wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - Tatabahasa

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Setelah dirawat oleh Doktor Azlan, __________nadi Pak Cik Jalil normal, tetapi kandungan gula dalam darah agak tinggi.

a)

denyutan

b)

regangan

c)

debaran

d)

ayunan

2.

Sebelum mengamalkan diet, Alice berjumpa dengan pakar __________ terlebih dahulu.

a)

pelaksanaan

b)

pemakanan

c)

kehidupan

d)

penjagaan

3.

Mangsa kebakaran itu mengharapkan __________ tempat tinggal dan pakaian kerana mereka tinggal sehelai sepinggang.

a)

huluran

b)

bantuan

c)

sokongan

d)

sumbangan

4.

Kempen Semakin Hari Semakin Sihat yang dianjurkan itu bertujuan untuk meningkatkan __________ murid tentang kepentingan menjaga kesihatan.

a)

keupayaan

b)

penjagaan

c)

pemikiran

d)

kesedaran

5.

Sebelum acara larian itu bermula, Encik Fahmi memastikan para __________ di setiap lokasi telah pun bersiap siaga.

a)

pekerja

b)

petugas

c)

pengarah

d)

pengusaha

6.

__________ keselamatan itu menunjukkan arah bilik gimnasium kepada kami.

a)

Penjaga

b)

Pengawas

c)

Pengawal

d)

Pengerusi

7.

Pengambilan makanan yang seimbang membolehkan badan kita mendapat __________ yang secukupnya.

a)

manfaat

b)

faedah

c)

khasiat

d)

unsur

8.

Acara __________ hadiah kepada para pemenang itu akan disempurnakan oleh Tuan Haji Hamdan bin Mohammad.

a)

penyerahan

b)

penyampaian

c)

pengisytiharan

d)

penganugerahan

9.

Sejak datuk Susan jatuh sakit, badannya semakin __________

a)

kecil

b)

susut

c)

kering

d)

kempis

10.

Para peserta perkhemahan itu __________ mendengar taklimat daripada Encik Lim.

a)

teliti

b)

asyik

c)

tangkas

d)

khusyuk

11.

Cahaya lampu suluh itu __________ kerana baterinya lemah.

a)

pudar

b)

malap

c)

kelam

d)

samar

12.

Badan Tuk Dalang masih __________ walaupun usianya sudah menjangkau lebih 70 tahun.

a)

lurus

b)

tegak

c)

tegap

d)

teguh

13.

Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat __________ dan rasanya sangat sedap.

a)

rapuh

b)

empuk

c)

liat

d)

rangup

14.

Acara senamrobik itu mendapat sambutan yang __________ daripada murid-murid.

a)

hangat

b)

tegang

c)

sengit

d)

panas

15.

Tiupan angin __________ di puncak gunung itu menyebabkan para pendaki mencari tempat perlindungan.

a)

laju

b)

deras

c)

pantas

d)

kencang

16.

Peluang pasukan Mercury untuk menjuarai perlawanan hoki masih __________ walaupun pasukan itu pernah tewas kepada pasukan lawan sebelum ini.

a)

terang

b)

jernih

c)

cerah

d)

jelas

17.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. (Jawapan lebih dari satu)

a)

Monyet-monyet itu bergayutan di dahan-dahan pokok sepanjang jalan ini.

b)

Pemandu bas itu melarang para penumpang bergayutan di tangga bas.

c)

Lampu-lampu hiasan itu bergayutan di halaman rumah Pak Mail.

d)

Abang dimarahi oleh ibu kerana baju-bajunya bergayutan di dalam biliknya.

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. (Jawapan lebih dari satu)

a)

Ibu menyuruh adik mengacukan baju kurung itu pada badannya.

b)

Perompak itu mengacukan sebilah pisau ke arah pemandu teksi itu.

c)

Anim mengacukan adunan kuih itu dengan acuan kuih yang berbentuk bintang.

d)

Pemain itu mengacukan bola ke arah pintu gol dengan kuat sekali.

19.

Anggota bomba itu berjaya mengawal kebakaran kebakaran di rumah panjang itu __________ terus merebak.

a)

dari

b)

akan

c)

untuk

d)

daripada

20.

Kempen keselamatan jalan raya disyorkan agar diadakan sepanjang masa, bukan __________ waktu-waktu tertentu sahaja.

a)

di

b)

pada

c)

dalam

d)

dengan

21.

Pilih ayat-ayat yang betul. (Jawapan lebih dari satu)

a)

Buku elektronik itu dibeli oleh Syafikah secara dalam talian.

b)

"Letakkan komputer itu di situ," kata Aira kepada Fahim sambil menunjuk ke arah penjuru dewan.

c)

"Pilihlah apa-apa peti sejuk yang awak suka," kata Encik Amran kepada isterinya.

d)

"Kami akan mengikuti bidang pengajian teknologi maklumat di Universiti Malaya," kata Sharon kepada Hasif.

22.

Pilih ayat-ayat yang betul. (Jawapan lebih dari satu)

a)

Siti memberitahu kami bahawa dia tidak ke mana pada cuti sekolah yang lalu.

b)

Kita gemar menggunakan peralatan elektrik untuk memasak kerana lebih cepat.

c)

"Kamu ke Pusat Sains Negara dengan siapa?" tanya Amira kepada Swee Lan.

d)

"Ayah yang mendorong saya bergiat aktif dalam bidang robotik ini," kata Bryan kepada Cikgu Yong.

23.

Lee dikatakan __________ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

24.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan __________

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

25.

Mulut Joo Min __________ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing