wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Buli di Sekolah

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Alya, Nadia dan Damia merupakan murid tahun 6. Mereka bertiga sering bergerak dalam kumpulan untuk memeras ugut. Kumpulan mereka adalah dikenali sebagai? *

a)

Vandalisme

b)

Gengsterisme

c)

Kumpulan tiga sekawan

d)

Kumpulan Nayid

2.

Berikut merupakan contoh buli fizikal, KECUALI?

a)

Menendang

b)

Mengambil hak mangsa buli

c)

Mengejek

d)

Memukul

3.

Buli lisan adalah berbeza dengan buli fizikal yang dilakukan tanpa sentuhan. Bagaimana buli lisan berlaku? *

a)

Memaksa mangsa melakukan perkara yang tidak diingini

b)

Memukul mangsa hingga menyebabkan kecederaan

c)

Mengusik, menghina, memfitnah atau mengejek

d)

Mengambil hak mangsa buli tanpa kebenaran

4.

Pilih punca gejala buli sosial yang betul di bawah.

a)

Inginkan perhatian

b)

Dengki

c)

Pengaruh rakan sebaya

d)

Semua di atas

5.

Anda menerima mesej yang negatif daripada pembuli siber. Dengan siapakah yang anda boleh laporkan keadaan tersebut?

a)

Kawan

b)

Ibu bapa

c)

Pihak polis

d)

Orang yang anda percayai

6.

Buli lisan adalah buli yang berlaku melalui percakapan. Berdasarkan senarai di bawah, sila pilih punca gajala buli lisan. *

Sila pilih TIGA JAWAPAN yang betul.

a)

Bercakap sebelum berfikir

b)

Mencapai matlamat masa depan

c)

Tidak menjaga hati orang lain

d)

Sukar mengawal tutur kata

e)

Mempunyai sikap yang terlalu manja

7.

Guru disiplin sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap Arissa. Arissa didapati membuli murid tahun 2 di sekolah. Menurut anda, apakah punca Arissa membuli? *

a)

Suka melanggar peraturan

b)

Pentingkan diri sendiri

c)

Inginkan perhatian

d)

Semua di atas

8.

Izz sedang berjalan menuju ke kantin. Dia ditahan oleh Iman di tengah jalan dan Iman telah meminta wang dari Izz. Apakah yang perlu dilakukan oleh Izz?

a)

Memberi wang tersebut

b)

Memberitahu Iman bahawa perbuatannya salah

c)

Memberitahu guru

d)

Meminta tolong dari Pengawas

9.

Langkah-langkah berikut boleh dilakukan sekiranya menjadi mangsa buli siber, KECUALI

a)

Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.

b)

Membuang segala peranti dan menamatkan langganan internet

c)

Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru

d)

Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti

10.

Yang manakah BUKAN tanda seorang pembuli.

a)

"Kau ni memang bodohlah!!!"

b)

"Saya akan sebarkan rahsia awak jika awak tidak ikut kemahuan saya."

c)

"Teruknya kulit muka kau. Geli aku tengok!"

d)

"Wah! Pandainya awak."