wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MAJLIS RAJA-RAJA

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang diselaraskan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja?


I. Penggunaan tanah rizab orang Melayu

II. Perubahan sempadan antara negeri-negeri

III. Amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan

IV. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

2.

Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia?

a)

Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat

b)

Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya

c)

Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara

d)

Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

3.

Yang manakah perlantikan jawatan memerlukan perundingan dengan Majlis Raja-Raja?

a)

Perdana Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Ketua Setiausaha Negara

4.

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tanpa berunding dengan Majlis Raja-Raja bagi jawatan

a)

Ahli Suruhanjaya

b)

Ketua Audit Negara

c)

Ketua Polis Negara

d)

Ketua Hakim Negara

5.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkuasa

a)

Menentukan giliran Yang di-Petuan Agong

b)

Mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja

c)

Mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-Raja

d)

Memberi penjelasan kemajuan negara kepada Yang di-Pertuan Agong

6.

Yang manakah tugas yang dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara?


I. Mengaudit akaun bagi Kerajaan Persekutuan

II. Menghantar laporan audit kepada Yang di-Pertuan Agong

III. Mengelakkan penyelewangan dalam pengurusan wang negara

IV. Melaksanakan kuasa berhubung dengan akaun Persekutuan sahaja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Perlantikan jawatan yang manakah memerlukan persetujuaan Majlis Raja-Raja?

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Kabinet Persekutuan

8.

Tugas yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Melantik Perdana Menteri

b)

Memecat Ketua Hakim Negara

c)

Mengubah tatacara persidangan Parlimen

d)

Memperkenan sesuatu amalan agama Islam

9.

Yang manakah tugas Majlis Raja-Raja?

a)

Melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

b)

Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas

c)

Memperkenankan perlantikan Perdana Menteri

d)

Mencadangkan perlantikan Yang di-Pertua Negeri

10.

Yang manakah berikut merupakan tugas Ketua Majlis?

a)

Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat

b)

Menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul

c)

Memberi nasihat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Menghantar notis untuk memulakan persidangan kepada ahli Dewan Rakyat

11.

Yang di-Pertuan Agong kini adalah dari negeri

a)

Terengganu

b)

Johor

c)

Kelantan

d)

Pahang