WorksheetsKMK T6 SMKSI - PANTUN AGAMA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua bentuk iaitu Bentuk Terikat dan Bentuk Bebas. Puisi Bentuk Terikat adalah seperti
Pantun, Syair, Gurindam, Teromba
Pantun, Syair, Nazam, Seloka
Pantun, Syair, Rubai, Talibun
Pantun, Syair, Masnawi, Qit'ah
Pantun-pantun lain yang terdapat dalam Teks Permata Sastera Melayu ialah
Pantun Budi, Pantun Nasihat, Pantun Teka-Teki
Pantun Budi, Pantun Nasihat, Pantun Jenaka
Pantu Budi, Pantun Nasihat, Pantun Adat
Pantun Budi, Pantun Nasihat, Pantun Kasih Sayang
Fungsi Pantun Agama adalah seperti berikut kecuali
Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat / pengajaran
Sebagai alat menyebarkan fahaman agama
Sebagai alat untuk menguji ketajaman akal fikiran
Sebagai alat menggambarkan kehidupan masyarakat, minda dan pemikiran
Apakah huraian yang sesuai dengan frasa
" sebagai alat komunikasi "
Sebagai alat menterjemahkan pemikiran, cita-cita dan perspektif masyarakat Melayu
Sebagai alat penyampai bagi menguji perjalanan akal masyarakat
Cara untuk meluahkan perasaan dan menyampaikan nasihat
Mendidik dengan cara berkias atau terang-terangan
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banya nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
Keindahan puisi yang terdapat pada Pantun Agama di atas ialah
Perulangan perkataan di awal baris. ( banyak )
Asonansi - perulangan bunyi huruf vokal " m " ( tidak semulia hari jumaat )
Aliterasi - perulangan bunyi huruf konsonan " a " ( banyak hari antara hari )
Responsif - perulangan perkataan di tengah baris secara berturutan.( antara )
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banya nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
Gambaran masyarakat dalam Pantun Agama ini ialah
Masyarakat yang memuliakan Nabi, memuliakan hari Jumaat dan memuliakan ibu bapa
Masyarakat yang memuliakan Nabi, memuliakan hari Jumaat dan memuliakan Allah
Masyarakat yang memuliakan Nabi, memuliakan hari Jumaat dan memuliakan solat
Masyarakat yang memuliakan Nabi, memuliakan hari Jumaat dan yang taat pada perintah Allah
Di dalam Pantun Agama ada menggambarkan bahawa masyarakat sentiasa memohon keampunan kepada Allah.
Ayat ini menghuraikan tentang ....
Kehidupan manusia di dunia telah tertulis untuk sujud dan memohon keampunan kepada Allah
Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan perlu memohon keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Manusia perlu memohon keampunan kepada Allah kerana itu adalah sifat hambaNya
Manusia yang lemah iman akan mendengar bisikan syaitan dan tertipu dengan pujukannya. Justeru perlu memohon keampunan kepada Allah
Unsur pendidikan banyak terdapat di dalam Pantun Agama kecuali
Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling mulia
Umat islam wajib menyanjungi Baginda Nabi Muhammad
Umat islam wajib memuliakan Baginda Nabi Muhammad
Nabi Muhammad dilahirkan dan dibesarkan oleh Ayah dan Ibunya
Masyarakat yang taat kepada Allah dengan menunaikan solat pasti mengetahui semua perkara tentang solat di bawah ini kecuali...
Solat Jumaat dilakukan oleh jemaah lelaki sahaja
Solat Jumaat dilakukan pada hari jumaat sahaja
Solat Subuh terdiri daripada dua rakaat sahaja
Solat Subuh dilakukan oleh jemaah lelaki pada hari jumaat sahaja
Aspek agama yang terdapat dalam Pantun Agama ini ialah
Hari Jumaat, Nabi Muhammad, sembahyang Subuh, bayar zakat
Hari Jumaat, Nabi Muhammad, sembahyang Subuh, pergi haji ke mekah
Hari Jumaat, Nabi Muhammad, sembahyang Subuh, percaya kepada Qada' dan Qadar
Hari Jumaat, Nabi Muhammad, sembahyang Subuh, mohon keampunan kepada Allah
