wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADISNYA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema sajak Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus?

a)

Nasihat yang diberikan oleh seorang ayah kepada anak gadisnya yang ingin berjauhan dengan keluarga.

b)

Harapan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

c)

Pesanan seorang bapa yang mengharapkan anak gadisnya pandai menjaga kehormatan diri di tempat orang.

d)

Doa seorang bapa agar anak gadisnya berjaya dalam hidup.

2.

Siapakah penyajak berdasarkan sajak Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus?

a)

Seorang gadis sunti

b)

Seorang yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti

c)

Seorang bapa

d)

Seorang yang mengharapkan kejayaan anak gadisnya

3.

Jangan kau pulang...


Mengapakah bapa gadis sunti tidak memberi keizinan anaknya pulang?

a)

sekiranya anak gadisnya gagal

b)

sekiranya anak gadisnya menjatuhkan maruahnya

c)

sekiranya anak gadisnya sudah mendapat pekerjaan

d)

sekiranya anak gadisnya bersifat kurang ajar terhadapnya

4.

Apakah nilai yang diharapkan ada pada anak gadisnya?

a)

Tanggungjawab

b)

Keberanian

c)

Kecekalan

d)

Ketaatan

5.

Apakah cabaran atau dugaan yang mungkin ditempuhi oleh gadis sunti yang dinyatakan oleh bapanya?

a)

hilang pertimbangan akal

b)

ego

c)

mendapat kawan yang suka mengambil kesempatan

d)

kawan yang kedekut ilmu

6.

Apakah maksud rangkap kedua dalam Sajak Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus?

a)

penyajak berpesan kepada anaknya supaya belajar daripada cabaran dan kekal akal yang waras.

b)

penyajak berharap anaknya pandai menyesuaikan diri di kampus.

c)

penyajak tidak mengatakan apa-apa kepada anaknya.

7.

Apakah maksud rangkap ketiga dalam Sajak Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus?

a)

kehidupan di kampus penuh dengan keseronokan dan penyajak berharap anaknya agar cuba menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baharu.

b)

sikap dan minda seseorang yang belajar di universiti mudah dipengaruhi oleh pelbagai cabaran.

c)

penyajak memberi nasihat kepada anaknya supaya pandai menjaga diri apabila di tempat baharu.

8.

Apakah maksud rangkap terakhir dalam Sajak Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus?

a)

kehidupan di kampus penuh dengan pelbagai cabaran seperti angin, api, petir dan lain-lain.

b)

penyajak tidak mahu anaknya pulang ke kampung dan berharap dia terbang sepandai-pandainya.

c)

penyajak tidak sanggup melihat anaknya sedih.

d)

penyajak berpesan kepada anaknya supaya pulang dengan kejayaan dan bukannya kekecewaan.

9.

Penyajak memberi nasihat dan pesanan kepada anak gadisnya yang akan melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Apakah persoalan yang terdapat dalam huraian tersebut?

a)

persoalan remaja yang melanjutkan pelajaran

b)

persoalan keprihatinan terhadap anak kesayangan

c)

persoalan tentang kepentingan sikap ketabahan dalam mengharungi cabaran kehidupan

d)

persoalan remaja yang berdikari

10.

Penyajak berharap agar anaknya dapat tabah menghadapi cabaran yang akan ditempuhinya di menara gading.

Nyatakan dua nilai yang dapat kita pelajari.

a)

Nilai keberanian

b)

Nilai ketabahan

c)

Nilai kasih sayang

d)

Nilai berdikairi

11.

Kita mestilah bersikap berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.

Huraikan bukti daripada pengajaran di atas.

a)

penyajak berharap agar anaknya menghadapi cabaran dengan tabah.

b)

penyajak berharap agar anaknya pandai menjaga diri apabila berada di kampus.

c)

penyajak berharap agar anaknya mengekalkan akal yang waras apabila menghadapi cabaran.

d)

penyajak berharap agar anaknya pulang dengan kejayaan dan bukannya kekecewaan.

12.

Di awan kampus yang sarat ilmu

Di pohon kampus yang tegar status

Di padang kampus yang hijau pertimbangan


Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam baris-baris ayat di atas?

a)

Sinkope

b)

Epifora

c)

Repetisi

d)

Anafora

13.

Nyatakan dua cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membanggakan ibu bapa.

a)

tidak menghormati ibu bapa dan sering bercakap kasar dengan mereka

b)

terjebak ke dalam gejala sosial untuk menunjuk-nunjuk kehebatan sendiri

c)

gigih berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang

d)

menjaga perlakuan sendiri dan sentiasa bertutur sopan

14.

Apakah sikap yang perlu kita pupuk apabila berada di tempat orang?

a)

rendah diri

b)

rajin

c)

hemah tinggi

d)

murah hati

15.

Berikan dua kesan jika kita tidak mematuhi peraturan atau adat resam di tempat baharu.

a)

penduduk setempat akan menyambut kita dengan meriah.

b)

tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk setempat.

c)

kita mungkin akan dihalau daripada tempat tersebut kerana tidak disenangi oleh mereka.

d)

semangat perpaduan antara penduduk akan terjamin.

16.

"Jangan kau pulang

dengan percikan duka dan balutan luka

di sayapmu yang patah"

Apakah persoalan yang sesuai berdasarkan situasi di atas?

a)

A. Persoalan penjagaan maruah diri di perantauan

b)

B. Persoalan tanggungjawab seorang ayah terhadap anak gadisnya

c)

C. Persoalan menuntut ilmu sehingga mencapai kejayaan

d)

D. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan

17.

"Kuhantar kau mengecapi angin baru

udara lain dari kampung bendang kuningmu"

Apakah nilai yang terkandung dalam baris di atas?

a)

A. berdikari

b)

B. kesederhanaan

c)

C. bertanggungjawab

d)

D. kerajinan

18.

" Pandai-pandailah kau terbang

menongkah awam mulus dan kabus dingin

jangan kau pulang

dengan percikan duka dan balutan luka

di sayapmu yang patah"

Apakah pengajaran yang sesuai untuk rangkap di atas?

a)

A. Kita haruslah hidup berdikari dan rasional dalam menghadapi cabaran hidup serta tidak tersilap langkah.

b)

B. Kita haruslah hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain dalam menghadapi cabaran hidup.

c)

C. Kita haruslah rasional dalam membuat sebarang keputusan agar tidak memudaratkan diri sendiri.

d)

D. Kita haruslah mementingkan ilum pengetahuan agar tidak tersilap langkah.

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan frasa pandai-pandailah kau terbang?

a)

terserah kepada awak hendak buat apa-apa pun

b)

boleh berbuat sesuka hati mengikut minat sendiri

c)

perlu menggunakan akal sendiri untuk menyelesaikan masalah

d)

perlu bijak membawa diri di tempat baharu

20.

Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh gadis kampus untuk berjaya dalam pelajarannya?

a)

mengambil kelas tuisyen

b)

Tidak ponteng kuliah

c)

Fokus dan selalu membuat perbincangan dengan rakan dan pensyarah

d)

selalu meminta bantuan rakan-rakan sekuliah