WorksheetsInternet TMK Tahun 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian komputer?
Sebuah komputer dan sebuah peranti berkaitan yang disambungkan untuk tujuan capaian maklumat, komunikasi dan perkongsian sumber.
Sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat, komunikasi dan perkongsian sumber.
Sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat dan perkongsian sumber.
Sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat dan komunikasi.
2. Apakah jenis medium rangkaian komputer?
rangkaian berwayar dan rangkaian tanpa wayar
rangkaian tanpa wayar
rangkaian beberapa jenis wayar
rangkaian berwayar
3. Pilih padanan yang betul bagi menerangkan gambar rajah di ini.
(Pilih dua jawapan)
A, rangkaian berwayar
B. rangkaian tanpa wayar
A. rangkaian tanpa wayar
B. rangkaian berwayar
4. Rangkaian berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.
Antara berikut, yang manakah adalah contoh kabel rangkaian?
i) kabel sepaksi
ii) kabel gentian optik
iii) kabel pasangan terpiuh bertebat
iv) kabel pasangan terpiuh tidak bertebat
i dan ii
i, ii, dan iii
i dan iv
semua di atas
5. Nyatakan kegunaan rangkaian yang anda ketahui.
i) capaian maklumat
ii) perkongsian sumber
iii) berkomunikasi
i dan ii
i, ii dan iv
i, ii dan iii
Semua di atas
6. Murid-murid sedang menyiapkan tugasan mereka dengan menggunakan aplikasi dalam talian melalui rangkaian.
Nyatakan kegunaan rangkaian berdasarkan pernyataan di atas.
capaian maklumat
perkongsian sumber
berkomunikasi
7. Dollah menghubungi rakannya untuk bertanyakan khabar secara atas talian.
Nyatakan kegunaan rangkaian di atas.
berkomunikasi
capaian maklumat
perkongsian sumber
Berdasarkan gambar di ini, nyatakan nama bagi peranti komunikasi tersebut.
modem
penyesuai rangkaian tanpa wayar
penghala
titik capaian tanpa wayar
Berdasarkan gambar di ini, nyatakan nama bagi peranti komunikasi tersebut.
titik capaian tanpa wayar
penyesuai rangkaian tanpa wayar
modem
penghala
Berdasarkan gambar di ini, apakah nama peranti komunikasi tersebut?
titik capaian tanpa wayar
penyesuai rangkaian tanpa wayar
penghala
modem
Gambar di atas merupakan peranti hab yang berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
Pilih pernyataan di bawah yang benar mengenai peranti di atas.
Berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data dengan tepat.
Mempunyai port rangkaian di mana data yang tiba di suatu port rangkaian akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti terima data tersebut
Menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon
Peranti di atas merupakan salah satu peranti komunikasi dalam rangkaian komputer. Apakah fungsi peranti di atas?
Berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data dengan tepat.
Mempunyai port rangkaian di mana data yang tiba di suatu port rangkaian akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti terima data tersebut
Menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon
Peranti di atas mempunyai fungsi yang sama seperti hab.
Pilih pernyataan yang tepat bagi peranti di atas.
Berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data dengan tepat.
Mempunyai port rangkaian di mana data yang tiba di suatu port rangkaian akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti terima data tersebut
Menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon
Peta alir di atas menunjukkan aliran data dari peranti penghantar ke peranti penerima.
Manakah pasangan yang berikut adalah kurang tepat?
Peranti Penerima : Komputer, pencetak rangkaian, telefon pintar
Peranti Penghantar : Telefon pintar, kamera litar tertutup, komputer
Media Penghantaran : Gelombang radio, komputer
Apakah yang anda faham mengenai Internet?
Internet merupakan gabungan rangkaian komputer di Malaysia
Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia
Internet merupakan gabungan rangkaian komputer di Asia
Akses ke Internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet melalui pembekal perkhidmatan Internet.
Internet adalah singkatan bagi perkataan.....
international work
internet working
internetwork
internatioanal working
Peta minda di atas menunjukkan senarai perkhidmatan Internet.
Pilih padanan perkhidmatan dan fungsinya yang tidak betul.
E-mel : penghantaran mesej berbentuk mel daripada satu penghantar kepada satu atau lebih penerima dalam rangkaian
Jaringan Sejagat (WWW) : membolehkan akses kepada dokumen hiperteks, audio dan video dalam Internet dengan menggunakan pelayar web
Telefon Internet : melakukan panggilan telefon atau memfakskan dokumen dengan menggunakan rangkaian Internet
Protokol Pindah Fail (FTP) : menyimpan fail antara komputer melalui rangkaian
Rajah di atas merupakan search engines ataupun enjin gelintar. Google, Yahoo! dan Bing adalah yang selalu digunakan.
Carian maklumat yang lebih tepat boleh dilakukan dengan....
i) Pencarian Boolean
ii) Pencarian berfrasa
iii) Pencarian berasaskan simbol
i dan ii
ii dan iii
i dan iii
i, ii, dan iii
Laman ini memaparkan peristiwa, sukan, cuaca dan kewangan. Apakah jenis laman web di atas?
laman web peribadi
laman web organisasi
laman web komersial
laman web berita
Internet mempunyai kebaikan dan keburukan jika disalahgunakan. Antara keburukan Internet ialah:
i) terdapat lambakan maklumat
ii) maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih
iii) penyebaran fitnah, hasutan dan bahan lucah
iv) terdedah kepada gangguan maklumat dan serangan perisian hasad
i, ii dan iv
i, ii dan iii
i, iii dan iv
semua di atas
