WorksheetsKuiz (Parameswara Pengasas Melaka)
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Siapakah Parameswara?
Pemerintah Majapahit
Putera Palembang
Pemerintah Temasik
Rakyat Siam
Di manakah petempatan yang sesuai dibuat kerajaan mengikut pendapat Parameswara?
Muar
Temasik
Sening Ujung
Sungai Bertam
Mengapakah Parameswara meninggalkan Palembang?
Kerajaannya telah dikuasai Majapahit
Ingin menguasai Temasik
Ingin membina petempatan baru
Ingin mengembara ke utara
Siapakah yang memberi nama Melaka kepada petempatan di Sungai Bertam?
Kerajaan Siam
Kerajaan Majapahit
Temagi
Parameswara
Berikut merupakan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara kecuali
bercita-cita tinggi
berpandangan jauh
bermuafakat
terburu-buru
Berikut merupakan sifat kepimpinan Parameswara kecuali
Gigih
Berpandangan jauh
Bercita-cita tinggi
Malas dan sambil lewa
Siapakah Temagi?
Pemerintah Muar
Pembesar Melaka
Pemerintah Temasik
Pemerintah Malaysia
Dahulunya negeri ini dikenali sebagai Temasik, kini negeri tersebut dikenali sebagai
Johor
Melaka
Persekutuan Tanah Melayu
Singapura
Apakah yang berlaku sewaktu Parameswara di Temasik?
Parameswara telah menyerang Temagi dan Temagi terbunuh dalam serangan tersebut
Terdapat banyak biawak dan biawak tersebut dibunuh lalu dinamakan tempat tersebut sebagai Kota Biawak Busuk
Parsmeswara telah terbunuh semasa di Temasik
Parameswara menamakan negeri tersebut sebagai Melaka
Mengikut mitos hindu, apakah maksud amalaka?
Seekor pelanduk putih yang telah ditendang oleh anjing
Pokok yang pertama tumbuh di alam semesta
Perhimpunan segala dagang
Pertemua
Pedagang Arab memanggil Melaka sebagai Malakat bermaksud
tempat perlindungan
buah yang masam
pokok yang pertama tumbuh di alam semesta
perhimpunan segala dagang
Menurut Suma Oriental, nama Melaka berasal daripada perkataan Malaqa yang bermaksud
tempat perlindungan
tempat membuat ikan masin
perhimpunan segala dagang
buah yang masam
Berikut merupakan kepentingan menghargai sumbangan pemimpin kecuali
Mereka berkorban masa dan tenaga demi tanah air
Mendidik masyarakat mempunyai perasaan rela berkorban demi negara
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
Mendidik kita benci akan negara
Apakah agama rasmi bagi Kesultanan Melayu Melaka?
Islam
Budha
Kristian
Hindu
Pemerintah Melaka ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran
Yang di Pertuan Besar
Sultan
Perdana Menteri
Yang di Pertua
Menurut Sulalatus Salatin, siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Mansur Shah
Sultan Iskandar Shah
Sultan Muzaffar Shah
Dua sumber yang merekodkan tentang pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah
Suma Oriental
Kamus Dewan
Edisi Pelajar
Sulalatus Salatin
Berikut merupakan tempat-tempat persinggahan Parameswara dalam perjalanan ke Melaka kecuali
Muar
Temasik
Palembang
Sungai Bertam
Parameswara berundur ke _________ setelah mengetahui bahawa mereka akan diserang oleh Kerajaan Siam.
Muar
Temasik
Sening Ujong
Sungai Bertam
Namakan haiwan yang menendang anjing perburuan Parameswara dalam Sulalatus Salatin.
Rusa
Biawak
Pelanduk putih
Kuda belang
Mengikut Sulalatus Salatin, nama Melaka berasal daripada ...
pokok Melaka
pelanduk putih
anjing perburuan
kampung nelayan
Apakah keistimewaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara?
Kebijaksanaan pemerintah
Kedudukan strategik
Perkampungan nelayan yang terkenal
Terlindung daripada tiupan angin monsun
Mengapakah Parameswara bertindak membunuh Temagi?
Kerana mahu merampas kerajaan Temasik
Kerana Temagi memfitnah baginda
Kerana salah sangka dan hasutan
Kerana menuntut bela ke atas Majapahit
Apakah yang berlaku di Sening Ujong?
Parameswara melihat kejadian aneh.
Parameswara memburu.
Parameswara melantik seorang wakil pemerintah di Sening Ujong.
Parameswara melihat terlalu banyak biawak.
Antara berikut yang manakah merupakan kejadian aneh yang disaksikan oleh Parameswara semasa memburu?
Pengikutnya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
Anjing perburuannya menendang seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
Anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
Anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk hitam sehingga jatuh ke dalam sungai.
