NEW
Font size
WorksheetsKuiz Akaun Tingkatan 4 (Modul 2)
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Manakah antara berikut adalah komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan?
Hasil
Kos Jualan
Jualan Bersih
Liabiliti Bukan Semasa
Manakah antara berikut merupakan hasil operasi Kedai Buku Wawasan?
Penerimaan daripada komisen jualan buku
Penerimaan daripada jualan kamus dan novel
Penerimaan daripada jualan rak pameran terpakai
Penerimaan daripada tambahan modal oleh pemiliknya
Antara berikut, yang manakah liabiliti semasa?
I Insurans prabayar
II Akaun Belum Terima
III Kadar bayaran belum bayar
IV Sewa diterima belum terperoleh
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Urus niaga manakah yang menyebabkan aset dan ekuiti pemilik perniagaan bertambah?
Beli perabot secara kredit
Bayar Akaun Belum Bayar dengan cek
Ambilan tunai perniagaan untuk kegunaan sendiri
Membeli komputer pejabat mengunakan cek peribadi
Berikut merupakan Carta Akaun bagi Syarikat Zarul Sdn Bhd:
Kod Akaun
1000 – 1999 Aset
2000 – 2999 Liabiliti
3000 – 3999 Belanja
4000 – 4999 Hasil
Apakah kod untuk Akaun Promosi ?
1021
2021
3021
4021
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Aufiya.
Aset bukan semasa RM10 000
Aset semasa RM6 980
Liabiliti bukan semasa RM6 000
Liabiliti semasa RM580
Berapakah ekuiti pemilik perniagaan berkenaan?
RM10 400
RM11 560
RM22 400
RM23 560
Apakah urusniaga yang menyebabkan Ekuiti Pemilik berkurang?
Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri
Ambilan barang niaga untuk tujuan didermakan
Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi jualan
Ambilan barang niaga untuk tujuan pemberian hadiah kepada pekerja
Kumpulan item yang manakah aset semasa?
Mesin, Kenderaan, Premis
Perabot, Tunai, Akaun Belum Terima
Bangunan, Tanah, Sewa Belum Terima
Sewa Premis Prabayar, Komisen Belum Terima, Inventori Akhir
Antara berikut, yang manakah rumus persamaan perakaunan yang betul?
I Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
II Aset = Liabiliti – Ekuiti Pemilik
III Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih
IV Aset = Liabiliti – Modal – Hasil + Belanja
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pada akhir tempoh perakaunan, buku perniagaan Tuah Mini Market mempunyai baki seperti berikut:
Aset RM50 000
Liabiliti RM19 350
Berapakah modal awal jika Tuah Mini Market mengalami kerugian sebanyak RM6 630?
RM24 020
RM30 650
RM37 280
RM62 720
