WorksheetsGAYA BAHASA KESUSASTERAAN MELAYU
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Simile ialah perbandingan dengan menggunakan perkataan seperti umpama, seperti, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.
Sinar wajahnya bersinar seperti bulan mengambang di malam hari
Aku tak mengerti apa yang kau rasa
Tiupan sang bayu menampar lembut pipiku
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Metafora ialah perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua perkataan, iaitu konkrit dan abstrak.
Kotak rahsia
Gunung tinggi
Harapan nusa
Sinar mata
Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenarnya.
Aku rela meredahi lautan api yang membara demi cintaku
Setinggi banjaran Himalaya cintaku padamu
Badai gelora lautan menghempas pantai
serendah mutiara di dasar lautan
Sinkope merupakan singkatan sesuatu perkataan. Pilih perkataan sinkope
Aku - ku
Engkau - kau
Tidak - tak
Sudah - dah
Asonansi merupakan pengulangkan bunyi vokal yang sama yang dominan.
Menajam kalam dan berkaki ayam
Konsonan m
Konsonan k
Vokal a
Vokal e
Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama yang dominan
Menajam kalam dan berkaki ayam
Konsonan m
Konsonan k
Vokal a
Vokal e
Sebab pulut santan terasa
Sebab mulut badan binasa.
Apakah jenis puisi tersebut?
Syair
Gurindam Dua Belas
Pantun Dua Kerat
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok bukan membeli.
Baris ketiga dan keempat dikenali sebagai?
Baris syarat
Baris jawab
Baris maksud
Baris Pembayang
Berikut adalah BUKAN jenis seloka yang terdapat dalam teks Nilai Insan
Seloka Malang Pak Kaduk
Seloka Boros dan Jimat
Seloka Kehilangan Adat Melayu
Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
Ada wang badan tak sihat,
Tidak bernikmat apa dibuat.
(Gurindam Beberapa Petua Hidup)
Baris pertama dan kedua daripada gurindam tersebut dikenali sebagai baris ...
Baris pembayang dan baris maksud
Baris sebab dan baris tindakan
Baris syarat dan baris jawab.
Setiap baris adalah baris maksud.
Ada kepada sesuatu hari,
Baginda bersemayam di balai Seri,
Dihadap sekalian hulubalang menteri,
Ramainya tidak lagi terperi.
Berdasarkan Syair Seratus Siti, nyatakan nama raja bagi negeri tersebut.
Raja Alauddin Riayat Syah
Raja Ajam
Raja Muzaffar.
Raja Malabari
Menteri pun sampai ke sana sudah,
Inikah tanaman yang indah,
Kepada temannya ia bersabda,
"Dahulu taman di sini tiada"
Ia berkata dengan sama teman,
"Siapa ini mempunyai taman,
Pembuatannya indah tempatnya nyaman,
Kalaukan ini rumah Siluman"
Berdasarkan 2 rangkap syair di atas, namakan syair tersebut.
Syair Seratus Siti
Syair Bidadari
Syair Pedoman Hidup
Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.
Pantun Empat Kerat di atas mempunya unsur gaya bahasa. Nyatakan...
Kata ganda
Metafora
Sinkope
Personifikasi
Wah, hilang adat lenyaplah bahasa!
Ghaib sepi tiada bersisa...
Semakin mengerang senantiasa,
Laksana dipagut tedung yang bisa!
Soalan;
Apakah jenis puisi di atas?
Pantun empat kerat
Syair
Gurindam Dua Belas
Seloka Kehilangan Adat Melayu
Pilih pembayang yang sesuai bagi pantun empat kerat di bawah
-----------------------------------
-----------------------------------
Tatkala negara diancam bencana
akur perintah demi keselamatan.
Semua rakyat perlu bersama
Bersatu hati harungi rintangan.
Wahai rakyat jelata,
Ayuh kita gemleng tenaga.
Buah bidara dipetik teruna,
Dahannya patah terkena tangan
Dahan patah terkena tangan,
Buah bidara dipetik teruna
Bidal Melayu sedia berkata:
"Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai"
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Apakah maksud 'papa'?
Miskin
Ayah
Sedih
Sunyi.
Anafora merupakan
pengulangan perkataan pada akhir baris
perbandingan perkataan abstrak dan konkrit
pengulangan kata pada awal baris
pengulangan kata pada tengah baris
Epifora merupakan
penggunaan kata yang melampau
pengulangan perkataan pada akhir baris
pembalikan kata
pengulangan huruf konsonan
tema sajak "Kata Bukit Kepada Jentolak" ialah
Pencemaran alam
Alam sekitar
sikap jahat manusia
flora dan fauna
Unsur Bunyi kecuali...
Asonansi
Aliterasi
Rima akhir
Patah Perkataan
Aku harap ingatanmu masih
luas untuk menakung sejarah
yang kau kuasai dengan darah dan helah
Berikut merupakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan puisi di atas kecuali..
Asonansi
Sinkope
Metafora
Aliterasi
Lain ulu lain parang
Lain dahulu lain sekarang
Berdasarkan rangkap pantun di atas, apakah gaya bahasa yang terlibat dalam pantun tersebut?
Anafora
Kata Ganda
Alusi
Responsi
"Seribu lautan sanggup diharungi"
Antara yang berikut, yang manakah merupakan gaya bahasa bagi petikan di atas?
Sinkope
Hiperbola
Metafora
Personifikasi
Nyatakan 3 gaya bahasa perbandingan
metafora
simile
personafikasi
inversi
Antara berikut berikan 3 contoh gaya bahasa kata ganda
mata-mata
luka-luka
menangis
tersenyum-senyum
