NEW
Font size
WorksheetsKuiz Akaun Tingkatan 4 (Modul 9)
Total questions: 11
Worksheet time: 2mins
Imbangan Duga yang disediakan oleh Tiara Enterprise menunjukkan jumlah debit dan kredit seimbang, namun kerani akaun telah menemui satu kesilapan.
Apakah kesilapan tersebut?
Angkutan masuk telah dicatatkan dalam Akaun Angkutan Keluar
Belian barang niaga secara tunai telah tertinggal rekod dalam Akaun Belian
Jualan tunai telah dikreditkan ke dalam ke dua-dua Akaun Jualan dan Akaun Tunai
Bayaran sewa kedai RM500 dengan cek telah direkodkan dengan betul dalam Akaun Bank tetapi dicatatkan RM5 000 dalam Akaun Sewa
Kesilapan manakah yang tidak ketara dalam Imbangan Duga?
Bayaran gaji RM600 secara tunai hanya direkodkan dalam Buku Tunai
Diskaun diberi RM70 telah direkodkan dalam Akaun Diskaun Diterima
Jualan secara kredit RM255 telah direkodkan dengan RM225 dalam Akaun Jualan
Belian alatan pejabat RM500 dengan cek telah direkodkan dalam Akaun Belian
Kedai Berjaya Perabot membeli barang niaga RM1 540 secara kredit daripada Syarikat Amin Berhad dan telah direkodkan sebagai RM1 450 dalam kedua-dua akaun.
Bagaimanakah kesilapan ini diperbetulkan dalam Jurnal Am?
Debit Belian RM1 540
Kredit Syarikat Amin Berhad RM1 540
Debit Syarikat Amin Berhad RM90
Kredit Belian RM90
Debit Perabot RM1 540
Kredit Syarikat Amin Berhad RM1 540
Debit Belian RM90
Kredit Syarikat Amin Berhad RM90
Kerani akaun Perniagaan Hanis telah merekod kadar bayaran RM810 di dalam Buku Tunai tetapi di keratan buku cek kadar bayaran dicatat dengan nilai RM801.
Apakah jenis kesilapan yang berlaku?
Kesilapan Ketinggalan
Kesilapan Songsang
Kesilapan Komisen
Kesilapan Amaun
Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Sukaramai.
Barang niaga berkos RM180 telah diambil oleh pemilik untuk kegunaan keluarga. Urus niaga ini terlupa direkod dalam mana-mana buku.
Bagaimanakah kesilapan tersebut dibetulkan?
Debit Ambilan RM180
Kredit Modal RM180
Debit Ambilan RM180
Kredit Inventori RM180
Debit Ambilan RM180
Kredit Barang niaga RM180
Debit Ambilan RM180
Kredit Belian RM180
Bayaran cukai jalan untuk tiga buah kenderaan pada 10 Januari 2012 berjumlah RM4 500 telah tersilap catat dalam Akaun Kenderaan.
Apakah catatan jurnal untuk membetulkan kesilapan tersebut?
Debit Cukai Jalan Kenderaan RM4 500
Kredit Kenderaan RM4 500
Debit Cukai Jalan Kenderaan RM4 500
Kredit Bank RM4 500
Debit Kenderaan RM4 500
Kredit Cukai Jalan Kenderaan RM4 500
Debit Kenderaan RM4 500
Kredit Bank RM4 500
Kesilapan berikut telah dikesan oleh kerani Perabot Mesra. Sekeping cek RM420 yang diterima daripada Kedai Mah telah direkodkan dalam Akaun Kedai Wah.
Apakah catatan untuk membetulkan kesilapan tersebut?
Debit Kedai Wah RM420
Kredit Kedai Mah RM420
Debit Kedai Wah RM840
Kredit Kedai Mah RM840
Debit Kedai Mah RM420
Kredit Kedai Wah RM420
Debit Kedai Mah RM840
Kredit Kedai Wah RM840
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Alat Tulis Sutera Biru.
Belian perabot berharga RM5 500 secara kredit daripada Pembekal Zazura tidak direkod dalam mana-mana buku.
Bagaimanakah kesilapan ini diperbetulkan?
Debit Belian RM5 500
Kredit Pembekal Zazura RM5 500
Debit Perabot RM5 500
Kredit Pembekal Zazura RM5 500
Debit Pembekal Zazura RM5 500
Kredit Belian RM5 500
Debit Pembekal Zazura RM5 500
Kredit Perabot RM5 500
Jualan barang niaga RM2 300 kepada Aisyah telah didebitkan dalam akaun Asiah.
Bagaimanakah kesilapan ini diperbetulkan?
Debit Aisyah RM2 300
Kredit Jualan RM2 300
Debit Aisyah RM2 300
Kredit Asiah RM2 300
Debit Asiah RM2 300
Kredit Jualan RM2 300
Debit Asiah RM2 300
Kredit Aisyah RM2 300
Belanja membaiki komputer RM550 telah direkodkan dalam Akaun Alatan Pejabat.
Apakah kesan kesilapan tersebut ke atas untung rugi dalam penyata kewangan?
Untung Kasar bertambah
Untung Bersih bertambah
Untung Kasar berkurang
Untung Bersih berkurang
Apakah jenis kesilapan yang berlaku di bawah?
Insurans sebanyak RM559 telah direkod sebagai RM509. Manakala sewa sebanyak RM700 telah direkod sebagai RM750.
Kesilapan saling mengimbangi
Kesilapan komisen
Kesilapan terbalik
Kesilapan prinsip
