Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM PENGANGKUTAN TINGKATAN 4

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pengangkutan bahan pada peringkat organisma seperti Amoeba sp adalah secara

a)

Osmosis

b)

Resapan Berbantu

c)

Resapan Ringkas

d)

Pengangkutan aktif

2.

saiz organisma adalah _____________ dengan nisbah jumlah puas permukaan per isi padu (JLP/I)

a)

berkadar terus

b)

berkadar songsang

c)

linear

d)

melengkung

3.

3 komponen utama dalam sistem peredaran organisma multisel ialah

a)

medium pengangkutan, salur dan organ pengepaman

b)

vena, arteri dan kapilari

c)

salur, organ pengepaman dan saraf

d)

saraf, hormon dan organ pengepaman

4.

sistem peredaran bagi ikan adalah

a)

ganda dua, tertutup dan lengkap

b)

terbuka, tunggal dan tidak lengkap

c)

tertutup, tidak lengkap dan ganda dua

d)

tertutup dan tunggal

5.

cecair yang membasahi bahagian hemoselom serangga dikenali sebagai

a)

plasma darah

b)

hemolimfa

c)

serum

d)

limfa

6.

darah yang mengalir masuk dan keluar dari jantung serangga dikenali sebagai

a)

spirakel

b)

injap sabit

c)

lamela

d)

ostium

7.

berikut adalah kenyataan yang betul berkaitan peredaran darah pada ikan KECUALI

a)

peredaran tunggal kerana darah hanya mengalir melalui jantung sekali

b)

jantung ikan terdiri daripada 3 bahagian iaitu satu atrium dan dua ventrikel

c)

pertukaran oksigen berlaku di lamela insang

d)

tekanan darah adalah rendah dan perlahan

8.

berikut adalah benar mengenai sistem peredaran amfibia

a)

di ventrikel darah beroksigen dan terdeoksigen bercampur kerana tiada septum pembahagi pada ventrikel

b)

peredaran darah terbuka

c)

darah tidak mengangkut oksigen

d)

aliran tekanan darah yang rendah dan perlahan

9.

sistem peredaran manusia terdiri daripada

a)

peredaran pulmokutaneus dan peredaran sistemik

b)

peredaran tunggal dan tidak lengkap

c)

peredaran pulmonari dan peredaran sistemik

d)

peredaran sistematik dan peredaran periferal

10.

diantara organisma berikut yang manakah jantungnya terdiri daripada banyak segmen ruang

a)

manusia

b)

amfibia

c)

ikan

d)

serangga

11.

salur darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada tisu jantung ialah

a)

vena kava superior

b)

arteri koronari

c)

vena kava inferior

d)

arteri pulmonari

12.

injap yang terletak diantara atrium kanan dan ventrikel kanan dikenali sebagai

a)

injap sabit

b)

injap trikuspid

c)

injap pulmonari

d)

injap bikuspid

13.

berikut adalah sel darah putih kecuali

a)

eritrosit

b)

neutrofil

c)

monosit

d)

eosinofil

14.

berikut adalah kenyataan berkaitan eritrosit kecuali

a)

pigmen hemoglobin menyebabkan darah bewarna merah

b)

dihasilkan di sum-sum tulang

c)

jangka hayat selama 120 hari

d)

mempunyai nukleus untuk mengangkut oksigen

15.

fungsi platelet adalah...

a)

bersifat fagositosis untuk menelan patogen

b)

menghasilkan antibodi dalam badan

c)

terlibat dalam proses pembekuan darah

d)

sebagai tindak balas alergi dengan menghasilkan histamin

16.

diantara leukosit berikut yang manakah terlibat dengan menghasilkan antibodi untuk memusnahkan bakteria dan virus

a)

basofil

b)

limfosit

c)

monosit

d)

Neutrofil

17.

leukosit yang terlibat dengan proses fagositosis adalah

a)

neutrofil dan basofil

b)

eosinodil dan limfosit

c)

neutrofil dan monosit

d)

basofil dan monosit

18.

salur kecil yang bercabang daripada arteri dikenali sebagai

a)

kapilari

b)

arteriol

c)

venul

d)

vena kava

19.

salur darah yang mempunyai dinding nipis, berotot dan kurang kenyal adalah.....

a)

vena

b)

kapilari

c)

arteri

d)

limfa

20.

arteri terdiri daripada 3 lapisan utama kecuali

a)

lapisan endotelium

b)

otot licin

c)

tisu penghubung

d)

otot rangka