wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIQH MUNAKAHAT

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kenyataan berikut adalah benar mengenai walimah KECUALI:

a)

Walimah daripada sudut bahasa bermaksud perjumpaan

b)

Kadar walimah bagi orang miskin ialah makanan yang dia mampu

c)

Waktu mengadakan walimah iaitu semasa berlakunya akad sahaja

d)

Tidak wajib menghadiri walimah yang dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja

2.

Sabda Rasulullah SAW; “Mengadakan kenduri kahwin pada hari pertama perkahwinan adalah dituntut dan pada hari kedua adalah satu kebiasaan dan pada hari yang ketiga adalah bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk". Riwayat Abu Daud


Berdasarkan hadis di atas, hukum kepada seseorang yang menghadiri majlis perkahwinan pada hari ketiga ialah:

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Harus

d)

Makruh

3.

Siapakah perempuan yang haram dikahwini buat selama-lamanya?

a)

Ibu saudara sebelah bapa

b)

Ibu saudara kepada isteri

c)

Perempuan kafir yang menyembah berhala

d)

Perempuan yang diceraikan dengan talak 3

4.

Afif berkahwin dengan adik perempuan sesusuannya. Apakah hukum perkahwinan tersebut?

a)

Wajib

b)

Haram

c)

Makruh

d)

Lebih Afdhal

5.

Orang yang TIDAK termasuk sebagai wali mujbir adalah:


i Bapa

ii Ayah kepada bapa

iii Adik beradik ayah yang seibu sebapa

iv Bapa saudara sebelah ibu yang seibu sebapa

a)

i dan iv

b)

ii dan iv

c)

iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

6.

Wali hakim tidak boleh bertindak sebagai wali nikah KECUALI:


i Wali belum berkahwin

ii Perempuan tidak mempunyai wali

iii Wali nasab berada di tempat yang jaraknya 2 marhalah

iv Wali nasab enggan mengahwinkan anak perempuannya

a)

ii dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

7.

"Individu yang mampu berkahwin tetapi tidak mempunyai keinginan terhadap perkara tersebut malah sibuk beribadat dan menuntut ilmu".


Hukum bagi pernyataan di atas adalah:

a)

Harus

b)

Sunat

c)

Afdhal berkahwin

d)

Afdhal tidak berkahwin

8.

Q dalam rajah di atas adalah:

a)

Rukun nikah

b)

Rukun talak

c)

Syarat saksi nikah

d)

Syarat sighah nikah

9.

Sebab-sebab pengharaman perkahwinan selamanya seperti berikut KECUALI:

a)

Keturunan

b)

Persemendaan

c)

Faktor penyusuan

d)

Agama tidak sahih

10.

Kriteria bagi calon suami yang baik adalah seperti berikut KECUALI:

a)

Masih bujang

b)

Mempunyai harta

c)

Beragama dan berakhlak

d)

Daripada kaum kerabat yang terdekat

11.

Alya berkahwin dengan pasangannya Syahmi. Antara berikut yang manakah mahram bagi Alya?

a)

Bapa Syahmi

b)

Adik susuan Syahmi

c)

Bapa saudara Syahmi

d)

Anak lelaki kepada abang Syahmi

12.

Aiman telah bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya secara mutlak. Pernyataan ini merujuk kepada perbuatan

a)

Ila’

b)

Dharar

c)

Syiqaq

d)

Nusyuz

13.

Berikut adalah benar tentang zihar KECUALI:

a)

Kaffarah zihar mesti mengikut tertib kemampuan

b)

Pada zaman jahiliah, zihar adalah salah satu cara untuk mentalakkan isteri

c)

Suami tidak boleh bersetubuh dengan isterinya sehingga dia menyempurnakan kaffarah tersebut

d)

Sabit hukum zihar dengan lafaz daripada suami “Muka awak sebiji macam muka ibu saya masa muda-muda dulu”

14.

Manakah pernyataan berikut BENAR mengenai mekanisme pemantapan akhlak?


i Memberi pendidikan agama secukupnya

ii Menjadikan Rasulullah SAW sebagai “role model”

iii Melalui penerapan budaya dan tradisi masyarakat

iv Mendapat bimbingan daripada ibu bapa yang berkualiti

a)

ii dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

i, iii dan iv

15.

Persamaan daripada sudut agama, pekerjaan dan keturunan bertujuan untuk mencapai maksud sekufu menurut Islam.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Sah akad nikah yang didahului dengan lafaz qabul daripada pengantin lelaki.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Islam telah mengharuskan nikah syighar.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Akad daripada pengantin yang bisu yang difahami oleh orang ramai menyamai lafaz akad yang sorih.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Tidak harus bagi 2 orang saksi nikah menyaksikan kerelaan pengantin perempuan ketika melaksanakan akad.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Suami dianggap melakukan maksiat dan berdosa apabila menyetubuhi isterinya sebelum melunaskan kaffarah zihar.

a)

Betul

b)

Salah