NEW
Font size
WorksheetsBM (TATABAHASA)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Para penumpang MH311 terkandas selama dua jam kerana perubahan ____________ penerbangan.
alamat
tempat
jadual
rajah
Permainan gasing digemari oleh segenap ______________ masyarakat tanpa mengira usia.
himpunan
lapisan
gerakan
kepingan
Pokok kelapa yang tumbang itu menghempap ______________ kambing.
kandang
reban
pondok
sangkar
Sumbangan idea yang bernas untuk memajukan negara diharapkan daripada para _______________ .
cendekiawan
sukarelawan
dramawan
budayawan
Datuk Azhar menyerahkan urusan penghebahan butir-butir perbincangan itu kepada __________________ yang telah dilantik oleh pihak pengurusan syarikat.
jurupandu
juruhebah
juruacara
jurucakap
Sebagai seorang ______________ beliau mahir dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan.
juruhebah
juruukur
jurusolek
juruwang
Pelajar yang menyertai bengkel di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah itu diminta menjaga _____________ apabila berada di sana.
tatatertib
tataacara
tatakerja
tatabahasa
Beberapa ekor kerbau sedang berkubang di dalam _____________ di sawah itu.
lopak
titi
lumpur
longkang
Sambutan murid terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ______________ .
reda
tenang
sejuk
dingin
Pisang emas yang masak ____________ itu tidak sedap digoreng.
ranum
subur
lembik
empuk
