wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Rekabentuk Fesyen Quiz 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah elemen-elemen dalam reka bentuk fesyen?

a)

2

b)

4

c)

1

d)

7

2.

yang manakah antara berikut merupakan elemen reka bentuk dalam fesyen?

a)

bentuk

b)

harmoni

c)

warna

d)

tekstur

3.

Apakah pengaruh psikologi bagi warna merah?

a)

melambangkan kesucian dan si pemakai berasa yakin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

b)

membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah serta mendorong si pemakai agar berani mencuba sesuatu yang baharu

c)

memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.

d)

melambangkan kasih sayang dan tumpuan aura positif.

4.

pakaian yang mempunyai corak mendatar akan memberikan kesan yang macamana?

a)

memberi kesan panjang, tinggi atau langsing kerana tumpuan mata bergerak dari bawah ke atas.

b)

memberikan kesan yang cantik mata memandang.

c)

memberi kesan lebar atau gempal kerana tumpuan mata bergerak kiri dan kanan.

d)

boleh memberi kesan rendah atau tinggi

5.

Sally mempunyai masalah badan besar dan dia ingin membeli pakaian baru.apakah corak yang sesuai untuk sally?

a)

corak garisan menegak

b)

corak bunga-bunga besar

c)

corak garisan menyerong

d)

corak kotak-kotak besar

6.

Amira ingin menghadiri suatu majlis dan ingin memilih pakaian yang bersesuaian dengannya. Dia mempunyai bentuk badan tiga segi terbalik. Apakah ciri-ciri yang pakaian yang perlu dipilih?

a)

Pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap.

b)

sesuai menggunakan pakaian yang diperbuat daripada fabrik lembut dan beralun

c)

pilih warna-warna gelap atau neutral untuk bahagian atas badan.

d)

pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil atau tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas

7.

yang manakah merupakan bentuk-bentuk asas badan setiap orang yang perlu difahami sebelum sesuatu rekaan pakaian dibuat?

a)

tinggi

b)

tubular

c)

rendah

d)

hour glass

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan tekstur dalam rekabentuk fesyen?

a)

menghasilkan kesan visual dan mesej yang berbeza-beza melalui pakaian dan aksesori yang dipakai

b)

merujuk kepada rupa permukaan sesuatu benda atau rasa pada fabrik atau bahan.

c)

merujuk kepada pelbagai fungsi dan memberi kesan yang berbeza-beza dalam reka bentuk fesyen.

d)

merujuk kepada struktur luar bentuk badan atau dikenali sebagai silhouette.

9.

Antara berikut yang manakah bahan-bahan yang terdapat dalam reka bentuk fesyen?


i) fabrik

ii) butang hiasan

iii) gunting kain

iv) benang

v) lapik dalam

a)

i,ii,v

b)

iii dan iv

c)

i, ii, iv dan v

d)

semua diatas

10.

Apakah yang terdapat dalam fasa ke 4 untuk penghasilan reka bentuk fesyen?

a)

tinjauan dan penyelidikan

b)

penjanaan idea

c)

pembinaan mock-up

d)

pilih tema dan reka bentuk produk

11.

Yang manakah menerangkan dalam fasa 3 semsa penghasilan reka bentuk fesyen?

a)

melibatkan proses menterjermah idea atau gambaran tentang reka bentuk produk dalam bentuk rajah atau lakaran.

b)

melibatkan proses pengujian dan penambahbaikan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan atau kekurangan.

c)

anda boleh memilih tema berdasarkan alam semula jadi, sejarah, budaya setempat, kehidupan, teknologi dan muzik semasa.

d)

mendapatkan gambaran awal tentang reka bentuk yang akan dibangunkan berdasarkan tinjauan dan penyelidikan terhadap produk sedia ada.

12.

Apakah bahan yang digunakan untuk menutup dan mencantum bahagian pada aksesori dan pakaian dengan cara menindih dua permukaan tersebut?

a)

tali

b)

manik

c)

pita perekat/velkro

d)

lapik dalam

13.

Apakah langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen yang sesuai di isi dalam tempat kosong?


sediakan bahan dan alatan--->..............--->mendraf---> menanda --->..............--->mencantum--->kemasan---> produk siap

a)

melukis, melakar

b)

mewarna, melukis

c)

mengukur, memotong

d)

cat, menjahit

14.

Warna apakah yang menunjukkan kasih sayang dan tumpuan selain memberikan aura positif yang menyebabkan si pemakai berasa gembira dan selesa?

a)

biru dan putih

b)

merah jambu dan ungu

c)

kuning dan jingga

d)

merah dan hitam

15.

Yang manakah antara berikut merupakan elemen tekstur dalam reka bentuk fesyen?


i) tekstur berkilat

ii) tekstur warna

iii) tekstur lembut

iv) tekstur legap

v) tekstur kasar

a)

i, ii dan v

b)

i, iii, iv dan v

c)

ii, iii,iv dan v

d)

semua diatas