wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI TINGKATAN 2 bab 3 dan 4

Total questions: 20

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut adalah berkaitan pergerakan bumi


Setiap planet termasuk bumi mempunyai laluan tersendiri semasa mengelilingi matahari.


Antara berikut, manakah yang dimaksudkan oleh pernyataan tersebut?

a)

ORBIT

b)

PAKSI

c)

ELIPS

d)

SATAH TEGAK

2.

Antara berikut, manakah yang betul mengenai pergerakan bumi?

a)

Melalui cara putaran bulan

b)

Melalui cara peredaran bumi

c)

Berputar pada paksinya yang berbentuk elips

d)

Bumi berputar sambil beredar mengelilingi bulan

3.

Apakah yang akan berlaku akibat daripada daya koriolis?

a)

Kejadian pasang surut

b)

Kejadian siang dan malam

c)

Perbezaan waktu tempatan

d)

Pemesongan arah tiupan angin lazim dunia

4.

Maklumat berikut merupakan salah satu jenis pasang surut.


Terjadi apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan garis lurus.


Antara berikut, manakah yang betul tentang maklumat tersebut? 

a)

Pasang anak

b)

Air surut kecil

c)

Pasang perbani

d)

Air pasang kecil

5.

Maklumat berikut adalah berkaitan kejadian pasang surut.

Fenomena pasang surut berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam.


Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut?


a)

Tarikan graviti bumi iaitu daya korialis

b)

Tarikan graviti antara bumi dengan bulan

c)

Tarikan graviti di Garisan Meridian Pangkal

d)

Tarikan graviti antara bulan dengan matahari

6.

Antara berikut, manakah yang betul mengenai perihelion?


* pilih 2 jawapan yang betul*

a)

Jarak bumi yang paling jauh dari matahari

b)

Berlaku dua minggu selepas solstis musim panas

c)

Berlaku dua minggu selepas solstis musim sejuk

d)

Jarak bumi yang paling hampir dengan matahari

7.

Peredaran bumi mengelilingi matahari dan kecondongan paksi bumi.


Apakah kesan yang akan berlaku daripada kejadian tersebut? 

a)

Kedudukan bumi berubah-ubah seiring dengan perubahan cuaca

b)

Kedudukan bumi berubah-ubah seiring dengan perubahan musim

c)

Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan cuaca

d)

Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim

8.

· 21 Jun

· Matahari tegak di atas kepala di Garian Sartan (23 ½°U)


Antara berikut, manakah pernyataan yang betul mengenai kawasan di hemisfera utara semasa solstis tersebut?

a)

Mengalami musim luruh

b)

Mengalami musim bunga

c)

Mengalami waktu siang lebih panjang

d)

Mengalami waktu malam lebih panjang

9.

· Hemisfera selatan mengalami musim bunga

· Hemisfera utara mengalami musim luruh


Apakah jenis musim yang dimaksudkan berdasarkan maklumat tersebut?

a)

Solstis musim sejuk

b)

Solstis musim panas

c)

Ekuinoks musim luruh

d)

Ekuinoks musim bunga

10.

Antara berikut, manakah yang betul mengenai perbezaan waktu tempatan?


*pilih 2 jawapan yang betul*

a)

Kesan putaran bumi

b)

Kesan peredaran bumi

c)

Disebabkan oleh daya graviti bumi

d)

Mewujudkan 24 zon waktu, iaitu satu jam bagi setiap satu zon

11.

Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang ciri-ciri iklim Khatulistiwa?

a)

Panas sepanjang tahun

b)

Dialami oleh kawasan yang terletak di antara garisan lintang 0° hingga 30°U dan 0° hingga 30°S Garisan Khatulistiwa

c)

Dialami oleh kawasan yang terletak di antara garisan lintang 0° hingga 10°U dan 0° hingga 10°S Garisan Khatulistiwa

d)

Panas dan kering sepanjang tahun

12.

Antara berikut, manakah yang betul mengenai suhu di Malaysia?


*pilih 2 jawapan yang betul*

a)

Julat suhu harian kecil

b)

Julat suhu tahunan besar

c)

Min suhu tahunan tinggi

d)

Suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun

13.

Apakah yang mempengaruhi taburan hujan yang tidak sekata di Malaysia?

a)

Bentuk muka bumi dan lokasi

b)

Jenis hujan dan tiupan angin monsun

c)

Tiupan angin monsun dan suhu sekeliling

d)

Bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan angin tempatan?

a)

Angin kencang yang bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober

b)

Ribut petir yang berlaku pada waktu petang dan awal senja di daratan, manakala di lautan berlaku pada sebelah malam

c)

Angin yang bertiup di sebuah kawasan kecil, berbeza dengan taburan tekanan umum yang terdapat pada persekitaran tersebut

d)

Angin yang membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur Sabah

15.

Apakah faktor yang menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika, terutama di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak?

a)

Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang sedikit

b)

Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak

c)

Suhu yang rendah dan jumlah hujan yang sedikit

d)

Suhu yang rendah dan jumlah hujan yang sederhana banyak

16.

Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun?

a)

Keadaan Laut China Selatan tidak bergelora

b)

Terlindung daripada tiupan angin kencang dari Lautan Pasifik

c)

Terlindung daripada tiupan angin kencang semasa Monsun Timur Laut

d)

Nelayan mahir menggunakan teknik untuk menangkap ikan dengan banyak

17.

Apakah kelebihan suhu air laut antara 20°C hingga 30°C?

a)

Menggalakkan pertumbuhan batu karang

b)

Menggalakkan pertumbuhan rumpai laut

c)

Kewujudan pelbagai jenis spesies hidupan laut

d)

Sesuai untuk dijadikan pusat penyelidikan berkaitan hidupan laut

18.

Antara berikut, manakah kepentingan gas rumah hijau terhadap bumi

a)

Perubahan iklim

b)

Mengekalkan suhu bumi

c)

Mempengaruhi peningkatan bilangan spesies flora dan fauna

d)

Membebaskan oksigen untuk kegunaan manusia dan tumbuhan

19.

Apakah yang menyebabkan jerebu berlaku

a)

Kepulan asap yang dihasilkan oleh pembakaran kayu

b)

Pembebasan gas sulfur dioksida yang terlarut dalam wap air

c)

Udara yang tidak bersih yang terdapat di kawasan perindustrian

d)

Zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi

20.

Antara berikut, kegiatan manusia manakah yang menyumbang kepada peningkatan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera?

a)

Mengamalkan kitar semula barangan

b)

Menanam pelbagai jenis pokok bunga

c)

Melakukan pembakaran sisa pertanian

d)

Menggunakan bekas makanan mesra alam