NEW
Font size
WorksheetsLatihan PT3 (Sistem Bahasa)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Para tetamu dihidangkan berbagai jenis lauk-pauk semasa majlis kenduri perkahwinan anak orang
kenamaan itu.
dihidangi pelbagai jenis lauk
dihidangkan pelbagai jenis lauk
dihidangi pelbagai jenis lauk pauk
dihidangkan pelbagai jenis lauk pauk
Ibu tua itu menanggung penderitaan oleh kerana terlalu rindukan anak perempuannya yang lari
dari rumah.
kerana terlalu rindukan
oleh sebab terlalu rindu
oleh sebab terlalu merindui
oleh kerana terlalu rindukan
Dengan ini dimaklumkan bahawa esok merupakan hari cuti umum sempena pertabalan Sultan Terengganu.
Adalah dimaklumkan yang
Dengan ini dimaklumkan yang
Adalah dimaklumkan bahawa
Dengan ini dimaklumkan bahawa
Setengah pandangan yang kita berikan kadang-kadang tidak mendapat persetujuan daripada orang lain.
Sesetengah pandangan yang diberikan oleh kita
Setengah-setengah pandangan yang kita berikan
Setengah pandangan yang diberikan oleh kita
Setengah pandangan yang kita berikan
Pada hari Sabtu ini kami akan bersihkan kawasan sekolah.
akan dibersihkan oleh kami
akan kami bersihkan
kami membersih akan
kami akan bersihkan
Tiang bangku di tengah taman itu diperbuat daripada besi yang bertahankan karat.
dari besi yang tahan karat
dari besi yang tahan akan karat
daripada besi yang tahan karat
daripada besi yang bertahankan karat
Persatuan Ahli Anak-anak Peneroka menubuhkan koperasi di setiap cawangan.
Ahli Persatuan Anak-anak Peneroka
Ahli-ahli Persatuan Anak-anak Peneroka
Ahli Anak-anak Persatuan Peneroka
Persatuan Ahli Anak-anak Peneroka
Jangan sekali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu bapa.
Jangan sekali meninggikan suara apabila
Jangan sekali-kali meninggikan suara apabila
Jangan sekali-sekali meninggikan suara bila
Jangan sekali meninggikan suara bila
Disebabkan sering dibuli oleh rakan-rakannya, dia terpaksa berjumpa guru disiplin untuk mengadukan hal tersebut.
berjumpa dengan guru disiplin
berjumpa akan guru disiplin
jumpa guru disiplin
berjumpa guru disiplin
Cadangan ini saya akan panjangkan kepada pihak atasan pada minggu hadapan.
akan saya memanjangkan
saya akan dipanjangkan
akan saya panjangkan
saya akan panjangkan
Generasi muda sewajarnya tidak mudah terpengaruh dengan unsur fitnah kerana akan memecah belahkan perpaduan negara.
akan pecahbelahkan perpaduan negara.
akan memecahbelahkan perpaduan negara.
memecah belahkan akan perpaduan negara.
akan memecah belahkan perpaduan negara.
Sayur-sayuran yang dijual di pasar tani itu kelihatan sangat segar-bugar.
sangat segar.
segar-bugar sangat.
segar-segar sangat.
sangat segar-bugar.
Pihak kerajaan telah menyediakan bermacam kemudahan-kemudahan untuk pembangunan pendidikan di Malaysia.
bermacam-macam kemudahan-kemudahan
bermacam-macam kemudahan
bermacam kemudahan
bermacam kemudahan-kemudahan
Kutipan derma orang ramai itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
akan kami serahkan kepada
akan kami serahkan pada
kami akan serahkan pada
kami akan serahkan kepada
Perjumpaan itu diadakan adalah untuk berbincang tentang segala masalah yang dihadapi oleh persatuan itu.
ialah untuk membincangkan tentang segala masalah
ialah untuk berbincang segala masalah
adalah untuk berbincangkan segala masalah
adalah untuk berbincang tentang segala masalah
Setelah mencapai kata sepakat, kami bersetuju untuk menghadiahi kotak pensel kepada Razif sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5.
menghadiahkan pensel kotak pada
menghadiahkan kotak pensel kepada
menghadiahi pensel kotak pada
menghadiahi kotak pensel kepada
Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku sekolah lagi.
sejak di bangku sekolah lagi
sejak bangku sekolah lagi
sejak daripada bangku sekolah lagi
sejak dari bangku sekolah lagi.
Ayah membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
membeli ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
membelikan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
membelikan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
Adik akhirnya bersetuju untuk ke Annur Klinik setelah lima setengah jam menahan sakit gigi.
Annur Klinik setelah lima jam setengah
Klinik Annur setelah lima setengah jam
Klinik Annur setelah lima jam setengah
Annur Klinik setelah lima setengah jam
Kekalahan Rumah Hang Lekir dalam temasya sukan sekolah tahun ini memaksa mereka membuat perancangan yang lebih rapi sebagai persediaan untuk tahun depan.
merancang lebih rapi
merancang dengan lebih rapi
membuat lebih rapi perancangan
membuat perancangan yang lebih rapi
