Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T1 BAB 7-UDARA

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan carta pai komposisi udara. Pilih padanan jenis gas dan peratus yang betul.

a)

P : Oksigen

b)

Q : Nitrogen

c)

S : Karbon dioksida

2.

Pilih DUA kaedah yang betul untuk mengenal pasti kehadiran gas oksigen dan gas karbon dioksida.

a)

Kayu uji berbara akan menyala : Gas oksigen

b)

Kayu uji berbara akan menyala : Gas karbon dioksida

c)

Kayu uji menyala akan terpadam : Gas karbon dioksida

d)

Kayu uji menyala akan terpadam : Gas oksigen

3.

Namakan gas yang diperlukan oleh tumbuhan hijau semasa menjalankan fotosintesis.

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Nitrogen

d)

Gas nadir

4.

Pilih DUA kesan peningkatan gas karbon dioksida di dalam udara?

a)

Pemanasan global

b)

Hujan asid

c)

Penipisan lapisan ozon

d)

Kesan rumah hijau

5.

Sebagai seorang murid yang menghargai kepentingan kitar karbon dan kitar oksigen, nyatakan cadangan anda untuk mengekalkan keseimbangan kitar ini.

a)

Galakkan penebangan hutan secara haram

b)

Gunakan racun serangga terhadap tanaman secara berlebihan

c)

Mengurangkan penggunaan pendingin hawa

6.

Pembakaran bermaksud tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan dipanaskan dengan___________ dan membebaskan ____________ dan tenaga cahaya

a)

tenaga haba, karbon dioksida

b)

oksigen , tenaga haba

c)

tenaga haba , oksigen

7.

Tiga komponen yang diperlukan untuk berlaku pembakaran ialah haba, ____________ dan ____________.

a)

karbon dioksida

b)

oksigen

c)

bahan api

d)

hidrogen

8.

Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan keperluan oksigen untuk pembakaran. Antara lilin X dan lilin Y, yang manakah akan menyala dengan lebih lama?

a)

Lilin X

b)

Lilin Y

9.

Air sesuai digunakan untuk memadamkan pembakaran yang disebabkan oleh

a)

minyak

b)

metana

c)

kertas

d)

natrium

10.

Sarimah menggunakan selimut untuk memadamkan api dalam suatu kebakaran kecil di rumahnya. Bagaimanakah selimut itu berfungsi?

a)

Menghalang oksigen daripada terkena permukaan terbakar

b)

Mendinginkan permukaan yang terbakar

c)

Memutuskan sumber bahan bakar

d)

Mengurangkan jumlah bahan bakar

11.

Manakah antara berikut amalan yang perlu dielakkan untuk mencegah kebakaran daripada berlaku?

a)

Menyimpan mancis di tempat yang selamat

b)

Tidak meletakkan beban yang banyak pada suatu sumber elektrik

c)

Membuang puntung rokok yang masih menyala

d)

Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada api

12.

Logam reaktif perlu disimpan di dalam minyak parafin kerana mudah terbakar apabila terdedah kepada udara. Apakah contoh-contoh logam tersebut?

a)

Aluminium

b)

Natrium

c)

Kuprum

d)

Kalium

13.

Pilih beberapa alat yang boleh mengeluarkan bahan pencemar klorofluorokarbon (CFC).

a)

Mesin basuh

b)

Peti sejuk

c)

Pendingin hawa

d)

Bekas makanan polisterina

e)

Telefon bimbit

14.

Sebagai seorang murid, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menambahkan kesedaran masyarakat mengenai pencemaran udara?

a)

Mengadakan kempen kesedaran mengenai pencemaran udara

b)

Memupuk sikap suka mengitar semula bahan

c)

Mendengar taklimat tentang bahaya pencemaran udara

d)

Semua jawapan adalah benar

15.

Pilih pernyataan yang betul mengenai cara-cara untuk mengawal dan mengurangkan pencemaran udara.

a)

Menggunakan bahan bebas klorofluorokarbon (CFC)

b)

Menggunakan pengangkutan awam

c)

Melakukan pembakaran terbuka

d)

Mengamalkan kitar semula dan guna semula barangan

e)

Menggunkaan minyak dan petrol berplumbum