NEW
Font size
WorksheetsSAINS TINGKATAN 5 ULANGKAJI SET 14
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Jadual menunjukkan nilai kalori untuk tiga jenis makanan.
Seorang budak perempuan makan 30g roti canai, 200g susu dan 40g epal. Hitung nilai kalori dalam makanannya.
700kJ
630kJ
730kJ
830kJ
Antara berikut, yang manakah bukan contoh makronutrien?
Nitrogen
Kalsium
Sulfur
Molybdenum
Rajah menunjukkan bahawa bakteria hidup dalam nodul akar pokok legum.
Apakah peranan yang dimainkan oleh bakteria tersebut?
Mengikat nitrogen menjadi sebatian nitrat
Menguraikan nitrat menjadi oksigen
Menguraikan ammonium menjadi nitrit
Mengmbalikan nitrogen ke atmosfera
Rajah menunjukkan tiga proses yang berlaku dalam kehidupan harian.
Apakah persamaan antara ketiga-tiga proses tersebut?
Semua proses tersebut membebaskan oksigen ke udara
Semua proses tersebut membebaskan karbon dioksida ke udara
Semua proses tersebut mengekalkan jumlah nitrogen dalam udara
Semua proses tersebut penting untuk mengekalkan kesuburan tanah
Apakah masalah persekitaran yang boleh diatasi dengan langkah-langkah berikut?
- kurangkan penggunaan bahan api fosil
- kurangkan aktiviti penebangan pokok
- menanam semula pokok yang ditebang
Pemanasan global
Penipisan lapisan ozon
Eutrofikasi
Banjir kilat
Apakah kesan utama sekiranya klorofluorokarbon (CFC) digunakan secara berlebihan?
Pencemaran air
Banjir
Kemarau
Penipisan lapisan ozon
Antara berikut, yang manakah ciri sebatian organik?
Berasal daripada benda hidup
Berasal daripada benda bukan hidup
Saiz molekul adalah kecil
Tidak larut dalam pelarut organik
Antara berikut, yang manakah monomer?
Stirena
Selulosa
Polietena
Polivinil klorida (PVC)
Rajah menunjukkan tindakan pencucian molekul sabun.
Urutan manakah yang betul?
P --> S --> Q --> R
P --> Q --> R --> S
S --> R--> P ---> Q
R --> S --> P --> Q
Sebuah kapal yang besar masih bergerak ke hadapan walaupun enjinnya telah dimatikan. Hal ini demikian kerana....
Inersia yang besar
Halaju seragam
Permukaan luar yang licin
Tenaga keupayaan yang tinggi
