wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa

Total questions: 12

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Ketua kampung menasihati para penduduk agar tidak mudah mempercayai ______________ yang disebarkan melalui media sosial.

a)

naik angin

b)

khabar angin

c)

makan angin

d)

cangkul angin

2.

_________________ Mei Ting berubah apabila dimalukan di hadapan orang ramai.

a)

Air mata

b)

Muka tebal

c)

Air muka

d)

Tanda mata

3.

Kakak hanya makan sekeping roti bakar sebagai ____________________ sebelum bermain bola di padang.

a)

isi perut

b)

ikat perut

c)

alas perut

d)

berat perut

4.

Kai Ching yang ______________ itu membantu ayahnya membersihkan kawasan rumah mereka.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

c)

curi tulang

d)

putih tulang

5.

Cikgu Leong berharap agar Wen Xin dapat menjaringkan gol kerana dia merupakan ___________________ bagi pasukan bola sepak sekolah.

a)

anak emas

b)

kaki bangku

c)

batu loncatan

d)

ayam tambatan

6.

Hui Chin sekeluarga _____________________ di Tanah Tinggi Genting pada cuti sekolah yang lepas.

a)

makan suap

b)

makan angin

c)

makan diri

d)

besar hati

7.

"Kalian diminta untuk memberikan _____________ dalam mesyuarat itu nanti," kata pengurus kilang itu kepada anak-anak buahnya.

a)

buah hati

b)

buah mulut

c)

buah fikiran

d)

buah tangan

8.

Pemuda yang _______________ itu telah memberikan cadangan yang bernas untuk mengatasi masalah kecurian di kampung itu.

a)

otak udang

b)

otak cair

c)

otak beku

d)

otak kering

9.

Abang Ali yang __________________ itu telah ditangkap oleh polis kerana telah mencuri seutas rantai Mak Cik Siti.

a)

panjang tangan

b)

besar hati

c)

ringan tulang

d)

berat tulang

10.

Qiu Yen telah _______________________ untuk melanjutkan pelajaran di Australia.

a)

jatuh hati

b)

ambil hati

c)

terang hati

d)

bulat hati

11.

Wai Guan _____________ dalam keluarganya kerana semua kehendaknya dituruti.

a)

anak tiri

b)

anak kandung

c)

anak angkat

d)

anak emas

12.

Puan Tan meminta pertolongan cucunya untuk membacakan surat itu kerana dia _____________________.

a)

gelap mata

b)

buta hati

c)

buta huruf

d)

buta tuli