wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS F1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
  • Helium
  • Argon
  • Neon

Yang manakah bukan ciri-ciri unsur di atas?

a)

Wujud dalam keadaan gas

b)

Sangat stabil

c)

Unsur kumpulan 18 dalam Jadual Berkala

d)

Membantu pembakaran

2.

Antara alat optik berikut, yang manakah sesuai untuk melihat fenomena gerhana bulan?

a)

Teleskop

b)

Osiloskop

c)

Kaladeiskop

d)

Mikroskop

3.

Mengapakah langit kelihatan kemerahan ketika senja?

a)

Cahaya merah dibiaskan balik ke Bumi oleh zarah-zarah dalam atmosfera.

b)

Cahaya merah diserakkan oleh zarah-zarah di atmosfera.

c)

Cahaya putih telah diserakkan oleh zarah-zarah dalam atmosfera.

d)

Cahaya biru dibiaskan menjauhi Bumi oleh zarah-zarah di atmosfera.

4.

Rajah menunjukkan fenomena pembiasan cahaya. Antara yang berikut, yang manakah penerangan yang tepat berdasarkan fenomena di atas?

a)

Cahaya putih dipecahkan kepada komponen warna yang berbeza semasa cahaya menembusi gelas kaca.

b)

Cahaya dibalikkan apabila ditujukan kepada suatu permukaan.

c)

Apabila cahaya bergerak dari satu medium kurang tumpat ke medium lebih tumpat, cahaya akan bergerak lambat.

d)

Penyerakan cahaya berlaku apabila sinar cahaya dipantulkan dan diserakkan dalam semua arah oleh jasad halus dalam udara.

5.
  • Stabil untuk penerbangan kapal terbang.
  • Membantu menyerap sinaran ultraungu daripada Matahari.
  • 13-15 km dari permukaan Bumi.


Manakah antara berikut adalah lapisan atmosfera yang dinyatakan?

a)

Mesosfera

b)

Stratosfera

c)

Eksosfera

d)

Troposfera

6.
  • Mengalami tekanan dan suhu yang amat tinggi.
  • Lebih keras daripada batuan asal.


Manakah antara berikut batu yang dimaksudkan?

a)

Batu igneus

b)

Batu kapur

c)

Batu sedimen

d)

Batu metamorfik

7.

Yang manakah antara berikut bukan proses endogen?

a)

Pergerakan kerak Bumi

b)

Aktiviti magma

c)

Proses luluhawa

d)

Proses olakan mantel

8.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kesan-kesan pemanasan global?

a)

Meningkatkan suhu permukaan Bumi

b)

Menaikkan aras air laut

c)

Cuaca menjadi lebih ekstrim

d)

Meningkatkan pembentukan mineral

9.

Struktur sel yang manakah menghasilkan tenaga untuk tindak balas dalam sel?

a)

Nukleus

b)

Sitoplasma

c)

Mitokondria

d)

Membran sel

10.

Rajah 2 menunjukkan pengasingan campuran menggunakan kaedah pengapungan. Apakah yang diwakili oleh cecair X dan cecair Y?

a)

X: Air, Y : Minyak

b)

X : Minyak , Y : Air

c)

X : Etanol, Y : Air

d)

X : Asid hidroklorik, Y : Natrium hidroksida

11.

MERAH + BIRU = P.


Maklumat berikut menunjukkan penambahan warna. Nyatakan warna yang diwakili oleh P.

a)

Sian

b)

Kuning

c)

Hitam

d)

Magenta

12.

Lapisan ini mempunyai ion-ion yang dapat memantulkan gelombang-gelombang radio. Aurora berlaku di sini.


Maklumat di atas menerangkan tentang

a)

Termosfera

b)

Troposfera

c)

Mesosfera

d)

Stratosfera

13.

Antara berikut, yang manakah mewakili komponen biosfera?

a)

Emas, karbon, perak dan timah

b)

Air hujan, kolam, sungai dan laut

c)

Pokok, semut, manusia dan amoeba

d)

Oksigen, nitrogen, metana dan argon

14.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan penambahan warna yang betul?

a)

Merah + Hijau + Biru = Putih

b)

Merah + Hijau = Magenta

c)

Merah + Biru = Sian

d)

Biru + Hijau = Kuning

15.

Gas manakah yang menyumbang kepada sebahagian besar udara?

a)

Karbon dioksida

b)

Nitrogen

c)

Sulfur dioksida

d)

Oksigen