Disember 1999
b)
31 Disember 1999
c)
29 Januari 2000
d)
28 Februari 2000
4.
Yang manakah benar tentang tindakan seorang pemilih mencabar keputusan pilihan raya kecil?
a)
Pemilih boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
b)
Seorang pemilih boleh mencabar keputusan pilihan raya jika calon pilihannya hilang wang pertaruhan
c)
Mahkamah Tinggi boleh membuat keputusan pemilihan di kawasan berkenaan diadakan semula
d)
Keputusan pilihan raya boleh dicabar bila-bila masa selepas keputusan penuh diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
5.
Pengundi yang manakah yang dibenarkan mengundi secara pos?
a)
Encik W yang uzur dan dimasukkan ke hospital
b)
Encik X yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 bulan
c)
Encik Y yang merupakan salah seorang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
d)
Encik Z yang akan berkhidmat sebagai kakitangan tidak tetap Suruhanjaya Pilihan Raya
6.
Yang manakah berkaitan dengan pilihan raya kecil kawasan Parlimen?
a)
Pilihan raya kecil diadakan apabila ahli Dewan Rakyat lompat parti, iaitu menyertai parti politik lain.
b)
Diadakan kerana peletakan jawatan seorang Ahli Parlimen kerana faktor tertentu
c)
Tidak perlu diadakan jika tempoh baki Parlimen hanya tinggal dua tahun
d)
Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen berkenaan juga perlu diadakan semula.
7.
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
a)
Membatalkan keputusan sesuatu pilihan raya
b)
Mendaftarkan para pemilih bagi tujuan pilihan raya
c)
Mencadangkan persempadanan baharu kawasan pilihan raya
d)
Melantik calon untuk bertanding dalam sesuatu pilihan raya
8.
Yang manakah benar tentang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?
a)
Boleh terdiri daripada kalangan ahli Parlimen
b)
Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap
c)
Saraan diperuntukkan daripada Kumpulan Wang yang Disatukan
d)
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
9.
Yang manakah berkaitan dengan pembubaran Parlimen?
a)
Pembubaran Parlimen diisytiharkan oleh Speaker Dewan Negara
b)
Pembubaran Parlimen bermaksud pembubaran keseluruhan Parlimen
c)
Parlimen hanya akan terbubar secara automatik apabila genap lima tahun
d)
Persidangan Parlimen yang baru harus diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pilihan raya yang baru
10.
Yang manakah akan menyebabkan Encik X hilang kelayakannya sebagai ahli Dewan Rakyat?
a)
Menggunakan hak kewarganegaraan asing
b)
Dihukum penjara selama 6 bulan dan denda RM 1000
c)
Menjalankan kegiatan perniagaan dan menjadi pemilik beberapa buah syarikat.
d)
Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut – turut tanpa izin
11.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?
a)
Menyelia daftar-daftar pengundi
b)
Menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara
c)
Meminta bantuan daripada pihak awam dan parti politik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya
d)
Meluluskan sempadan kawasan pilihan raya untuk disemak oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
12.
Tugas Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah
a)
membahaskan masalah rakyat
b)
meluluskan dasar kerajaan
c)
membahaskan ideologi parti-parti politik
d)
menyelaras pelaksanan dasar kerajaan
13.
Yang manakah merupakan pernyataan yang benar tentang pilihan raya?
a)
Pilihan raya Dewan Undangan Negeri dan Parlimen mesti berjalan serentak
b)
Ketua parti yang menubuhkan kabinet memilih pemimpin dalam partinya dan parti lain menjadi menteri
c)
Pilihan raya kecil tidak boleh diadakan semula apabila sesuatu pilihan raya baru tamat
d)
Ketua parti yang mempunyai banyak calon yang menduduki Parlimen akan diundang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan
14.
Yang manakah merupakan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?
a)
Menentukan tarikh pilihan raya
b)
Menentukan calon yang bertanding
c)
Menentukan pembahagian kawasan pilihan raya
d)
Memutuskan aduan tentang keputusan pilihan raya
15.
Yang manakah dianggap sebagai faktor yang menghilangkan kelayakan seseorang yang terpilih sebagai calon sesuatu pilihan raya di Malaysia?
a)
Calon disahkan tidak waras
b)
Calon telah diisytiharkan muflis
c)
Calon berkelakuan tidak baik dan lemah anggota badan
d)
Calon tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti politik
16.
Yang manakah yang benar tentang pilihan raya di Malaysia ?
a)
Keputusan rayuan petisyen pilihan raya adalah muktamad
b)
Isteri pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos
c)
Persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan oleh Jawatankuasa Parlimen
d)
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara layak menjadi calon
17.
Semua penyatan yang berikut benar tentang pilihan raya
a)
Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya layak mengundi
b)
Seorang bekas banduan yang juga pengundi yang sah boleh mengundi
c)
Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab mengawal kempen pilihan raya
d)
Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan tarikh pembubaran Parlimen
18.
Antara yang berikut, siapakah yang layak mengundi dalam sesuatu pilihan raya ?
a)
En. S telah mencapai umur 21 tahun tetapi belum mendaftar
b)
En. T, penduduk tetap dan bermastautin di suatu bahagian pilihan raya
c)
En. U, warganegara Malaysia dan telah mendaftar sebagai pemilih
d)
En. V sedang belajar di luar negara dan telah mendaftar sebagai pemilih
19.
Penyataan di bawah ini benar tentang pilihan raya di Malaysia
a)
Pilihan raya kecil boleh diadakan semula atas arahan mahkamah
b)
Pilihan raya Dewan Undangan Negeri dan Parlimen mesti dijalankan serentak
c)
Ketua parti yang mempunyai banyak kerusi di Parlimen akan diundang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan
d)
Keahlian Dewan Rakyat dipilih oleh Perdana Menteri
20.
Antara keanggotaan berikut, manakah ahli yang dipilih melalui pilihanraya ?
a)
Ahli Dewan Negara
b)
Ahli Dewan Rakyat
c)
Ahli Dewan Undangan Negeri
d)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
21.
Antara penyataan berikut, yang manakah benar mengenai pilihan raya ?
a)
Persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri dibuat 5 tahun sekali
b)
Semasa pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri mesti diadakan 30 hari selepas berlaku kekosongan
c)
Pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hariselepas penamaan calon bagi semua Dewan Undangan Negeri
d)
Keputusan pilihan raya boleh dipertikai di Mahkamah Tinggi
22.
Beberapa jawatankuasa diwujudkan di Parlimen dengan tujuan membantu dalam pengurusan tugas Parlimen. Antara jawatankuasa berikut yang manakah terlibat dengan jawantankuasa berkenaan?
a)
Jawatankuasa Hak Ahli
b)
Jawatankuasa Pemilihan
c)
Jawatankuasa Pemecatan
d)
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
23.
Yang manakah antara berikut menyebabkan seseorang ahli Dewan Undangan Negeri boleh terlucut ?
a)
tidak memaklumkan perbelanjaan pilihan raya
b)
memegang jawatan Menteri Besar dan ahli Dewan Rakyat
c)
tidak hadir persidangan melebihi 180 hari
d)
didakwa di mahkamah
24.
Yang manakah antara berikut tidak berkelayakan untuk mengundi semasa pilihan raya umum diadakan?
a)
bekas banduan
b)
dituduh membunuh
c)
ditahan reman
d)
dihukum mati
100 %
