Font size
WorksheetsSC F1 BAB 7 : UDARA
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Udara ialah _______ pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di atmosfera
unsur
sebatian
campuran
Terdapat empat komponen dalam udara kecuali...
Oksigen
Nitrogen
Karbon dioksida
Angkasa
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang komposisi udara?
udara mempunyai komposisi yang tetap
udara tidak mengandungi mikroorganisma
udara ialah campuran
udara ialah sebatian
Berapakah komposisi karbon dioksida dalam udara?
0.03%
0.97%
78%
21%
Selain gas oksigen, nitrogen dan karbon dioksida, terdapat juga gas nadir dalam udara. Yang manakah contoh gas nadir?
Aurum
Radon
Rason
Kuprum
Manakah antara berikut menunjukkan kegunaan gas neon?
Apakah itu kitar karbon?
Kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara
Kitar yang melibatkan pengambilan oksigen dalam udara
Oksigen yang diambil dalam zarah karbon dioksida
Membunuh karbon dioksida dari udara
Dalam respirasi, gas _______ digunakan manakala gas ________ dibebaskan
oksigen, karbon dioksida
karbon dioksida, oksigen
nitrogen,oksigen
oksigen, nitrogen
Semasa pembakaran, gas _______ digunakan manakala gas ________ dibebaskan
oksigen, karbon dioksida
karbon dioksida, oksigen
nitrogen,oksigen
oksigen, nitrogen
Namakan proses yang menggunakan karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke udara
Respirasi
Fotosintesis
Penguraian
Pembakaran
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR tentang eksperimen berikut
air akan naik ke paras 1/5 balang setelah api padam
api akan padam kerana kehabisan gas karbon dioksida
menunjukkan peratusan oksigen dalam udara adalah kira-kira 20%
Apakah contoh gangguan kitar karbon dan kitar oksigen?
(Dua jawapan)
Pembebasan asap kenderaan
Pembalakan haram
Memulihara tumbuh-tumbuhan
Menggunakan bateri solar
Apakah tiga syarat pembakaran?
Udara,Air dan Tanah
Oksigen,Haba dan Bahan Api
Wap panas,haba dan kayu
Kitar karbon dan kitar oksigen
Yang manakah kesan buruk pencemaran sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang dibebaskan oleh kilang?
pemanasan global
kesan rumah hijau
hujan asid
banjir kilat
Tandakan (/) pada bahan cemar yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan
Jelaga
Asap
Kloroflorokarbon (CFC)
karbon monoksida
Apakah amalan berjaga-jaga untuk mengelakkan kebakaran?
membuang puntung rokok di merata tempat
simpan mancis dan pemetik api ditempat selamat
tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu sumber elektrik
menghidupkan suis walaupun tidak menggunakannya
Apakah bahan pencemar udara yang menyebabkan jerebu?
Asap
Debu
Karbon Dioksida
Klorofluorokarbon (CFC)
Pencemaran udara boleh juga berpunca daripada aktiviti pertanian dan perladangan. Apakah langkah yang sesuai melalui sains dan teknologi yang boleh digunakan untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara daripada aktiviti ini?
Menggunakan kaedah penggunaan pestisid untuk mengawal haiwan perosak
Menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak
Tidak membenarkan kilang dibangunkan di kawasan perumahan
Menggalakkan penggunaan baja kimia untuk pertanian
Gas yang berfungsi untuk memadam kebakaran dan digunakan dalam alat pemadam api ialah gas
oksigen
nitrogen
karbon dioksida
hidrogen
Luqman menggunakan selimut api untuk memadamkan suatu kebakaran kecil di rumahnya. Bagaimanakah selimut api itu berfungsi?
Menghalang sumber oksigen yang berterusan menyebabkan pembakaran terhenti
Mendinginkan permukaan bahan yang terbakar supaya cepat sejuk
Memutuskan sumber bahan bakar
Melindungi diri daripada terkena percikan api dengan memakai selimut api tersebut
