wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN TATABAHASA 1 (TAHUN 4-6)

Total questions: 15

Worksheet time: 53mins

Name
Class
Date
1.

  1. Puan Mei Yin memetik sekuntum ____________ mawar merah yang mekar di taman mini rumahnya.

a)

A. bunga

b)

B. pucuk

c)

C. putik

d)

D. daun

2.

"Buku teks Bahasa Melayu kamu ____________?" tanya Cikgu Nidzam kepada Asri.

a)

A. siapa

b)

B. bila

c)

C. apa

d)

D. mana

3.

Encik Khairi membeli beberapa ___________ sate untuk anak kesayangannya.

a)

A. batang

b)

B. cucuk

c)

C. buah

d)

D. biji

4.

Laila bermain congkak bersama ____________ kawannya di serambi rumah.

a)

A. kepada

b)

B. dengan

c)

C. antara

d)

D. dan

5.

"Perempuan ___________ berbaju kurung biru itu ibu saudara saya," kata Wani kepada Zila.

a)

A. kerana

b)

B. untuk

c)

C. yang

d)

D. dan

6.

Fadil dan Sufi __________ langkah ketika mereka melalui kawasan perkuburan itu pada waktu senja.

a)

A. memperluas

b)

B. memperkuat

c)

C. mempercepat

d)

D. memperlambat

7.

"Tempat peraduan anakanda tuanku telah ___________siapkan," sembah inang istana.

a)

A.saya

b)

B. patik

c)

C. kami

d)

D. hamba

8.

Setelah menerima barangan yang dibeli secara dalam talian, Hana berasa berasa kecewa kerana barang itu tidak sama seperti yang diiklankan.


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

A. Indah khabar dari rupa

b)

B. Sudah jatuh ditimpa tangga

c)

C. embun di hujung rumput

d)

D. gunting dalam lipatan

9.

Dani melintas jalan dengan hati-hati setelah lampu isyarat pejalan kaki menyala.


Pilih perkataan sinonim bagi hati-hati.

a)

A. berani

b)

B. pantas

c)

C. bimbang

d)

D. waspada

10.

Mangsa culik itu masih dalam keadaan ketakutan walaupun telah diselamatkan.


Pilih perkataan antonim bagi ketakutan.

a)

A. kekuatan

b)

B. keletihan

c)

C. keberanian

d)

D. kegelisahan

11.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Bilakah kempen Sihat dan Cergas itu akan dilancarkan?

a)

A. Kempen Sihat dan Cergas itu dilancarkan oleh Menteri Kesihatan.

b)

B. Kempen Sihat dan Cergas itu akan dilancarkan pada minggu hadapan.

c)

C. Kempen Sihat dan Cergas itu telah berakhir pada bulan lepas.

d)

Pelancaran Kempen Sihat dan Cergas itu terpaksa dibatalkan.

12.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Diana dan jirannya sering bertukar-tukar juadah pada bulan puasa.

a)

Sering bertukar-tukar jiran dan juadah, Puan Diana pada bulan puasa.

b)

Pada bulan puasa, Puan Diana dan jirannya sering bertukar-tukar juadah.

c)

Jiran Puan Diana dan juadahnya sering bertukar-tukar pada bulan puasa.

d)

Juadah jirannya dan Puan Diana pada bulan puasa sering bertukar-tukar.

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Mereka menyaksikan persembahan wayang kulit ketika melewati Kelantan.

b)

B. Kita mesti bijak berbelanja supaya boleh berjimat cermat.

c)

C. Ibu melarangkan adik memetik suis lampu dengan tangan yang basah.

d)

D. Shuib mengusahakan sawahnya dengan menggunakan jentera moden.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Corak bunga pada sarung tepak sirih itu ditekat dengan benang emas.

b)

B. Ayah menghantar semua majalah-majalah lama itu ke pusat kitar semula.

c)

C. Kita mestilah sebagai rakyat Malaysia menghormati undang-undang negara.

d)

D. Mesin memproses nanas itu Encik Rahman cipta atas permintaan pelangggannya.

15.

Safina ___________ mempelajari cara menenun songket daripada neneknya semasa cuti sekolah nanti.

a)

A. mahu

b)

B. dapat

c)

C. telah

d)

D. belum