Font size
WorksheetsRANGSANGAN DAN GERAK BALAS
Total questions: 54
Worksheet time: 27mins
Namakan sistem yang mengawal koordinasi dan pergerakan dalam badan manusia?
Sistem peredaran darah
Sistem pertahanan badan
Sistem saraf
Sistem limfa
Sistem saraf pusat terdiri daripada _______ dan _____________
saraf tunjang, saraf spina
saraf tunjang, otak
saraf spina, saraf kranium
saraf kranium, otak
Sistem saraf periferi terdiri daripada _______ dan _____________
saraf tunjang, saraf spina
saraf tunjang, otak
saraf spina, saraf kranium
saraf kranium, otak
Saraf kranium menghubungkan otak dengan ___________ dan _____________
otak, organ deria
organ deria, organ dalaman
organ deria, otot rangka
otot rangka, organ dalaman
Saraf spina menghubungkan saraf tunjang dengan ____________
otot rangka
organ deria
organ dalaman
otak
Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan tentang kepentingan sistem saraf manusia dengan betul?
Menghasilkan gerak balas yang sesuai berdasarkan rangsangan yang dikesan oleh organ deria.
Mengangkut oksigen dan bahan kumuh ke seluruh badan.
Menjalankan fagositosis.
Menghasilkan hormon
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri tindakan terkawal?
Tindakan yang disedari
Tindakan yang dikawal oleh saraf tunjang
Tindakan yang dikawal oleh otak.
Tindakan yang dilakukan tanpa sedar
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri tindakan luar kawal?
Tindakan yang disedari
Tindakan yang dikawal oleh saraf tunjang
Tindakan yang dikawal oleh otak.
Tindakan yang dilakukan tanpa sedar
Apakah gerak balas yang dihasilkan oleh bahagian otak yang dikenali sebagai medula oblongata?
Menarik tangan apabila tersentuh benda tajam.
Perncernaan makanan.
Mengalihkan tangan apabila tersentuh objek panas.
Bersin apabila habuk masuk ke dalam hidung.
Apakah tindakan refleks?
Tindakan yang dihasilkan oleh medula oblongata.
Pernafasan.
Tindakan yang dihasilkan oleh saraf tunjang.
Tindakan terkawal.
Antara berikut, gerak balas manakah yang berlaku dalam tumbuhan?
Pucuk tumbuhan tumbuh menjauhi cahaya.
Akar tumbuhan tumbuh ke arah air.
Pucuk tumbuhan tumbuh ke arah air.
Akar tumbuhan tumbuh ke arah cahaya.
Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan terdiri daripada ____________ dan _______________
tropisme dan gerak balas nastik
tropisme dan tindakan refleks
tindakan terkawal dan tindakan refleks
tindakan luar kawal dan gerak balas nastik
Fototropisme merujuk kepada gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan ________
air
cahaya
sentuhan
graviti
Hidrotropisme merujuk kepada gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan ________
air
cahaya
sentuhan
graviti
Geotropisme merujuk kepada gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan ________
air
cahaya
sentuhan
graviti
Tigmotropisme merujuk kepada gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan ________
air
cahaya
sentuhan
graviti
Pucuk tumbuhan menunjukkan __________
Fototropisme positif
Hidtropisme positif
Geotropisme positif
Tigmotropisme positif
Akar tumbuhan menunjukkan __________
Fototropisme positif
Hidtropisme positif
Geotropisme negatif
Tigmotropisme positif
Sulur paut tumbuhan menunjukkan __________
Fototropisme positif
Hidtropisme positif
Geotropisme negatif
Tigmotropisme positif
Apakah gerak balas yang ditunjukkan oleh tumbuhan dalam rajah yang ditunjukkan?
Gerak balas nastik
Geotropisme
Hidrotropisme
Tigmotropisme
Apakah bahagian mata yang merupakan lapisan hitam yang mencegah pantulan cahaya dalam mata?
Retina
Koroid
Gelemair
Kornea
Apakah jenis fotoreseptor yang peka kepada keamatan cahaya?
Sel rod
Sel kon
Sel ron
Sel kod
Apakah fungsi tiub Eustachio?
mengumpul dan menghantar getaran bunyi
mengimbangkan tekanan udara di dua belah gegendang telinga
menghantar impuls saraf dari koklea ke otak
menguatkan getaran bunyi
Apakah nama bintil kecil pada permukaan lidah?
Umami
Sel penyokong
Mukus
Papila
Rabun jauh boleh dibetulkan menggunakan apa?
Kanta cekung
Kanta cembung
Kanta silinder
Kanta pembesar
Apakah julat frekuensi deria pendengaran bagi manusia?
200 Hz hingga 80 000 Hz
2000 Hz hingga 110 000 Hz
67 Hz hingga 45 000 Hz
20 Hz hingga 20 000 Hz
Sel kon pada mata peka kepada warna apa?
Merah
Biru
Kuning
Hijau
Apakah organ deria paling besar dalam badan manusia?
Mata
Kulit
Telinga
Lidah
Apakah struktur pada telinga yang menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi?
Cuping telinga
Salur telinga
Tulang osikel
Koklea
Apakah fungsi koklea pada telinga?
Menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi
Menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga
Memperkuatkan getaran bunyi
Menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf
Pilih semua jenis rasa yang boleh dikesan oleh lidah.
Manis
Masin
Masam
Pahit
Umami
Apakah jenis penglihatan haiwan dalam rajah?
Penglihatan stereoskopik
Penglihatan monokular
Manakah antara berikut mempunyai jenis penglihatan yang sama dengan haiwan dalam rajah?
Manakah antara berikut mempunyai jenis penglihatan yang sama dengan haiwan dalam rajah?
Antara berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?
Mata - peka kepada bunyi
Telinga - peka kepada rasa
Hidung - peka kepada bahan kimia dalam udara
Lidah - peka kepada getaran
Bahagian mata yang manakah mempunyai paling banyak fotoreseptor?
Bintik Kuning
Saraf Optik
Bintik buta
Retina
Gambar menunjukkan keadaan satu tumbuhan pada waktu siang yang panas terik. Apakah proses yang menyebabkan pokok bunga itu berkeadaan sedemikian?
Translokasi
Transpirasi
Fotosintesis
Respirasi
Apabila suhu badan manusia menurun, badan kita ....
menggigil
merah
sejuk
berpeluh
Kawal atur kandungan air dalam badan boleh dijalankan oleh _________ dan ___________.
(Hint: jawapan lebih daripada satu)
peparu
kulit
bulu roma
ginjal
Apakah suhu normal badan manusia?
270C
370C
340C
260C
Rajah 2 menunjukkan budak lelaki di tengah padang sekolah, nyatakan pernyataan yang betul mekanisme pembetulan
(Hint: jawapan lebih daripada satu)
Salur darah dalam kulit mengecut dan bulu roma menegak
salur darah dalam kulit mengembang dan bulu roma condong serta rapat dengan kulit
Kadar perpeluhan meningkat dan aktiviti otot rangka serta perembesan hormon tertentu akan berkurang
Otot rangka akan mengecut dan mengendur secara aktif dan menyebabkan seseorang menggigil
Suhu badan akan menurun serta air kencing yang sedikit
Ketika melakukan latihan berat, seorang atlet bernafas tercungap-cungap. Antara yang berikut, yang manakah paling tepat dalam menerangkan mengapa ini terjadi?
Kadar degup jantung yang pantas membuatkan atlet kesukaran bernafas
Badan atlet mengalami kekurangan oksigen kerana penggunaan oksigen oleh sel pada masa melakukan senaman berat melebihi bekalan ke sel. Gerak balas atlet mempercepatkan pertukaran gas respirasi di dalam tubuhnya.
Badan atlet mengandungi gas karbon dioksida yangg tinggi disebabkan oleh aktiviti berat. Gerak balas atlet membantu mempercepatkan penyingkiran gas karbon dioksida
Atlet tercungap-cungap untuk mendapatkan gas oksigen
Apakah yang anda rasa tidak akan berlaku kepada seekor ular dalam persekitaran dingin?
Bergerak dengan perlahan
Kadar metabolisme menurun
Suhu badan menaik
Aktiviti badan mengurang
Apakah yang akan berlaku kepada stoma jika tumbuhan dibiarkan di kawasan terbuka semasa musim kemarau?
Stoma akan terbuka untuk menggalakkan proses penyedutan dan pengedaran air dan garam mineral dari akar ke daun.
Stoma akan tertutup untuk membenarkan daun menjalankan fotosintesis
Stoma akan terbuka sedikit untuk membenarkan hanya sedikit air tersejat melalui proses transpirasi
Stoma akan tertutup untuk mengurangkan kadar air yang tersejat melalui proses transpirasi
Badan menggigil ialah ........ semasa cuaca sejuk ialah sejenis .........
rangsangan, gerak balas
gerak balas, rangsangan
Badan berpeluh ( ........) semasa panas (........)
gerak balas, rangsangan
rangsangan, gerak balas
Otak manusia terdiri daripada tiga bahagian, iaitu serebrum, ....... dan ......
serebrum, serebelum
serebelum, medula oblongata
Fungsi serebrum ialah mengawal aktiviti minda.
betul
salah
Medula oblongata mengawal tindakan refleks seperti
terjatuh
menelan
menari
Antara berikut, pernyataan manakah yang bukan menjelaskan tentang penglihatan stereoskopik.
a) Penglihatan ini dimiliki oleh haiwan pemangsa
b) Medan penglihatan adalah luas
c) Kedudukan mata adalah di hadapan kepala
d) Penglihatan ini dapat menganggar jarak atau kedudukan dengan tepat.
Rajah 2 menunjukkan pemerhatian ke atas satu tumbuhan.
Berdasarkan Rajah 2, pilih kesimpulan yang betul.
a) Pucuk menunjukkan hidrotropisme positif
b) Akar menunjukkan hidrotropisme positif
c) Pucuk menunjukkan fototropisme positif
d) Akar menunjukkan geotropisme positif
Perubahan yang manakah betul terhadap pupil apabila seseorang bergerak dari tempat yang terang ke tempat yang gelap?
a) Saiz bertambah
b) Saiz berkurang
c) Warna berkurang
d) Saiz berkurang dan kemudian, bertambah
Mengapakah hujung jari sangat peka terhadap kesakitan?
a) Saiz reseptor yang besar
b) Epidermis yang sangat nipis
c) Bilangan reseptor yang banyak
d) Jarak di antara satu reseptor dengan yang lain adalah dekat
Antara berikut, reseptor yang manakah tidak terdapat pada kulit manusia?
a) Reseptor rasa
b) Reseptor sejuk
c) Reseptor panas
d) Reseptor tekanan
