Font size
WorksheetsPENGAJIAN AM SEMESTER 1
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Yang manakah kesan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lemah?
kemerosotan keyakinan orang ramai
peningkatan perkhidmatan agensi swasta
penurunan permohonan ke perkhidmatan awam
menjejaskan sasaran pencapaian program transformasi kerajaan
Strategi untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam dalam menempuh cabaran globalisasi adalah dengan
memperbanyak perniagaan dalam talian
meningkatkan perkhidmatan kaunseling
mengurangkan karenah birokrasi
meluaskan pendidikan teknik dan vokasional
Perkara yang manakah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?
mengurangkan saiz tenaga kerja
meningkatkan prestasi kerja kakitangan
mengamalkan sistem birokrasi dan prosedur kerja yang kompleks
menambahkan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa
Dua aspek yang perlu diberi penekanan untuk mewujudkan tadbir urus baik ialah
prestasi
prosedur
penglibatan yang menyeluruh
pematuhan terhadap undang-undang
Prestasi penyampaian agensi awam dapat ditingkatkan melalui
peningkatan bilangan kakitangan
pemudahcaraan proses dan prosedur kerja
pewujudan jabatan dan agensi baharu
pengurangan masa operasi penyampaian perkhidmatan
Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk
melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara
mengekalkan karenah birokrasi dalam prosedur kerja
menambah sumber manusia berdasarkan kelayakan
meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar
Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam
proses kerja yang jelas
tahap keilmuan yang tinggi
keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
Yang manakah sistem penyampaian yang menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan terhadap jabatan kerajaan
masa menunggu untuk berurusan di kaunter jabatan tidak konsisten
karenah birokrasi yang berbentuk hierarki kompleks
memperkenalkan perkhidmatan sampingan dalam talian
kelulusan sesuatu projek dibuat secara tender terbuka
Yang manakah strategi kerajaan mempergiat usaha untuk meningkatkan integriti dan ketelusan sektor awam dan swasta bagi menambahbaik tadbir urus
memperkemas struktur organisasi dari semasa ke semasa
memperkenal dan mempromosi program pembaharuan bagi jentera pentadbiran
membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam
mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh langkah menangani rasuah
Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap kerajaan
Berkongsi maklumat yang jelas dengan pihak yang berkepentingan
integriti
ketelusan
pengamanahan
akauntabiliti
