wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 6 BAHAN BUANGAN

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan?

a)

Bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan

b)

Bahan yang berasal daripada haiwan, tumbuhan, batuan dan petroleum

c)

Bahan yang boleh dikategorikan mengikut jenis-jenisnya

d)

Bahan yang berasal dari rumah domestik dan kilang perindustrian

2.

Rajah menunjukkan beberapa jenis bahan buangan. Apakah kesimpulan yang paling tepat tentang bahan buangan tersebut?

a)

Bahan buangan yang memberi kesan baik kepada kesihatan kita

b)

Bahan buangan yang boleh dikitar semula

c)

Bahan buangan yang boleh terbiodegradasikan

d)

Bahan buangan yang tidak boleh terbiodegradasikan

3.

Bahan buangan yang manakah boleh ditanam di dalam tanah?

a)
b)
c)
d)
4.

Antara berikut, yang manakah merupakan bahan buangan yang tidak terbiodegradasikan? *

a)
b)
c)
d)
5.

Maklumat berikut menunjukkan bahan-bahan yang dikelaskan dalam kumpulan Y. Antara berikut, yang manakah TIDAK dikelaskan dalam kumpulan yang betul?

a)

Kaca

b)

Kertas

c)

Logam

d)

Plastik

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan tidak terbiodegradasikan?

a)

Bahan buangan yang tidak mencemarkan alam sekitar

b)

Bahan buangan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisma

c)

Bahan buangan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma

d)

Bahan buangan yang tidak kekal di dalam tanah untuk satu jangka masa yang panjang

7.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Botol kaca boleh terbiodegradasikan

b)

Bahan kumuh boleh terbiodegradasikan

c)

Sisa toksik boleh terbiodegradasikan

d)

Sisa makanan tidak boleh terbiodegradasikan

8.

Rajah menunjukkan sejenis bahan buangan. Pilih pernyataan yang tepat mengenai bahan buangan ini.

a)

Merupakan bahan buangan organik

b)

Akan mereput dan menjadi nutrien di dalam tanah

c)

Merupakan bahan buangan terbiodegradasikan

d)

Tidak boleh direputkan oleh mikrooorganisma

9.

Apakah yang akan terjadi sekiranya bahan buangan yang tidak terbiodegradasikan digunakan secara tidak berhemah?

a)

Meningkatkan masalah sosial

b)

Menyebabkan peningkatan populasi haiwan

c)

Menyebabkan pencemaran alam sekitar

d)

Bahan buangan itu akan direput oleh mikroorganisma

10.

Jumlah pesakit demam denggi semakin meningkat sepanjang bulan Julai hingga Ogos. Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan perkara ini?

a)

Banyak tin kosong dan bekas makanan yang dibuang di merata-rata tempat

b)

Sisa makanan ditanam di dalam tanah

c)

Kempen kitar semula tidak dijalankan

d)

Penyakit demam denggi boleh dijangkiti melalui udara

11.

Laila membuang sisa makanan ke dalam longkang. Imran pula membuang sampah ke dalam sungai.


Apakah kesan yang boleh berlaku?

a)

Pencemaran udara

b)

Pencemaran air

c)

Pencemaran bunyi

d)

Pencemaran sisa toksik

12.

Syarikat pengangkutan sampah di sebuah kawasan perumahan telah diarahkan untuk menghentikan operasinya di kawasan itu. Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh penduduk di situ?

a)

Bau busuk

b)

Kekurangan air

c)

Gejala sosial

d)

Air paip yang kotor

13.

Rajah menunjukkan jumlah bahan buangan yang dikumpulkan pada suatu kawasan. Apakah yang dapat disimpulkan berdasarkan rajah ini?

a)

Kertas lebih banyak dibuang berbanding dengan kaca dan botol plastik

b)

Logam paling sedikit dibuang tetapi lebih banyak dibuang daripada kaca

c)

Botol plastik paling banyak dibuang berbanding dengan kertas, kaca dan logam

d)

Jumlah bahan buangan kertas, kaca dan logam adalah lebih banyak berbanding dengan botol plastik

14.

Antara berikut, yang manakah merupakah cara pengurusan bahan buangan dengan betul?

a)

Menanam botol di belakang rumah

b)

Membakar daun kering yang dikumpulkan

c)

Meletakkan sampah di dalam tong sampah tertutup

d)

Menyalurkan bahan kimia dari kilang ke dalam sungai yang berdekatan

15.

Antara berikut, yang manakah merupakah cara pengurusan bahan buangan dengan salah?

a)

Menanam botol di belakang rumah

b)

Tanam daun kering yang dikumpulkan

c)

Meletakkan sampah di tepi tong sampah tertutup

d)

Menyalurkan bahan kimia dari kilang ke dalam longkang yang berdekatan

16.

Aisar membuang botol minuman dan tin minuman di belakang rumahnya. Jentik-jentik didapati membiak selepas seminggu. Antara berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah ini?

a)

Tanam bahan buangan tersebut

b)

Bakar bahan buangan tersebut

c)

Kitar semua bahan buangan tersebut

d)

Kutip bahan buangan tersebut dan jadikan baja kompos

17.

Encik Zamri hendak membuang sisa minyak daripada keretanya. Apakah yang perlu dilakukannya sebelum membuang sisa minyak tersebut?

a)

Menapis sisa minyak sebelum membuangnya ke dalam sungai

b)

Mencampurkan dengan air supaya menjadi lebih cair

c)

Meletakkan sisa minyak di dalam bekas khas

d)

Memakai pelitup muka

18.

Adib sedang menanam sisa makanan dari restoran tempat dia bekerja. Apakah yang sedang Adib lakukan ?

a)

Mengitar semula bahan

b)

Membuat baja kompos

c)

Menggunakan semula bahan

d)

Melupuskan bahan buangan tidak terbiodegradasi

19.

Antara padanan bahan buangan dan cara pelupusan bahan buangan berikut, yang manakah betul?

a)

Asap kenderaan - Guna bahan api berplumbum

b)

Kumbahan - Dirawat sebelum dilepaskan ke sumber air

c)

Plastik - Bakar secara terbuka

d)

Sisa makanan - Buang ke dalam longkang

20.

Rajah menunjukkan hasil daripada aktiviti yang telah dilakukan oleh Haqeem. Apakah jenis aktiviti yang telah dilakukan oleh Hakimie?

a)

Kitar semula

b)

Mengurangkan penggunaan

c)

Susun semula

d)

Guna semula

21.

Maklumat di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk melupuskan bahan buangan. Pilih urutan langkah yang betul.


K : Hantar ke tapak pelupusan

L : Bakar di dalam insinerator

M : Hantar ke pusat pengumpulan sampah

N : Asingkan mengikut jenis yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula

a)

M → N → L → K

b)

K → N → L → M

c)

M → L → N → K

d)

K → L → M → N

22.

Rajah menunjukkan sejenis bahan buangan. Pilih pernyataan yang tepat mengenai bahan buangan ini.

a)

Merupakan bahan buangan tidak organik

b)

Boleh mereput dan menjadi nutrien di dalam tanah

c)

Merupakan bahan buangan terbiodegradasikan

d)

Tidak boleh direputkan oleh mikrooorganisma

23.

Pilih pemerhatian yang tepat berdasarkan graf tersebut.

a)

Jumlah buangan botol plastik adalah yang paling sedikit.

b)

Jumlah buangan kaca adalah yang paling banyak.

c)

Jumlah buangan kertas lebih banyak berbanding logam dan kaca.

d)

Jumlah buangan kaca paling sedikit berbanding bkertas dan logam

24.

Yang manakah simbol kitar semula ?

a)
b)
c)
d)
25.

Pilih pernyataan yang betul tentang kitar semula.

a)

Tong biru untuk kertas, tong coklat untuk kaca dan tong oren untuk plastik

b)

Botol plastik di potong menjadi pasu kecil.

c)

Surat khabar dan majalah diproses menjadi tisu

d)

Bawa beg sendiri untuk membeli belah pada setiap hari Sabtu dan Ahad.