wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan Jenazah Tingkatan 3

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pengurusan jenazah dari sudut istilah syarak ?

a)

Memandikan orang mati, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan menguburkannya

b)

Menyediakan apa yang perlu

c)

Mengkafankan jenazah menggunakan kain putih

d)

Menjaga adab sebelum dan selepas mati

2.

و عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن نبي صلى الله عليه وسلم نعى النجاشي في

اليوم الذي مات فيه ، وخرج بهم من المصلى ، فصف بهم ، وكبر عليه أربعا


Hadis di atas merupakan dalil pensyariatan pengurusan jenazah, Apakah perkara yang di bincangkan dalam hadis tersebut.

a)

Mandi jenazah

b)

Kafan jenazah

c)

Solat jenazah

d)

Kebumi jenazah

3.

Nyatakan hukum menguruskan jenazah?

a)

Sunat Muakkad

b)

Wajib

c)

Fardhu Kifayah

d)

Harus

4.

Bagi jenazah, ada hak-hak dan adab-adab yang perlu dijaga sebelum mati. Antaranya ialah :

a)

Membaca Surah Al-Baqarah di sisinya

b)

Mengajar orang yang hampir mati mengucap kalimah syahadah

c)

Melembutkan sendi-sendinya

d)

Mengiringkan badan orang yang hampir mati ke sebelah kiri

menghadap kiblat

5.

Manakah antara berikut merupakan adab-adab yang perlu di jaga selepas mati.

I. Lembutkan sendi-sendi

II. Meletakkan atas hamparan dan menghadap kiblat

III. Mengikat tangannya dengan ikatan yang kemas

IV. Meletakkan sesuatu yang berat di atas perutnya

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Bagaimanakah kedudukan imam ketika solat jenazah seorang lelaki

a)

Imam bersetentangan kepala mayat dengan kebanyakan

bahagian badan mayat di sebelah kanan imam.

b)

Imam berdiri bersetentangan bahagian pinggang mayat

c)

Imam bersetentangan kepala mayat dengan kebanyakan

bahagian badan mayat di sebelah kiri imam.

d)

Imam bersetentangan kaki mayat dengan kebanyakan

badan mayat di sebelah kanan imam.

7.

Berapakah bilangan helaian kain putih yang afdhal bagi jenazah lelaki dan perempuan?

a)

Jenazah lelaki : 3 helai

Jenazah perempuan : 5 helai

b)

Jenazah lelaki : 5 helai

Jenazah perempuan : 3 helai

c)

Jenazah lelaki : 5 helai

Jenazah perempuan : 7 helai

d)

Jenazah lelaki : 3 helai

Jenazah perempuan : 4 helai

8.

Berikut merupakan prosedur memandikan jenazah, kecuali?

a)

Jenazah dimandikan di tempat yang terlindung dan berbumbung

b)

Diwajibkan mengulang mandi sebanyak lima kali,

dan campurkan air dengan kapur pada basuhan terakhir

c)

Kepala jenazah disandarkan dengan tangan kanan dan tangan kiri menekan perut jenazah bagi mengeluarkan najis dan kotoran.

d)

Kepala mayat diletak lebih tinggi daripada kaki dan menutup

auratnya dengan pakaian.

9.

Selepas hakim menetapkan kematian orang yang hilang, apakah hukum solat jenazah ke atasnya mengikut pendapat mazhab syafie yang dilaksanakan di Malaysia.

a)

Wajib solat ke atas orang yang telah mati

b)

Harus solat ke atas orang yang hilang itu

c)

Makruh solat ke atas orang yang sudah tiada

d)

Haram solat ke atas orang yang tiada

10.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ditemui anggota badan seorang muslim yang diketahui kematiannya tetapi tidak dijumpai badannya.

a)

Memandikannya, solat jenazah, dibalut dengan cebisan kain dan dikebumikan.

b)

Tidak memandikannya, tidak solat ke atasnya, dibalut dan dikebumikan

c)

Memandikannya, tidak solat jenazah, dibalut dengan cebisan kain dan dikebumikan.

d)

Memandikannya, tidak solat ke atasnya, dibalut dan dikebumikan