wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan T4 (set KEL1)

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ?

a)

Menjadikan keluarga usahawan terkenal

b)

Memiliki kereta mewah

c)

Melancong ke seluruh dunia

d)

Melambangkan imej perniagaan

2.

Rajah menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagan. Mengapakah Kak Ton mengambil tindakan seperti di atas ? SILA PILIH DUA[2] JAWAPAN

a)

Perniagaan berterusan

b)

Risiko dapat disebarkan

c)

Dapat berkongsi kepakaran

d)

Menanggung liabiliti terhad

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “berhad” (Bhd.) pada nama sesetengah perniagaan ?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.

Apakah bentuk perniagaan tersebut ?

 Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.

 Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan.

 Membuat bayaran dalam bentuk fi.

a)

Francais

b)

Usaha sama

c)

Perkongsian

d)

Milikan tunggal

5.

Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar ?

a)

Kekurangan modal

b)

Kurang daya saing

c)

Sukar menyediakan latihan

d)

Komunikasi kurang berkesan

6.

Apakah X ?

 Mengekstrakkan sumber semula jadi

 Mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua

a)

Sektor ketiga

b)

Sektor kedua

c)

Sektor utama

d)

Sektor asli

7.

Pernyataan manakah menerangkan tentang taraf perintis?

a)

Pelepasan cukai kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan makanan, pembinaan jalan dan pembelian aset modal

b)

Pengecualian cukai selama lima tahun kepada syarikat yang menyertai sektor yang dipromosi oleh kerajaan.

c)

Pelepasan cukai kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan.

d)

Potongan cukai kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan.

8.

Apakah kesan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan?

a)

Perkembangan aktiviti sesebuah perniagaan menjadi semakin pesat

b)

Kuasa beli isi rumah menjadi semakin baik dan meningkat

c)

Penduduk meningkatkan pembelian barang mewah

d)

Penduduk akan kehilangan pekerjaan

9.

Apakah kekuatan dalaman yang boleh memacu pertumbuhan dan perkembangan sesuatu perniagaan?

a)

Keadaan politik yang stabil

b)

Aktiviti pemasaran yang berkesan

c)

Perkembangan ekonomi yang pesat

d)

Penggunaan peralatan teknologi baharu

10.

Encik Lim merupakan seorang majikan di Syarikat NAS Sdn. Bhd. Beliau telah mewujudkan suasana kerja yang kondusif, sentiasa menjaga hubungan baik dan bertoleransi dengan pekerjanya.


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Encik Lim?

a)

Gaya pengurusan demokratik

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan sokongan

d)

Gaya pengurusan autokratik