NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Yang berikut adalah ciri-ciri pilihan bermoral, kecuali
mengikut ajaran agama
mematuhi peratran dan undang-undang
tingkah laku baik,benar dan patut
melakukan dengan paksaan
Keperluan membuat pilihan bermoral akan memberi kesan kepada diri sendiri, iaitu
Dapat dipilih sebagai ketua
mendapat pujian dan ganjaran
dipandang serong oleh orang lain
meningkatkan keyakinan diri
Hidup bermoral dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki ciri-ciri yang berikut.
I) Toleransi
II) Materialistik
III) Kerjasama
IV) Integriti
I dan II
II dan III
II dan IV
I, III dan IV
Individu yang memiliki kebestarian diri akan sentiasa
I) berdisiplin
II) proaktif
II) pemalas
IV) putus asa
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Penyataan yang manakah yang menerangkan tentang kesan pengabaian anugerah alam?
Imej negara bertambah baik
Mendapat pujian di mata dunia
Menjadi negara contoh kepada negara lain
Sumber tenaga dan ekonomi berkurangan
Konflik persahabatan merujuk kepada ______________ atau pertentangan yang berlaku antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.
perbuatan
penerimaan
perselisihan
kepercayaan
Anugerah alam adalah ciptaan tuhan yang amat penting dalam kehidupan. Pernyataan manakah yang TIDAK menerangkan kepentingan menghargai anugerah alam?
memudahkan perburuan haram
membekalkan sumber tenaga
sumber pendapatan dan ekonomi
sumber makanan, minuman, dan perubatan
Kebestarian diri dapat membentuk __________ diri yang unggul dalam dalam diri seseorang dan kehidupannya.
insan
bangga
teladan
keperibadian
Tradisi sesebuah keluarga diamalkan berdasarkan elemen-elemen yang berikut, KECUALI
norma
ikutan
adat resam
keperibadian
Pilih Pernyataan yang TIDAK menerangkan tentang kepentingan amalan bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya, dan bahasa.
meningkatkan imej negara
mengagungkan bangsa sendiri
masyarakat hidup harmoni tanpa sebarang konflik
mengukuhkan ekonomi dan seterusnya meningkatkan pembangunan negara
Apakah ciri pilihan bermoral?
bertingkah laku baik, benar dan patut
berbohong
bercakap kasar
tidak bekerjasama
Bagaimanakah cara kerajaan menghargai anugerah alam ciptaan tuhan?
Membuang sisa buangan dalam sungai
Menebang pokok secara berleluasa
Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
Melakukan pembaziran air
Berikut ialah ciri-ciri kebestarian diri, KECUALI
bijak
berdisiplin
bertanggungjawab
berbohong
Antara berikut, yang manakah kesan sekiranya amalan tradisi kekeluargaan diabaikan dalam sesuatu kaum?
Hubungan sesam kaum menjadi baik
Tradisi kekeluargaan akan dikekalkan
Generasi akan datang akan kehilangan identiti
Amalan tradisi kekeluargaan akan diwarisi kepada generasi muda
Bagaimanakah cara menyelesaikan konflik antara sahabat?
Tidak menerima kekurangan sahabat
Tidak dapat menerima pandangan sahabat
Memilih sahabat yang berada sahaja
Menerima budaya dan latar belakang sahabat.
Antara berikut, adalah kepentingan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa, KECUALI
meningkatkan imej negara
memperkukuhkan ekonomi negara
masyarakat hidup harmoni tanpa konflik
mengelakkan pelancong datang ke negara kita
Kita perlu menghormati ajaran agama kaum lain kerana
mengenal pasti kelebihan agama masing-masing
memudahkan kita mencari kelemahan agama lain
mengurangkan tekanan daripada penganut agama lain
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum
Antara berikut, yang manakah faktor yang mendorong remaja terlibat dalam gejala negatif?
I Kurangnya perhatian dan kasih sayang
daripada keluarga
II Mempunyai keinginan untuk mencuba
sesuatu yang baru
III Mempunyai ketahanan jiwa yang rapuh
IV Pengecualian undang-undang negara
terhadap remaja
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Pembaziran air dapat dielakkan dengan cara
menutup pili paip selepas digunakan.
tidak perlu melaporkan masalah kebocoran paip.
menggunakan air yang berlebihan ketika mandi.
menggunakan air yang berlebihan ketika membasuh kereta.
Bilakah perayaan Pesta Gawai disambut?
30 dan 31 Mei
30 dan 31 Ogos
3 dan 4 Jun
1 dan 2 Jun
