NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU PT3 SET 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Janganlah berdolak-dalik wahai __________. Beritahulah hamba perkara yang sebenarnya, "kata Megat Arjuna kepada Mayang Sari.
tuan hamba
saya
patik
beta
Dia seorang yang petah bercakap dan ceria. Oleh sebab itu beliau terpilih menjadi _________radio.
jurubahasa
juruhebah
jurucakap
juruacara
Encik Faris mengeluh setiap kali melalui kaki lima bangunan itu kerana berbau ___________ air kencing kucing.
busuk
hamis
hapak
hancing
Anggota penyelamat meneruskan usaha mencari kanak-kanak yang dikhuatiri lemas itu ____________ hari hujan.
hingga
sekiranya
walaupun
sementara
Adik Alia yang ________ bercakap itu telah terpilih mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato.
fasih
mahir
petah
cekap
____________pelajar tidak suka bergiat aktif dalam bidang kokurikulum sedangkan penglibatan mereka dalam kokurikulum merupakan merit kemasukan ke sekolah berasrama penuh.
Semua
Sekalian
Setengah
Sesetengah
Amran menjadi liar kerana ibunya sering _________ kepadanya.
memberi muka
bermuka-muka
angkat muka
tebal muka
Jalan yang ____________ itu amat berbahaya kepada semua pengguna jalan raya.
lekak-lekuk
hingar-bingar
lintang-pukang
bengkang-bengkok
Kedua-dua ___________ itu direnjiskan air mawar oleh tetamu dalam majlis yang gilang-gemilang itu.
mempelu
mempelai
mempelas
mempulur
Arissa terjaga daripada tidur apabila terdengar orang ________ pintu rumahnya dengan kuat.
memalu
memukul
menepuk
mengetuk
Zayn yang berasal dari Pakistan memang mahir ________ roti canai.
menebar
melebar
mengipas
mengangin
Pak Cik Paan telah mengupah orang untuk _____________ dahan-dahan pokok rambutan di hadapan rumahnya.
menebang
mencantas
menetak
menakik
"____________ gunung boleh kudaki, __________pula bukit di hujung kampung kita ini," kata Arman kepada kawan-kawannya.
Sedangkan...........inikan
Meskipun........namun
Baik........bukan sahaja
Baik...........ataupun
Alif____________makan malam walaupun jam menunjukkan baru pukul 6.00 petang.
sudah
belum
mesti
harus
Orang ramai sedang berbincang _________kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol baru-baru ini.
bagi
tentang
terhadap
daripada
Ramai orang Asli yang tinggal di kawasan pendalaman Sabah.
pada kawasan pendalaman
di kawasan pedalaman
ke kawasan pendalaman
di kawasan pendalaman
Makanan yang dijual di Damia Restoran sedap-sedap belaka.
Restoran Damia sedap-sedap belaka
Damia Restoran sedap belaka
Restoran Damia sedap belaka
Damia Restoran sedap-sedap belaka
Puan Dhabeetah memborong lapan meter kain ela di sebuah kedai di Air Hitam.
membeli lapan meter kain ela
memborong kain ela lapan meter
membeli lapan meter kain-kain ela
memborong lapan meter kain ela
Oleh sebab ayahnya bertugas sebagai anggota tentera, mereka sekeluarga sering ______________.
ulang-alik
pindah-randah
bolak-balik
bongkar-bangkir
Anak-anak muda sanggup _________ mata untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak pada awal pagi.
bersengkang
bertegang
berkedip
berkelip
