NEW
Font size
WorksheetsKuiz Akaun Tingkatan 4 (Modul 7)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Butir yang manakah dicatat dalam Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan?
Inventori awal
Inventori akhir
Gaji belum bayar
Insurans prabayar
Kedai Komputer AZN menawarkan perkhidmatan membaiki komputer di Pekan Jejawi, Perlis sejak dua tahun yang lepas.
Apakah butiran yang terdapat dalam Akaun Untung Rugi?
Upah membaiki, tunai dan gaji
Upah membaiki, insurans dan alat tulis
Upah membaiki, bank dan kadar bayaran
Upah membaiki, kadar bayaran dan alatan pejabat
Butiran manakah yang dicatat dalam Penyata Kedudukan Kewangan bentuk penyata?
I Inventori awal
II Modal kerja
III Untung kasar
IV Susut nilai terkumpul perabot
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah kesan ke atas Akaun Untung Rugi perniagaan jika jumlah belanja melebihi jumlah hasil?
Rugi kasar
Rugi bersih
Untung kasar
Untung bersih
Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk mengira kos jualan?
I Jualan, pulangan keluar, inventori
II Belian, inventori awal, angkutan keluar
III Belian, inventori awal, angkutan masuk
IV Inventori akhir, pulangan keluar, duti import
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah item yang akan menambahkan kos belian?
I Pulangan belian
II Angkutan masuk
III Diskaun diterima
IV Insurans atas belian
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Situasi berikut berlaku dalam Akaun Untung Rugi.
Hasil > Belanja
Kesan situasi tersebut akan menyebabkan perniagaan memperoleh...
rugi kasar
rugi bersih
untung kasar
untung bersih
Maklumat berikut adalah kesan urus niaga terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Ateh pada 30 Jun 2018.
• Inventori berkurang RM5 000
• Akaun Belum Terima bertambah RM5 500
• Modal bertambah RM500
Urus niaga manakah yang menerangkan kesan berkenaan?
Belian barang niaga secara tunai daripada pembekal Azam RM5 500
Belian barang niaga RM5 000 secara kredit daripada Pembekal Ammar
Jualan barang niaga berkos RM5 000 secara kredit kepada Amin pada harga RM5 500
Jualan barang niaga berkos RM5 000 secara tunai kepada Amir pada harga RM5 500
Apakah butiran yang akan menyebabkan nilai kos jualan tinggi?
Nilai jualan yang rendah
Nilai jualan yang tinggi
Nilai inventori akhir yang rendah
Nilai inventori akhir yang tinggi
Maklumat berikut diambil daripada buku Seri Indah Enterprise pada 31 Mei 2017
Inventori akhir RM5 900
Akaun Belum Bayar RM2 100
Bank RM2 500
Faedah pinjaman belum bayar RM250
Sewa belum terima RM35
Berapakah modal kerja pada tarikh tersebut?
RM6 015
RM6 085
RM6 515
RM6 585
