wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan objektif kertas 1 Pend. Islam

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.
  • Iman yang kurang mantap.
  • Terdapat tempat pemujaan.
  • Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya.

Perkara di atas merujuk kepada faktor perbuatan_______

a)

sihir

b)

syirik

c)

riddah

d)

khurafat

2.
  • Kadar jenayah meningkat.
  • Mengganggu ketenteraman hidup.
  • Negara tidak stabil.

Pernyataan di atas benar mengenai kesan perbuatan ____

a)

menipu

b)

mencuri

c)

memfitnah

d)

mengumpat

3.

Mengapakah Allah SWT mengenakan hukuman yang amat berat kepada orang yang merompak?

i. Pengajaran kepada masyarakat.

ii. Meruntuhkan institusi kekeluargaan.

iii. Menghilangkan kepercayaaan masyarakat.

iv. Pengajaran kepada mereka yang melakukannya.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

4.

Ciri-ciri berikut adalah pegangan golongan Khawarij kecuali

a)

beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.

b)

membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja.

c)

beriktikad kedudukan pelaku dosa besar berada antara keimanan dan kekufuran.

d)

mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktikad dengan mereka.

5.
  • Beriktikad bahawa alam bersifat qadim.
  • Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fi'li.

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri kesesatan ajaran_______

a)

Qadiani

b)

Taslim

c)

Bahai

d)

Syiah

6.

Orang yang tidak taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil ialah pengertian__________

a)

'asi

b)

munafik

c)

musyrik

d)

fasik

7.
  • Penerima dan pemberi hutang.
  • Barang yang diberi hutang.
  • Akad pemberian hutang.

Pernyataan di atas menerangkan tentang _________

a)

rukun hutang

b)

syarat sah hutang

c)

larangan dalam berhutang

d)

perkara yang membatalkan hutang

8.

Menyembelih tanpa membaca basmalah adalah perkara ________ semasa sembelihan.

a)

sunat

b)

harus

c)

haram

d)

makruh

9.

Dam yang dibayar mengikut susunan ialah pengertian dam _________

a)

tertib

b)

takdil

c)

takdir

d)

takhyir

10.

Pilih susunan wali nikah yang betul.

a)

bapa - datuk - saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki seibu

b)

bapa - datuk - saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki sebapa

c)

datuk - bapa - saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki sebapa

d)

datuk - bapa - saudara lelaki seibu sebapa - saudara lelaki seibu

11.

Antara yang berikut yang manakah hikmah walimatul urus?

a)

Memulia dan mengiktiraf kaum wanita.

b)

Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah.

c)

Melambangkan rasa kasih sayang antara suami dan isteri.

d)

Melahirkan keikhlasan suami isteri untuk hidup bersama.

12.
  • Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh idah.
  • Boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru.

Pernyataan di atas merujuk kepada kesan __________

a)

talak tiga

b)

zihar

c)

fasakh

d)

talak raj'i