wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 10 (SAINS T4)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pandangan manakah yang menunjukkan perubatan tradisional masih diperlukan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat?

a)

Menggunakan teknologi yang lebih canggih

b)

Tempoh penyembuhan yang lebih singkat dan tidak mengambil masa

c)

Dapat menyembuhkan penyakit yang masih tidak dapat diubati secara perubatan moden

d)

Penggunaan ubat bius yang tidak mendatangkan rasa sakit semasa sesi rawatan

2.

Situasi manakah dalam rawatan perubatan moden yang sesuai menggunakan ubat antibiotik dalam merawat pesakit?

a)

Aminah yang berasa sakit kepala dan berkemungkinan mengalami migrain.

b)

David yang mendapat jangkitan kuman pada alat kelamin akibat hubungan seks bebas.

c)

Maisarah yang mengalami masalah kemurungan selepas terlibat dalam bencana tsunami.

d)

Devi yang mengalami demam panas dan badan berasa menggigil.

3.
a)

Yoga

b)

Aromaterapi

c)

Akupunktur

d)

Kimoterapi

4.

a)

Pendedahan kepada asap rokok

b)

Pendedahan kepada sinar radiasi

c)

Pendedahan kepada penggunaan racun rumpai

d)

Sering mengalami kecederaan

5.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang radikal bebas?

a)

Radikal bebas yang mengambil elektron daripada sel-sel tubuh manusia boleh menyebabkan perubahan dalam struktur DNA dan menyebabkan mutasi pada sel.

b)

Radikal bebas mempunyai elektron yang berlebihan.

c)

Radikal bebas terhasil di dalam badan sahaja.

d)

Radikal bebas ialah bahan yang langsung tidak diperlukan oleh tubuh badan dalam memastikan semua proses di dalam badan dapat berlaku dengan baik.

6.

Bagaimanakah bahan antioksidan membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan?

a)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk meneutralkan kesan radikal bebas dengan mengisi kekosongan elektron pada radikal bebas.

b)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan memastikan bilangan radikal bebas adalah terkawal pada jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan.

c)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan untuk memecahkan lemak berlebihan dalam tubuh badan.

d)

Bahan antioksidan mempunyai keupayaan menghalang proses pengoksidaan pada makanan.

7.

Mengapakah penggunaan produk kesihatan dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meningkat?

a)

Orang ramai tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

b)

Pengaruh iklan dan testimoni tentang kelebihan sesuatu produk kesihatan.

c)

Produk kesihatan lebih mahal berbanding dengan ubat hospital.

d)

Produk kesihatan sukar diperoleh.

8.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang bahan aktif di dalam produk kesihatan?

a)

Hanya terdapat satu bahan aktif sahaja dalam satu produk

b)

Memberikan kesan kepada penyembuhan atau pencegahan penyakit

c)

Tidak boleh dimasukkan ke dalam badan

d)

Kebiasaannya menjalankan fungsi yang berbeza dalam setiap jenama produk

9.

Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri -ciri perubatan moden?

a)

Rawatannya adalah lebih berkesan dan lebih cepat

b)

Kos rawatan yang murah

c)

Pembuktian keberkesanan secara klinikal

d)

Rawatan menggunakan uba-ubatan sintetik

10.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang antibiotik?

a)

Digunakan untuk menubati penyakit jangkitan virus

b)

Bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan jangkitan bakteria

c)

Aspirin ialah satu contoh antibioik

d)

Boleh mengawal emosi dan kelakuan pesakit

11.

Antara yang berikut, manakah contoh bahan antioksidan?

a)

Protein

b)

Lipid

c)

Beta karotena

d)

Vitamin A

12.

Apakah kesan sampingan yang akan berlaku jika pesakit tidak menghabiskan antibiotik yang diberi oleh doktor?

a)

Bakteria akan menjadi tidak aktif

b)

Bakteria akan terlindung di dalam badan

c)

Pesakit akan menjadi alah terhadap antibiotik itu

d)

Bakteria yang tertinggal akan mengalami mutasi dan menjadi imun terhadap antibiotik itu

13.

Antara ubat yang berikut, manakah tidak akan menimbulkan kesan sampingan ketagihan?

a)

Kodeina

b)

Kafein

c)

Amfetamin

d)

Penisilin

14.

Encik Biki mengalami masalah sakit belakang akibat duduk terlalu lama di kerusi semasa bekerja di pejabatnya. Apakah rawatan perubatan komplementari yang paling sesuai untuk merawat masalahnya?

a)

Terapi herba

b)

Homeopati

c)

Kiropraktik

d)

Akupunktur

15.

antara yang berikut, yang manakah dianggap sebagai salah satu daripada faktor luaran yang menyebabkan pembentukan radikal bebas?

a)

Stres

b)

Pencemaran udara

c)

Keradangan

d)

Metabolisme

16.

Maklumat berikut adalah tentang sejenis ubat tradisional.

  • Diperoleh daripada jus daunnya
  • Merawat pelbagai penyakit kulit

Apakah ubat tradisional ini?

a)

Ginseng

b)

Tongkat Ali

c)

Lidah buaya

d)

Kuinina

17.

Parasetamol digunakan untuk merawat sakit kepala dan demam. Kumpulan ubat yang manakah parasetamol tergolong?

a)

Antibiotik

b)

Antidepresen

c)

Psikoteraputik

d)

Analgesik

18.

Apakah tujuan mengambil produk kesihatan?

a)

Untuk mengubati penyakit akut

b)

Untuk mengurangkan penyerapan nutrien

c)

Untuk mengurangkan jumlah senaman fizikal

d)

Untuk mengekalkan kesihatan badan kita

19.

Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku jika seseorang mengambil ubat batuk secara berlebihan?

a)

Batuk tidak akan sembuh

b)

Menyebabkan masalah ketagihan

c)

Menyebabkan diabetes

d)

Penyakit lain akan timbul

20.

Antara bahan antioksidan berikut, yang manakah boleh ditemui dalam buah-buahan ini?

a)

Beta karotena

b)

Likopena

c)

Lutein

d)

Vitamin E