wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains tingkatan 2 haba

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Haba adalah suatu bentuk tenaga. Apakah unit S.I bagi tenaga?

a)

A. Joule, J

b)

B. Kilometer, K

c)

C. Darjah, ºC

d)

D. Ampere, A

2.

Unit S.I bagi suhu adalah Kelvin, K. Walau bagaimanapun, unit suhu yang biasa digunakan adalah darjah celcius,ºC.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?

a)

A. Stetoskop

b)

B. Voltmeter

c)

C. Termometer

d)

D. pH meter

3.

Ali menjerit kerana terkejut sebaik sahaja tangannya tersentuh cerek panas. Bagaimanakah cara atau kaedah pengaliran haba dari cerek yang panas ke tangan Ali?

a)

A. Melalui perolakan

b)

B. Melalui sinaran

c)

C. Melalui konduksi

4.

Haba boleh mengalir melalui beberapa kaedah atau keadaan iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.


i. Kaedah- konduksi, Medium- pepejal

ii. Kaedah- perolakan, Medium- bendalir

iii. Kaedah- sinaran, Medium- vakuum (tanpa medium)

iv. Kaedah- perolakan, Medium- pepejal

a)

A. i, ii dan iii

b)

B. i, ii dan iv

c)

C. i, iii dan iv

d)

D. ii, iii dan iv

5.

Emak memasak sup ayam di dapur. Selepas beberapa minit, sup mula mendidih. Kelihatan ketulan-ketulan ayam di dalam periuk itu saling tenggelam dan timbul. Sehinggalah semua ketulan ayam kelihatan terapung setelah dimasak selama 20 minit. Apakah kaedah pengaliran haba yang berlaku di dalam periuk itu berlaku sehingga membolehkan semua ketulan ayam empuk dan sedia untuk dimakan?

a)

A. Sinaran

b)

B. Konduksi

c)

C. Perolakan

6.

Rajah di atas menunjukkan sebuah bebola besi dipanaskan selama 10 minit dan didapati bahawa bebola besi tidak dapat melalui gelang tersebut.Berdasarkan pemerhatian, nyatakan sebab bebola besi itu tidak dapat melalui gelang selepas dipanaskan.

(a)  

7.

Antara berikut, yang manakah benar tentang bayu laut?

a)

Bayu laut berlaku pada waktu malam.

b)

Bayu laut bertiup dari darat ke laut.

c)

Bayu laut berlaku kerana darat lebih cepat panas daripada laut.

d)

Bayu laut berlaku kerana laut adalah lebih panas daripada darat.

8.

Rumah di negera tropika biasanya dicat putih untuk......

a)

menyerap haba

b)

memantul haba

c)

menyinar haba

d)

mengesan haba

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan konduktor haba?

a)

Merkuri

b)

Sarung tangan

c)

Kayu

d)

Pemadam

10.

Antara alat-alat berikut, yang manakah menggunakan jalur dwilogam?

a)

Radio

b)

Dinamo

c)

Kipas elektrik

d)

Penggera kebakaran automatik

11.

Mengapakah kebanyakan kuali berwarna hitam?

a)

Kuali hitam lebih kuat dan tahan lama

b)

Kuali hitam penebat haba lebih baik daripada kuali berkilat.

c)

Kuali hitam menyerap lebih banyak haba

d)

kuali hitam membebaskan lebih banyak haba

12.

Permukaan yang manakah merupakan penyerap dan pembebas haba yang baik?

a)

Gelap dan kusam

b)

Gelap dan berkilat

c)

Cerah dan berkilat

d)

Cerah dan kusam

13.

Rajah di atas menunjukkan sistem penggera kebakaran.

P- Jalur dwilogam mengembang dan membengkok.

Q- Jalur dwilogam menyentuh skru sentuh dan melengkapkan litar

R- Api meningkatkan suhu bilik

S- Loceng penggera kebakaran berbunyi

Pilih urutan langkah-langkah yang betul untuk membuat penggera itu berfungsi

a)

R, P, Q, S

b)

P, Q, R, S

c)

R, Q, P, S

d)

P, R, Q, S

14.

Rajah menunjukkan Anas memanaskan air di dalam periuk di atas unggun api. Apakah cara pengaliran haba yang diwakili oleh Y dan Z?

a)

Y: konduksi, Z: sinaran

b)

Y: Konduksi, Z: perolakan

c)

Y: sinaran, Z: konduksi

d)

Y: perolakan, Z: konduksi

15.

Yang manakah merupakan aplikasi prinsip penyerapan dan pembebasan haba?Pilih 2

a)

pakaian bomba

b)

termometer makmal

c)

seterika elektrik

d)

kelalang termos

16.

Rajah di atas menunjukkan sebuah iglu. Mengapakah Eskimo tinggal di dalam iglu yang diperbuat daripada ais?

a)

Ais merupakan penebat haba yang baik.

b)

Ais menghalang kehangatan di dalam iglu keluar ke udara luar.

c)

Ais merupakan konduktor haba yang baik.

17.

Rajah menunjukkan sebuah bikar yang mengandungi hablur manganat (VIII) dipanaskan menggunakan penunu Bunsen.Selepas beberapa lama, air di dalam bikar bertukar menjadi ungu. Mengapa?

a)

Apabila dipanaskan bendalir mengembang dan menjadi kurang tumpat.

b)

Apabila dipanaskan bendalir mengecut dan menjadi lebih tumpat.

18.

Rajah di atas menunjukkan sebuah teko yang berwarna putih. Mengapakah teko dibuat daripada warna putih?

a)

Mengurangkan kehilangan haba.

b)

Warna putih merupakan penyerap haba yang baik.

c)

Air di dalam teko akan tahan panas lebih lama.

d)

Haba dapat menyerap masuk ke dalam teko dengan cepat

19.

Rajah ini menunjukkan kabel elektrik. Apakah yang terjadi kepada kabel elektrik pada cuaca sejuk?

a)

Kabel elektrik akan meregang.

b)

Kabel elektrik mengembang apabila disejukkan

c)

Kabel elektrik mengecut apabila sejuk.

d)

Kabel elektrik menjadi lebih longgar

20.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan pengaliran haba.

a)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi

b)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.