Font size
WorksheetsMORAL TAHUN 6
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Orang yang taat suruhan agama akan memperoleh?
kerugian
keselesaan
kebaikan
kesyukuran
Salah seorang rakan kamu telah tertinggal wang sakunya di rumah. Apakah yang boleh kamu lakukan sebagai rakan?
Berkongsi bekal yang dibawa.
Mengejek bersama rakan lain.
Melaporkan kepada guru disiplin.
Tidak menghiraukannya.
Rakan kamu mendapat tempat pertama di dalam kejohanan sukan sekolah sedangkan kamu hanya mendapat tempat kedua. Apakah tindakan kamu terhadap rakan kamu itu?
Mengatakan dia penipu.
Bergaduh dan memburukkannya kepada rakan-rakan.
Berasa iri hati dengan kejayaannya.
Mengucapkan tahniah di atas kejayannya.
Apabila kita diberi teguran oleh rakan atau guru, kita haruslah________________.
bergaduh dengan orang lain yang menegur kita
menangis dan bersedih
menerima dengan hati terbuka
mengutuk dan mencaci
Kadir lemah di dalam subjek Matematik, dia perlu ______________________________.
berusaha dengan lebih gigih.
berputus asa.
ponteng kelas tersebut.
terus menjadi pemalas.
Pilih jawapan yang betul, boleh pilih lebih dari satu jawapan.
Maruah diri dapat dipelihara dengan ______________.
bersopan santun
bertutur dengan lemah lembut
bergaul bebas
bercakap benar
Pilih perlakuan yang menunjukkan amalan berhemah tinggi.
Membongkokkan sedikit badan ketika lalu di depan orang tua.
Memohon maaf apabila melakukan kesalahan.
Tidak bertegur sapa apabila bertemu rakan
Memotong perbualan ibu bapa dengan tetamu.
Perbuatan yang dapat merenggangkan hubungan sesama anggota keluarga termasuklah__________.
menceritakan keburukan anggota keluarga kepada jiran.
memaafkan antara anggota keluarga.
menerima teguran dengan baik.
bertengkar dan tidak mahu berbaik.
Antara berikut yang manakah bukan menunjukkan nilai kejujuran?
Leena berpura-pura sibuk apabila ibu menyuruhnya mencuci pinggan.
Ahmad bercakap benar kepada Cikgu Ramli.
Aiman berasa takut untuk mengaku dengan ibunya apabila dia yang memecahkan pasu tersebut.
Cara kamu menjaga prasarana di sekolah, KECUALI ?
Menggunakan untuk kegunaan peribadi.
Memulangkan kembali peralatan setelah digunakan.
Membawa balik peralatan yang digunakan ke rumah.
Merosakkan prasarana sekolah.
