NEW
Font size
WorksheetsSayangi Bahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Air sungai di belakang rumahnya mengalir ........... selepas hujan lebat.
laju
pantas
deras
lincah
Suasana di pasar tani itu ............. setiap pagi.
huru-hara
riuh-rendah
haru-biru
tunggang-langgang
Jalan raya di kaki Gunung Kinabalu itu ..................
bengkang-bengkok
simpang-siur
rosak-rosak
bukit-bukau
Mangsa bot karam itu..............di tengah laut ketika dijumpai oleh sepasukan polis marin yang sedang meronda.
teroleng-oleng
terkapai-kapai
melambai-lambai
memanggil-manggil
Abang sedang..............buah mangga yang sedang masak ranum itu menggunakan galah.
mencolok
menyabit
memukul
mengait
Buah mangga yang...........itu perlu diperam kira-kira tiga hari sebelum boleh dijual.
masak
ranum
mengkal
busuk
Dua orang perompak itu ditangkap pahi tadi. ...........akan dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan.
Dia
Beliau
Mereka
Kami
"...........akan berangkat ke Kuala Lumpur pada hari Ahad," kata Bendahara kepada Tun Ismail.
Beta
Beliau
Baginda
Tuanku
Ketua pasukan bola sepak itu.........piala yang menjadi rebutan para pemain.
memikul
menatang
menjulang
menjunjung
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu bertanggungjawab.............. keamanan dunia sejagat
pada
terhadap
untuk
kepada
Wanita itu...........apabila disoal siasat oleh pihak polis.
terkial-kial
tersipu-sipu
terpinga-pinga
termangu-mangu
Lukisan yang dihasilkan oleh pemuda itu.......... cantik sekali
paling
teramat
amat
terpaling
Anuar dan adiknya............ kasut sekolah mereka ketika meredah banjir
menjinjing
mengandar
mendukung
menjunjung
Murid-murid tidak seharusnya bersikap ......... ketika menjawab soalan peperiksaan.
pantas
kasar
gugup
gopoh
Drama terbaharu arahan pegarah muda itu pasti mendapat sambutan......... daripada peminatnya
panas
tinggi
hangat
luas
Aiman tidak dapat menyelesaikan semua soalan itu kerana masa terlalu ...........
sibuk
pantas
laju
suntuk
Kami mengambil masa selama lima jam untuk sampai ke kawasan...........itu
pendalaman
pedalaman
pedalam
pendalam
Aznor tidur............. dengan lengan kerana terlalu mengantuk.
beralaskan
beralas
berbantalkan
berlapikan
Majlis Pertabalan itu ditangguhkan serta-merta kerana baginda sedang ............
sakit
beradu
gering
bersiram
Cikgu Ayu..........mengajar subjek Bahasa Melayu tetapi subjek Sejarah.
tidak
bukan
hendak
juga
