NEW
Font size
WorksheetsKATA SENDI NAMA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pak Mus bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _______ petang.
di
ke
pada
kepada
Hanya kain batik tulis lebih mahal ______ harga kain batik cap.
oleh
dengan
dari
daripada
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan hadiah ______ para pelajar.
untuk
pada
kepada
ke
Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi.
daripada
untuk
demi
bagi
Cikgu Maya menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ haiwan.
terhadap
hingga
dalam
oleh
Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun.
di
dengan
kepada
hingga
Oleh sebab rasa cinta _______ kebudayaan Melayu, Puan Hawa sanggup menjelajah seluruh negara untuk membuat kajian.
dalam
untuk
akan
terhadap
Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik.
sejak
oleh
tentang
dalam
Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _______ kapal dagang yang datang dan pergi.
dengan
untuk
bagi
di
Perajurit itu rela berkorban nyawa ______ kedaulatan tanah air yang tercinta.
pada
akan
demi
terhadap
Kesenian wayang kulit yang terkenal di Kelantan dipercayai berasal ______ selatan Thailand.
dari
daripada
ke
di
Pihak kerajaan telah pun menjalankan pelbagai usaha _______ mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan penduduk di luar bandar.
sejak
tentang
oleh
untuk
Suara biduanita itu sungguh merdu _______ buluh perindu apabila mendendangkan lagu Melayu asli.
sampai
umpama
demi
antara
Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
daripada...sehingga
dari...hingga
sejak...ke
pada...hingga
Ayah dan ibu sangat suka _______ mi goreng yang dijual di restoran itu.
oleh
kepada
akan
pada
Surat yang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara .
dari
daripada
kepada
untuk
_______ pesta tersebut , pelbagai barangan cenderamata dijual di gerai-gerai yang disediakan .
Dengan
Pada
Di
Seperti
Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa .
akan
dengan
tentang
antara
Setibanya saya _______ Kuala Kangsar ,saya telah dipelawa _______ seorang penduduk kampung di situ bertandang ke rumahnya.
ke...oleh
pada...dengan
di...oleh
dalam...daripada
Majlis perkahwinan _______ Anita dan Masri berlangsung dalam suasana yang cukup meriah .
daripada
seperti
antara
dengan
