wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun Tingkatan 4 (Modul 8)

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan hutang lapuk terpulih?

a)

Hutang lapuk dihapuskan

b)

Hutang yang akan dikutip

c)

Hutang yang dianggarkan tidak dapat dikutip

d)

Hutang yang dikutip semula setelah dihapuskan

2.

Di bahagian manakah gaji belum bayar direkodkan dalam penyata kewangan?

a)

Liabiliti Semasa

b)

Aset Semasa

c)

Belanja

d)

Hasil

3.

Pemilik perniagaan Johari Johan Enterprise telah membeli insurans untuk kedainya pada 1 Jun 2009 dengan premium berjumlah RM840 setahun. Tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2009.


Pelarasan manakah yang menerangkan pernyataan di atas?

a)

Insurans belum bayar RM420

b)

Insurans belum bayar RM350

c)

Insurans prabayar RM420

d)

Insurans prabayar RM350

4.

Touchmate Enterprise membeli sebuah van bernilai RM56 000. Penggunaan van dijangka selama 10 tahun. Pada akhir tempoh penggunaan, nilai skrap van dianggarkan sebanyak RM7 000.


Berapakah susut nilai tahunan van tersebut?

a)

RM4 900

b)

RM5 600

c)

RM6 300

d)

RM1 700

5.

Bengkel Membaiki Kereta Jayos telah membayar premium insurans berjumlah RM3 600 pada 1 Mei 2011 untuk tempoh setahun sehingga 30 April 2012. Tahun kewangan perniagaan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.


Berapakah insurans prabayar pada 31 Disember 2011?

a)

RM300

b)

RM900

c)

RM1 200

d)

RM2 400

6.

Butir manakah yang dicatat di bahagian debit Akaun Untung Rugi?

I Susut nilai

II Hutang lapuk

III Hutang lapuk terpulih

IV Diskaun diterima

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Pasangan akaun dan baki manakah yang betul?

a)

Inventori alat tulis - baki kredit

b)

Insurans prabayar - baki kredit

c)

Komisen belum terima - baki debit

d)

Angkutan keluar belum bayar - baki debit

8.

Antara yang berikut, yang manakah memberi kesan ke atas untung bersih perniagaan?

I Angkutan keluar

II Sewa belum bayar

III Insurans prabayar

IV Komisen diterima

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Pada 1 Januari 2010, seorang peniaga membeli sebuah van berharga RM60 000. Selepas lima tahun nilai semasanya ialah RM30 000.


Apakah sebab nilainya berkurang?

a)

Berlaku kerugian dalam perniagaan

b)

Kos pembaikan semakin meningkat

c)

Berlaku kerosakan fizikal dan keusangan

d)

Perbelanjaan perniagaan semakin bertambah

10.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kedai Wira pada 31 Disember 2012.


Mesin (kos) RM30 000

Susut nilai terkumpul mesin RM6 000


Mesin tersebut dijual pada harga RM25 500 pada 31 Disember 2012.


Berapakah untung atau rugi pelupusan mesin tersebut?

a)

Rugi pelupusan RM1 500

b)

Rugi pelupusan RM4 500

c)

Untung pelupusan RM1 500

d)

Untung pelupusan RM4 500