wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Dina anak yang pintar. Dia selalu mendapatkan nilai yang tinggi di semua mata pelajaran. Namun, hal itu tidak membuatnya menjadi anak yang sombong. Dia mahu membantu teman-temannya yang mengalami kesulitan dalam belajar. Oleh kerana itu, dia disukai teman-temannya.


Peribahasa yang sesuai untuk situasi tersebut adalah ....

a)

Tong kosong nyaring bunyinya.

b)

Bagai ilmu padi, makin berisi makin merunduk.

c)

Air beriak tanda tak dalam.

d)

Air tenang menghanyutkan.

2.

Boni dan Danu adalah adik- beradik. Meskipun begitu, mereka selalu sahaja bertengkar. Hal kecil pun boleh menjadi masalah besar setiap kali bertemu.


Peribahasa yang sesuai untuk situasi tersebut adalah ....

a)

Ada asap pasti ada api.

b)

Bagai pinang dibelah dua.

c)

Bagai anjing dan kucing.

d)

Menang jadi arang, kalah jadi abu.

3.

Ibuku ialah suri rumah tangga. Kadang-kadang dia harus mengerjakan banyak pekerjaan dalam waktu yang sama. Pagi tadi, ibu menggoreng nasi untuk sarapan kami. Sambil menunggu nasi goreng masak, ibu menyiapkan baju yang akan dipakai ayah, di samping mengemaskan bilik tidur.


Peribahasa yang tepat untuk situasi tersebut adalah ...

a)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

b)

Bagai anak kehilangan induknya.

c)

Berat sama dilikul, ringan sama dijinjing.

d)

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampaui.

4.

Pada suatu hari, Ahmad jatuh dari basikalnya. Amri yang melihatnya, terus memberikan bantuan. Amri adalah anak yang baik. Dia suka menolong sesiapa sahaja yang mengalami kesulitan. Walau bagaimanapun, ketika Amri mengalami kesusahan, Ahmad selalu mentertawakannya..


Peribahasa yang tepat untuk Ahmad ialah ...

a)

Bagai air di daun talas.

b)

Air susu dibalas air tuba.

c)

Air tenang menghanyutkan.

d)

Air beriak tanda tak dalam.

5.

Diana merupakan satu-satunya anak Pak Dolah. Orang tuanya sangat menyayangi Diana. Oleh sebab terlalu sayang, Diana tidak boleh pergi bermain atau pun belajar ke luar rumah. Orang tuanya terlalu khuatir kepada Diana. Diana hanya mampu berdiam diri di dalam biliknya sambil melihat rakan-rakannya bermain dari jendela. Diana bagaikan ....


Peribahasa yang tepat untuk melengkapi keadaan Diana adalah ...

a)

Bagai burung dalam sangkar.

b)

Bagai punguk merindukan bulan.

c)

Bermain api basah, bermain api hangus.

d)

Bagaikan kerbau dicocok hidungnya.

6.

Anas, anak yang suka mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Bahkan hal yang kecil pun sering dibesar-besarkan. Kelemahan dan kesalahan orang seolah-olah menjadi perkara yang menarik baginya, sedangkan kelemahan dan kesalahan dirinya ditutup-tutupi.


Peribahasa yang tepat untuk melukiskan sifat Anjas adalah …

a)

Lempar batu sembunyi tangan.

b)

Kalah jadi abu menang jadi arang.

c)

Memercik air didulang terpecik muka sendiri.

d)

Kuman di seberang lautan tampak gajah di hadapan mata tak tampak.

7.

Lina dan Dewi bersahabat baik. Setiap hari mereka selalu bersama-sama. Sebagai seorang sahabat maka Dewi selalu memberikan apa-apapun yang dimiliki dengan Lina. Di depan Dewi, Lina selalu berbuat baik. Tetapi di belakang Dewi, Lina sering menceritakan keburukan Dewi. Ternyata Lina hanyalah berpura-pura agar dapat menyaingi Dewi.


Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan situasi tersebut adalah .…

a)

bagai makan buah simalakama

b)

lempar batu sembunyi tangan

c)

bagai musuh dalam selimut

d)

tong kosong nyaring bunyinya

8.

Aminah anak yang pendiam, tetapi dia pandai. Ketika ada tugas, rakan-rakan selalu mendekatinya. Mereka meminta bantuan kepada Aminah jika menemui kesulitan dalam pelajaran. Aminah selalu membantu dengan senang hati. Sayangnya, apabila kepentingan mereka sudah dipenuhi, Aminah ditinggalkan begitu sahaja.


Peribahasa yang tepat untuk situasi tersebut adalah ...

a)

Air beriak tanda tak dalam

b)

Air tenang menghanyutkan

c)

Habis manis sepah dibuang

d)

Ada udang di balik batu

9.

Azman dan Mika merantau ke Jakarta. Mereka tinggal serumah. Suka dan duka mereka selalu hadapi bersama. Ketika ada rezeki mereka selalu berkongsi. Namun ketika ada kesulitan mereka juga saling membantu.


Peribahasa yang tepat untuk situasi tersebut adalah ...

a)

Duduk sama rendah berdiri sama tinggi

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

Sekali mendayung dua tiga pulau terlampaui

d)

Bagai pinang dibelah dua

10.

Masyarakat di Kampung Dusun sering berkerjasama jika ada aktiviti keramaian. Semua golongan terlibat tanpa berkira-kira antara satu sama lain.


Pernyataan yang sesuai bagi situasi di atas adalah,,

a)

Melukut di tepi gantang

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Bagai anjing dengan kucing

d)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.