wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz sains tahun 6

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud mikroorganisma?

a)

Hidupan yang kecil yang dapat dilihat dengan mata kasar.

b)

Hidupan yang kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

c)

Hidupan yang sangat seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

d)

Hidupan yang sangat seni dan dapat dilihat dengan mata kasar.

2.

Coronavirus merupakan sejenis virus yang boleh dilihat menggunakan

a)

Kanta pembesar

b)

Binokular

c)

Mikroskop

d)

Mikroskop elektron

3.

Gambar menunjukkan sebuku roti. Apakah jenis mikroorganisma yang menyebabkan roti tersebut rosak?

a)

Fungi

b)

Bakteria

c)

Virus

d)

Protozoa

4.

Dalam situasi di atas, burung yang bertenggek di atas badan kerbau makan kutu yang terdapat pada kulit kerbau. Namakan jenis interaksi ini.

a)

Mutualisme

b)

Komensalisme

c)

Parasitisme

d)

Simbiosis

5.

Antara berikut ang manakah bukan interaksi parasitisme?

a)

Cacing pita di dalam usus manusia

b)

Kutu pada kucing

c)

Buran di atas umang-umang

d)

Kutu di atas kepala manusia

6.

Gambar menunjukkan orkid yang hidup pada dahan pokok (perumah) untuk mendapatkan cahaya matahari. Namakan jenis interaksi tersebut?

a)

Simbiosis

b)

Komensalisme

c)

Mutualisme

d)

Parasitisme

7.

Haiwan berikut merupakan haiwan yang telah pupus kecuali

a)
b)
c)
d)
8.

Manakah antara berikut merupakan spesies tumbuhan yang terancam?

a)
b)
c)
d)
9.

Berdasarkan gambar di atas, apakah inferens yang boleh dibuat?

a)

Tin boleh berubah bentuk

b)

Daya boleh mengubah kekuatan tin

c)

Tin boleh menahan kesan daya

d)

Daya boleh mengubah bentuk tin

10.

Antara aktiviti berikut, yang manakah merupakan aktiviti pemeliharaan tumbuhan?

a)

Menanam semula pokok yang ditebang

b)

Mewartakan kawasan hutan simpan

c)

Mengkaji spesies tumbuhan yang telah pupus atau diancam kepupusan

d)

Mengeksploitasi semua pokok di dalam hutan simpan

11.

Bahagian manakah pada sebuah basikal yang perlu mengurangkan daya geseran?

a)

Rantai

b)

Pedal

c)

Tayar

d)

Hendal

12.

Antara berikut, kenderaan manakah bergerak paling cepat dalam masa satu jam?

a)
b)
c)
d)
13.

Antara berikut, yang manakah unit kelajuan yang sesuai bagi pergerakan haiwan di atas?

a)

meter per jam

b)

sentimeter per saat

c)

kilometer per saat

d)

kilometer per jam

14.

Buah di atas diimport dari luar negara. Apakah kaedah pengawetan yang digunakan pada buah tersebut?

a)

Pendinginan

b)

Pembungkusan vakum

c)

Penyalaian

d)

Pelilinan

15.

Makanan di atas diawet menggunakan kaedah pemasinan. Mengapakah makanan di atas kurang berkhasiat?

a)

Makanan mengandungi asid yang tinggi

b)

Makanan kering dan keras

c)

Kandungan garam dalam makanan yang tinggi

d)

Rasa dan tekstur makanan berubah

16.

Apakah jenis bahan buangan yang ditunjukkan di atas?

a)

Kaca

b)

Logam

c)

Plastik

d)

Sisa toksik

17.

Apakah amalan pengurusan bahan buangan yang ditunjukkan di atas?

a)

Kitar semula (RECYCLE)

b)

Guna semula (REUSE)

c)

Kurangkan penggunaan (REDUCE)

d)

Cipta semula (RECREATE)

18.

Nyatakan kesan pembuangan bahan buangan tidak terbiodegrasai kepada alam sekitar.

a)

Bahan buangan akan mereput dan terurai

b)

Sisa bahan tadi akan dibuat baja kompos

c)

Menyebabkan pencemaran air dan udara

d)

Bahan buangan menjadi makanan haiwan

19.

Antara berikut, bahan buangan yang manakah boleh dikelaskan seperti bahan buangan di atas?

a)

Bangkai haiwan

b)

Hampas sayuran

c)

Periuk nasi yang rosak

d)

Bahan buangan industri

20.

Antara makanan berikut, yang manakah dihasilkan dengan bantuan yis?

i. Tempe

ii. Susu

iii. Agar-agar

iv. Tapai

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

21.

Antara yang berikut, yang manakah bukan disebabkan oleh mikroorganisma?

a)

Cacar

b)

Campak

c)

Gigi reput

d)

Buku lali terseliuh

22.

Penyakit apakah yang mempunyai tanda-tanda seperti di atas?

a)

Demam campak

b)

Beguk

c)

Cacar

d)

Kudis buta

23.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang haiwan pada rajah yang diberikan?

a)

Harimau hidup berkumpulan

b)

Harimau merupakan haiwan pemangsa

c)

Harimau memburu makanan secara bersendirian

d)

Harimau menanda kawasannya dengan tanda cakaran pada batang pokok

24.

Persaingan merupakan satu bentuk interaksi antara hidupan. Persaingan paling mungkin berlaku di sesuatu tabiat apabila

a)

haiwan yang sama spesies hidup bersama

b)

haiwan mencari keperluan asas yang sama

c)

haiwan yang beerlainan spesies hidup bersama

d)

keperluan asas haiwan yang sama menjadi terhad

25.

Rajah menunjukkan tumbuhan yang berlainan ketinggian dalam sebuah hutan.

Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang mengakibatkan perbezaan ketinggian tumbuhan itu?

a)

Jumlah air yang diterima

b)

Jumlah udara yang diterima

c)

Jumlah ruang yang diperoleh

d)

Jumlah cahya matahari yang diterima

26.

Antara berikut, yang manakah faktor persaingan tumbuhan?

i. air

ii. makanan

iii. pasangan

iv. nutrien

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

27.

Rajah menunjukkan sejenis buah yang meletup apabila matang lalu memancarkan biji-biji benihnya ke merata-rata tempat.

Apakah tujuan tindakan ini?

a)

Mengelakkan persaingan anak-anak pokok dengan pokok induk

b)

Memastikan biji-biji benih mendapat udara yang cukup

c)

Memastikan biji-biji benih tidak dimakan oleh haiwan

d)

Memudahkan percambahan biji benih

28.

Apakah yang menyebabkan corak pertumbuhan anak-anak pokok seperti yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Persaingan untuk air

b)

Persaingan untuk udara

c)

Persaingan untuk nutrien

d)

Persaingan untuk cahaya matahri