wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

Total questions: 45

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang aloi?

a)

Aloi adalah logam tulen yang lemah dan lembut

b)

Aloi adalah sebatian yang terdiri daripada logam dan bukan logam

c)

Aloi adalah rantai molekul panjang yang terbentuk daripada monomer

d)

Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi tetap yang tertentu di mana logam adalah komponen major

2.

Apakah kegunaan duralumin?

a)

Membuat rangka badan kapal terbang

b)

Membuat peralatan musik

c)

Membuat penyambung elektrik

d)

Membuat peralatan pembedahan

3.

Apakah komponen utama bagi kaca?

a)

Silika

b)

Silikon

c)

Kaolin

d)

Natrium klorida

4.

Antara yang berikut, manakah benar tentang seramik?

a)

Seramik mempunyai takat lebur rendah

b)

Seramik adalah lembut dan lemah

c)

Seramik adalah lengai kepada bahan kimia

d)

Seramik adalah penebat elektrik dan haba yang kurang baik

5.
  • Kos bahan yang rendah
  • Menghantar data melalui gelombang cahaya dalam komunikasi


Antara berikut, bahan buatan manakah yang mempunyai sifat-sifat di atas?

a)

Superkonduktor

b)

Kaca fotokromik

c)

Gentian optik

d)

Kaca gentian

6.

Logam kuprum tulen adalah mulur dan mudah ditempa kerana...

a)

atom-atom kuprum boleh bergerak bebas

b)

lapisan atom-atom kuprum mudah menggelongsor apabila daya dikenakan

c)

ikatan logam di antara atom-atom kuprum adalah lemah

d)

terdapat banyak ruangan kosong dalam susunan atom kuprum

7.

Anta yang berikut, yang manakah merupakan susunan zarah dalam aloi piuter?

a)
b)
c)
d)
8.

Aloi X mempunyai komposisi bahan seperti berikut:


Stanum- 96%

Kuprum- 3%

Antimoni- 1%


Apakah aloi X?

a)

Piuter

b)

Duralumin

c)

Gangsa

d)

Loyang

9.
  • Indeks pembiasan cahaya yang tinggi
  • Pekali pengembangan termal yang tinggi


Berikut merupakan ciri-ciri kaca X. Apakah kaca X?

a)

Kaca soda kapur

b)

Kaca borosilikat

c)

Kaca silika terlakur

d)

Kaca plumbum

10.

Apakah bahan yang ditambahkan ke dalam kaca silika terlakur untuk menghasilkan kaca kapur soda?

a)

Natrium karbonat

b)

Boron oksida

c)

Plumbum(II) oksida

d)

Argentum klorida

11.

Apakah sifat seramik yang membuatkannya sesuai untuk menjadi bahagian crown pergigian seperti di dalam gambar?

a)

Penebat haba

b)

Penebat elektrik

c)

Keras dan kuat

d)

Lengai terhadap bahan kimia

12.

Rajah menunjukkan bahan buatan industri yang dihasilkan dengan mencampurkan konkrit dan bahan X. Apakah bahan X?

a)

Gentian kaca

b)

Keluli

c)

Gentian polimer

d)

Seramik

13.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah menghuraikan perbezaan antara sifat konkrit dan konkrit yang diperkukuhkan?

a)

Konkrit yang diperkukuhkan adalah lebih keras daripada konkrit

b)

Konkrit yang diperkukuhkan mempunyai ketahanan mampatan yang lebih tinggi

c)

Konkrit yang diperkukuhkan mempunyai ketahanan regangan yang lebih tinggi

d)

Konkrit yang diperkukuhkan hanya dapat dibentuk kepada bentuk yang terhad

14.

Antara yang berikut, yang manakah ialah bahan komposit?

a)

Piuter

b)

Kaca silikat terlakur

c)

Polivinil klorida, PVC

d)

Kaca fotokromik

15.

Gambar menunjukkan raket badminton yang digunakan oleh pemain negara yang mampu menghasilkan kelajuan pukulan badminton selaju 408km j-1


Antara bahan buatan industri yang berikut, yang manakah paling sesuai digunakan dalam raket badminton di atas?

a)

Aloi

b)

Seramik termaju

c)

Bahan komposit

d)

Kaca

16.

Rajah 1 menunjukkan susunan atom dalam tembaga. Mengapakah tembaga lebih keras daripada kuprum tulen?

a)

Atom zink membentuk ikatan hidrogen yang sangat kuat dengan atom kuprum

b)

Atom zink menghalang lapisan atom kuprum daripada menggelongsor di atas satu sama lain

c)

Atom zink menghalang elektron daripada bergerak bebas dalam lautan elektron

d)

Atom zink menyumbang lebih banyak elektron kepada lautan elektron

17.

Antara pernyataan berikut yang manakah membezakan antara keluli dengan logam tulennya, ferum?

I susunan atom dalam keluli tidak teratur

II permukaan keluli tidak mudah terkakis

III takat lebur keluli lebih rendah daripada takat lebur ferum.

IV Penggelongsoran lapisan atom dalam keluli lebih sukar berbanding dengan ferum.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II III dan IV

18.

Rajah di bawah menunjukkan susunan atom-atom dalam suatu bahan. Satu contoh bahan yang mempunyai struktur seperti yang ditunjukkan di atas ialah…

a)

plumbum

b)

emas

c)

gangsa

d)

perak.

19.

Rajah menunjukkan sebuah jam untuk hiasan rumah.

Jam itu diperbuat daripada sejenis bahan yang tidak berkarat dan kelihatan cantik.

Antara berikut,yang manakah menunjukkan susunan zarah yang digunakan untuk membuat jam itu?

a)
b)
c)
d)
20.

Loyang ialah aloi yang mengandungi campuran

a)

kuprum dan zink

b)

kuprum dan plumbum

c)

kuprum dan stanum

d)

stanum dan plumbum

21.

Kebanyakan patung atau tugu diperbuat daripada gangsa. Apakah logam utama yang digunakan untuk membuat gangsa?

a)

Aluminium

b)

Kuprum

c)

Timah

d)

Zink

22.

Alat muzik ini diperbuat dari aloi loyang . Apakah komposisi loyang ?

a)

Kuprum dan stanum

b)

Stanum , kuprum dan antimoni

c)

Kuprum dan zink

d)

Ferum dan karbon

23.

Apakah bahan yang tidak dibuat dibuat dari seramik

a)

kaca mata

b)

jubin

c)

pasu berliang

d)

bata

24.

Antara yang berikut,manakah ialah tujuan membuat aloi?

I) Untuk mengelakkan kakisan

II) Untuk menambahkan kekuatan dan kekerasan

III) Untuk memperbaiki rupa luaran

IV) Untuk menambahkan ketumpatan

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

I,II,III dan IV

25.

Aloi gangsa mempunyai komposisi seperti berikut:

90% Kuprium 10% Bahan Q

Apakah bahan Q:

a)

Stanum

b)

zink

c)

Ferum

d)

Aluminium

26.

Yang mana antara berikut bukan contoh aloi.

a)

germanium

b)

duralumin

c)

keluli

d)

loyang

27.

Antara yang berikut,manakah ialah komposisi piuter?

I ) Aluminium

II) Tin

III) Antimoni

IV) Kuprum

a)

I,II dan III sahaja

b)

I,II dan IV sahaja

c)

II,III dan IV sahaja

d)

I,II,III dan IV

28.

Antara berikut aloi manakah tidak mengandungi Kuprum, Cu?

a)

Gangsa

b)

Keluli Tahan Karat

c)

Loyang

d)

Kupronikel

29.

Silikon karbida, SiC, merupakan contoh seramik termaju yang boleh digunakan untuk membuat

a)

brek kereta

b)

cermin tingkap

c)

kabel elektrik

d)

tangki air

30.

Gambarajah menunjukkan susunan atom dalam logam tulen berbanding susunan atom dalam aloi. Bagaimana kehadiran unsur lain dalam sesuatu logam mengubah sifat logam itu ?

a)

atom asing mengisi tempat kosong antara atom logam dan mengubah keadaan fizik logam tersebut

b)

atom asing memudahkan logam tulen ditempa kerana saiz atom berbeza

c)

atom asing menyukarkan penggelongsoran lapisan atom berlaku dan menjadikannya sifat aloi lebih kuat dan keras

d)

atom asing menyebabkan sifat kimia logam berubah kerana aloi tidak tulen lagi

31.

Seramik sesuai digunakan untuk membuat bahagian luar kapal angkasa.Antara sifat berikut,yang manakah benar bagi seramik?

a)

Boleh menyimpan cas

b)

Mempunyai takat lebur yang tinggi

c)

Tahan terhadap kakisan kimia

d)

Tahan terhadap haba dan tekanan tinggi

32.

Antara yang berikut, yang manakah kegunaan aloi?

a)

Untuk membuat perisai reaktor nuklear

b)

Untuk membina rangka kereta

c)

Untuk membina bangunan dan jambatan

d)

Untuk menghasilkan enjin kereta

33.

Penutup alatan memasak dibuat daripada jenis kaca Y. Kaca Y mempunyai pekali pengembangan terma yang redah dan sangat tahan terhadap haba dan bahan kimia.

Apakah jenis kaca Y yang digunakan?

a)

Kaca plumbum

b)

Kaca borosilikat

c)

Kaca soda kapur

d)

Kaca silika terlakur

34.

Apakah kegunaan duralumin?

a)

Membuat rangka badan kapal terbang

b)

Membuat peralatan muzik

c)

Membuat penyambung elektrik

d)

Membuat peralatan pembedahan

35.

Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi tertentu yang tetap.

Antara berikut,yang manakah komposisi yang betul untuk aloi tersebut?

a)

(Aloi) Gangsa // (Komposisi) Kuprum&Zink

b)

(Aloi) Loyang // (Komposisi) Kuprum&Karbon

c)

(Aloi) Keluli // (Komposisi) Ferum&Zink

d)

(Aloi) Piuter // (Komposisi) Stanum&Kuprum&Antimoni

36.

Rajah menunjukkan pasu bunga kristal yang diperbuat daripada sejenis kaca.

Apakah sifat utama utama kaca ini?

a)

Mempunyai takat lebur yang tinggi

b)

Sangat tahan terhadap bahan kimia

c)

Mempunyai pekali pengembangan terma yang rendah

d)

Mempunyai indeks biasan yang tinggi

37.

Rajah menunjukkan mesin imej resonans bermagnet (MRI) yang digunakan di hospital. MRI digunakan untuk menghasilkan gambar organ dalaman organisma hidup.


Antara kelebihan MRI :

(i)Tidak berbahaya kepada pesakit kerana tidak menggunakan radiasi

(ii)Kualiti imej yang lebih baik


Suatu bahan komposit dengan ciri yang istimewa merupakan komponen penting di dalam MRI.Apakah ciri istimewa bahan komposit tersebut?

a)

Mempunyai kekuatan regangan yang tinggi

b)

Dapat menghantar data digital dalam kapasiti yang tinggi dengan kelajuan yang tinggi

c)

Mampu mengalirkan arus elektrik tanpa sebarang rintangan apabila disejukkan kepada suhu yang rendah

d)

Mempunyai kekuatan yang tinggi tetapi ketumpatan yang agak rendah yang memudahkannya untuk dibentuk mengikut keperluan

38.

Konkrit diperkukuhkan hasil daripada gabungan konkrit dan keluli telah digunakan untuk membina Jambatan Pulau Pinang.

Mengapakah konkrit tidak sesuai digunakan untuk membina jambatan tersebut?

a)

Konkrit mudah terkakis

b)

Kos Penghasilan konkrit adalah sangat tinggi

c)

Konkrit tidak mampu menahan beban yang sangat berat

d)

Konkrit sangat tahan mampatan tetapi tidak tahan tegangan

39.

Antara pasangan tentang kegunaan jenis kaca yang berikut,manakah betul?

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

II dan IV sahaja

d)

III dan IV sahaja

40.

Antara yang berikut,manakah benar tentang seramik

a)

Seramik mempunyai takat lebur rendah

b)

Seramik adalah lembut dan lemah

c)

Seramik adalah lengai kepada bahan kimia

d)

Seramik ialah penebat elektrik dan haba yang kurang baik

41.

Antara yang berikut,manakah benar tentang bahan komposit ?

I) Bahan terbentuk daripada gabungan dua atau lebih bahan

II) Dibina untuk tujuan dan kegunaan khusus

III) Mempunyai sifat yang lebih baik daripada komponen asalnya

IV) Konkrit yang diperkukuhkan,superkonduktor dan kaca fotokromik ialah contoh bahan komposit

a)

I,II dan III sahaja

b)

I,II dan IV sahaja

c)

II,III dan IV sahaja

d)

I,II,III dan IV

42.

Antara bahan komposit yang berikut,manakah padan dengan sifatnya?

a)

Bahan Komposit (Konkrit yang diperkukuhkan) /

Sifat (Lembut dan lemah)

b)

Bahan Komposit (Superkonduktor) /

Sifat (Lutsinar dan tidak memantulkan sinar cahaya)

c)

Bahan Komposit (Kaca fotokromik) /

Sifat (Penebat elektrik)

d)

Bahan Komposit (Kaca gentian) /

Sifat (Ringan dan kuat)

43.

Mengapakah sebuah kapal yang diperbuat daripada kaca gentian adalah lebih baik daripada keluli

a)

Lebih berat

b)

Lebih tahan dan fleksibel

c)

Kekuatan tegangan yang lebih rendah

d)

Lebih lembut dan lemah

44.

Which alloy is correctly matched to its uses?

Aloi manakah yang dipadankan betul den kegunaannya?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

45.

AgCl digabungkan dengan kaca atau polimer lut sinar.

Pernyataan berikut menerangkan mengenai?

a)

Superkonduktor

b)

Konkrit yang diperkukuhkan

c)

Kaca gentian

d)

Kaca fotokromik