Font size
WorksheetsRBT TING 2 : 1.1 - Pengenalpastian Masalah
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut, pilih definisi yang betul bagi masalah inventif.
A. Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku.
B. Masalah yang sukar untuk diselesaikan
C. Masalah yang berkait dengan aspek kehidupan
D. Masalah yang memerlukan penambahbaikan
Apakah maksud masalah bukan inventif?
A. Masalah yang sukar untuk diselesaikan
B. Penyelesaian masalah menggunakan pemikiran kritis
C. Masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan sampingan
D. Kemampuan dalam menyelesaikan masalah
Antara situasi yang berikut, manakah merujuk kepada masalah bukan inventif?
A. Pisau pemotong ayam yang tumpul
B. Balang kuih yang tidak kedap udara
C. Periuk memasak tanpa pemegang
D. Meja belajar berkaki kayu
Rajah di atas menunjukkan proses kerja bagi masalah bukan inventif. Apakah X?
A. Menilai situasi
B. Proses penambahbaikan
C. Membuat pilihan
D. Melaksanakan pilihan
________________ ialah bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem.
A. Produk
B. Fungsi
C. Objek
D. Komponen
Tandakan (✔️) pada proses penyelesaian masalah bukan inventif yang betul
A. Kenal pasti masalah
B. Pilihan penyelesaian yang ada
C. Model fungsi
D. Membuat pilihan
E. Prinsip Inventif
Langkah terakhir dalam proses kerja penyelesaian bukan inventif ialah
A. menilai penyelesaian masalah
B. menyenaraikan pilihan
C. membuat pilihan
D. mengenal pasti masalah
Pernyataan di atas ini adalah tentang fasa dalam penyelesaian masalah inventif. Apakah fasa tersebut?
A. Fasa analisis punca masalah
B. Fasa model masalah
C. Fasa kaedah penyelesaian
D. Model penyelesaian
Fasa penyelesaian masalah inventif terbahagi kepada
A. tiga fasa
B. empat fasa
C. lima fasa
D. enam fasa
Penerangan yang manakah benar tentang fasa keempat penyelesaian masalah inventif?
A. Masalah dikesan melalui proses kerja
B. Memperkenalkan kaedah pemisahan ruang dan masa
C. Memodalkan masalah menggunakan percanggahan fizikal
D. Setiap kaedah pemisahan akan dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif
Analisis fungsi bertujuan untuk mengenal pasti .....
A. sistem pada sesebuah produk
B. konsep produk yang direka cipta
C. hubung kait antara produk dengan reka bentuk
D. peranan produk dan fungsinya
Rajah di atas ini menunjukkan satu garisan interaksi. Apakah maksud garisan interaksi tersebut?
A. Bermasalah
B. Berguna
C. Berguna tetapi berlebihan
D. Berguna tetapi tidak mencukupi
Antara jenis halangan semula jadi dalam mengenal pasti masalah fungsi dan punca masalah ialah .........
A. panas
B. graviti
C. momentum
D. kebolehan manusia
Apakah kegunaan garisan interaksi?
A. Untuk memastikan masalah inventif dapat diselesaikan
B. Untuk menggambarkan punca halangan yang terdapat dalam sesuatu masalah
C. Untuk menunjukkan kaedah penyelesaian masalah yang betul
D. Untuk mengenal pasti punca masalah
Rajah di atas ini menunjukkan satu masalah. Apakah X?
A. Lantai
B. Kaki kerusi
C. Memegang
D. Kelembapan
Yang manakah bukan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang?
A. Pembahagian
B. Pemecahan
C. Kualiti setempat
D. Pengantara
Maklumat di atas ini ialah penerangan konsep bagi satu prinsip inventif kaedah pemisahan ruang. Apakah prinsip inventif tersebut?
A. Tidak simetri
B. Pengantara
C. Pembahagian
D. Penyarangan
Maklumat di atas ini ialah penerangan konsep bagi satu prinsip inventif kaedah pemisahan masa. Apakah prinsip inventif tersebut?
A. Kedinamikan
B. Tindakan awal
C. Tidak berkala
D. Tindakan keterlaluan
Antara yang berikut, yang manakah padanan parameter percanggahan fizikal yang salah?
A. Tinggi - rendah : ketinggian
B. Berat - ringan : beban
C. Besar - kecil : saiz
D. Panjang - pendek : ukuran
Penerangan konsep di atas ini menerangkan cadangan prinsip inventif pemisahan ruang.
Apakah prinsip tersebut?
A. Kualiti setempat
B. Penyarangan
C. Pengantara
D. Tidak simetri
