wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perubahan Keadaan Jirim

Total questions: 20

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.
Ibu Ali telah memasak air dalam cerek. Ali dapat melihat stim keluar daripada penutup cerek. Apakah proses yang berlaku dan menyebabkan stim terbentuk?
a)
Kondensasi
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Peleburan
2.
Ramalkan nama proses yang menyebabkan air bertakung di tepi jalan hilang selepas beberapa jam.
a)
Penyejatan
b)
Pendidihan
c)
Penghilangan
d)
Penambahan
3.
Ramalkan proses yang terlibat jika terdapat titisan air di permukaan cawan yang mengandungi air sejuk.
 
a)
Kondensasi
b)
Pendidihan
c)
Penyejatan
d)
Pembekuan
4.
Gambar menunjukkan steamboat. Ramalkan proses perubahan keadaan jirim yang terlibat dalam steamboat. 
a)
Pendidihan, kondensasi
b)
Penyejatan, kondensasi
c)
Pendidihan, pembekuan
d)
Kondensasi, peleburan
5.
Pernyataan di bawah manakah yang betul tentang proses pembekuan?
a)
Cecair telah menyerap haba dan menjadi gas.
b)
Zarah menjadi berselerak dan sentiasa bergerak.
c)
Zarah menghilangkan haba dan disusun dengan ketat
d)
Keadaan jirim tidak berubah
6.
Sebuah gelas telah telangkupkan di atas sebuah gelas yang berisi air panas. Ramalkan  apa yang berlaku di dalam gelas yang telangkup di atas.
a)
Terdapat banyak gas yang terperangkap di dalam gelas itu.
b)
Gelas itu akan pecah
c)
Gelas itu mempunyai zarah yang bergerak secara asing 
d)
Terdapat titisan air pada gelas itu
7.
Alif melakukan satu eksperimen dengan menjemurkan sehelai baju di bawah cahaya Matahari yang terik. 
Pada masa 30 minit, jisim baju itu ialah 850 g. Pada masa 60 minit, jisim baju ialah 750 g.
Pada masa 120 minit, jisim baju ialah 400 g. Manakah inferens di bawah berdasarkan kepada corak perubahan jisim baju adalah betul?
a)
Baju itu telah menjadi nipis disebabkan oleh cahaya Matahari yang terik
b)
Air telah tersejat dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
c)
Air telah terdidih dari baju dan menyebabkan jisim baju berkurang
d)
Zarah-zarah dalam baju melebur dan menjadi cecair. 
8.

Jirim wujud dalam tiga keadaan iaitu....

a)

Gas, Pepejal dan Air

b)

Pepejal, Cecair dan Udara

c)

Gas, Cecair dan Pepejal

9.

Pilih susunan zarah bagi keadaan jirim gambar di atas.

a)
b)
c)
10.

Nyatakan proses yang terlibat bagi perubahan objek di dalam gambar tersebut.

a)

Peleburan

b)

Pemejalwapan

c)

Kondensasi

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan jirim?

a)

Jirim ialah bahan yang mempunyai jisim.

b)

Jirim ialah objek yang mempunyai jisim, memenuhi ruang dan boleh dilihat, disentuh atau dirasa.

c)

Jirim ialah objek yang memenuhi ruang yang diisi.

d)

Jirim ialah pepejal

12.
Penyiasatan ini menunjukkan sifat gas ialah ..........................
a)
Memenuhi ruang
b)
Mengambil bentuk bekas yang diisikan.
c)
Mempunyai jisim.
d)
Boleh dimampatkan
13.
Ini membuktikan bahawa sifat gas ialah...
a)
Memenuhi ruang
b)
Boleh dimampatkan
c)
Mempunyai jisim
d)
Mengambil bentuk bekas yang diisikan
14.
Embun yang terbentuk dihujung rumput pada setiap pagi adalah hasil daripada proses....
a)
Peleburan
b)
Penyejatan
c)
Pendidihan
d)
Kondensasi
15.
Antara berikut adalah sifat bagi cecair kecuali...
a)
Boleh mengalir
b)
Mempunyai jisim
c)
Mengambil bentuk bekas yag diisikan
d)
Boleh dimampatkan
16.
Seketul mentega diletakkan didalam kuali yang panas. Apakah proses  yang berlaku?
a)
Kondensasi
b)
Peleburan
c)
Pencairan
d)
Pembekuan
17.
Nani mendapati, cermin matanya kelihatan kabur apabila keluar dari kereta ibunya pada setiap pagi. Kenapa ia berlaku?
a)
proses penyejatan berlaku pada cermin mata nani.
b)
proses kondensasi berlaku pada cermin mata nani.
c)
Proses peleburan berlaku pada cermin mata nani.
d)
Proses pengewapan berlaku pada cermin mata nani
18.
Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan kecuali...
a)
Luas permukaan terdedah.
b)
Suhu persekitaran
c)
Kekuatan angin
d)
Isipadu air hujan
19.
Dua proses yang terlibat dalam kejadian awan dan hujan ialah...
a)
Pendidihan dan kondensasi
b)
Penyejatan dan kondensasi
c)
kondensasi dan peleburan
d)
Peleburan dan penyejatan
20.
Antara berikut adalah cara kita menjaga sumber air daripada tercemar kecuali...
a)
Tidak membuang sampah ke dalam sungai
b)
Memastikan kilang dibina jauh dari sumber air
c)
Membiakkan baka ikan didalam sungai
d)
Membuat kebun sayur berhampiran sungai.