wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 3 Proses Reka Bentuk

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah merupakan definisi projek brief?

a)

Satu proses perancangan produk reka bentuk yang teliti dan sistematik

b)

Satu proses perbincangan awal antara dua pihak, iaitu pengurus projek dengan pelanggan

c)

Satu proses pengurusan produk reka bentuk yang melibatkan perbincangan bersama pelanggan

d)

Satu proses perbincangan reka bentuk untuk memastikan hasil produk memenuhi kriteria yang dikehendaki

2.

Maklumat berikut adalah mengenai ciri-ciri projek brief.

· Melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk

· Mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan

a)

Tajuk projek

b)

Lakaran idea

c)

Kriteria produk

d)

Penghasilan mock-up atau model

3.

Antara berikut pernyataan manakah yang betul tentang perancangan dalam pengurusan projek?

a)

Memberikan gambaran awal bentuk dan fungsi produk yang akan dihasilkan

b)

Mengandungi dua perkara penting, iaitu kajian reka bentuk produk dan kajian pasaran

c)

Merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja

d)

Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dari segi pengurusan projek dan gambaran awal produk yang ingin dihasilkan

4.

Antara berikut yang manakah merupakan contoh model separa berfungsi?

a)
b)
c)
d)
5.

Antara berikut manakah merupakan tujuan projek brief dilakukan

a)

Mendapatkan kepastian daripada pelanggan mengenai kriteria produk yang diinginkan

b)

Mendapatkan maklumat mengenai lakaran bebas atau contengan yang disediakan oleh pereka bentuk

c)

Mendapatkan penyelesaian daripada pengurus projek mengenai masalah yang dihadapi dalam menghasilkan produk baharu

d)

Mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dibangunkan bersandarkan ciri-ciri projek brief

6.

Berikut merupakan maklumat mengenai analisis kajian.

"Perbandingan produk sedia ada dalam pasaran dari segi reka bentuk, fungsi dan ciri-ciri moden."

Apakah jenis analisis kajian tersebut?

a)

Kajian pasaran

b)

Kajian fungsi produk

c)

Kajian ciri-ciri produk

d)

Kajian reka bentuk produk

7.

Antara berikut manakah merupakan kegunaan ruang catatan pada borang projek brief?

a)

Idea atau pendapat pengurus projek berkenaan penyataan masalah yang dikemukakan oleh pelanggan

b)

Menyenaraikan penyataan masalah iaitu persoalan yang perlu diambil perhatian oleh pengurus projek

c)

Menyatakan dan menerangkan kriteria pertimbangan utama yang disenaraikan oleh pengurus projek

d)

Jawapan kepada penyataan masalah yang disenaraikan di dalam jadual senarai semak kriteria pertimbangan utama

8.

Apakah tujuan saringan maklumat yang diperoleh melalui borang projek brief dilakukan?

a)

Mempercepatkan proses lakaran dan pembinaan mock-up

b)

Memudahkan pengurus projek membahagikan tugas kepada ahli pasukannya

c)

Memastikan segala maklumat yang berkaitan produk diterangkan oleh pelanggan

d)

Memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk melaksanakan tugas masing-masing

9.

Berikut merupakan maklumat mengenai sejenis model.

"· Dikenali sebagai model blok

· Dihasilkan secara berskala atau saiz sebenar"


Apakah jenis model tersebut?

a)

Mock-up

b)

Prototaip

c)

Model separa berfungsi

d)

Model berfungsi sepenuhnya

10.

Antara berikut yang manakah terlibat dalam perbincangan awal projek brief?

a)

Pelanggan dengan pereka bentuk

b)

Pengurus projek dengan pelanggan

c)

Pereka bentuk dengan pembuat model

d)

Pengurus projek dengan pembuat model