wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fekah 1.0

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Mengunjungi Baitullah (Ka'bah) di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Ini merujuk kepada...

a)

Haji

b)

Umrah

c)

Tawaf

d)

Musafir

2.

Hukum mengerjakan haji adalah....

a)

Wajib sekali seumur hidup bagi orang Islam yang cukup syarat

b)

Sunat sahaja sekiranya sudah berkemampuan dan cukup syarat

c)

Harus bagi yang mampu dan cukup syarat

d)

Wajib sebanyak dua kali

3.

Berikut yang manakah syarat-syarat haji dan umrah ?

a)

Islam

b)

Baligh

c)

Bermastautin di suatu tempat

d)

Mumaiyiz

e)

Berkemampuan

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan (استطاعة)

a)

Berkelayakan

b)

Berkeyakinan

c)

Berkemampuan

d)

Telah sampai akalnya

5.

Yang manakah bukan syarat-syarat berkemampuan bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah ?

a)

Sihat tubuh badan

b)

Ada kenderaan yang sesuai

c)

Aman perjalanan pergi dan balik

d)

Tidak dalam keadaan hadas besar

6.

*Bermalam di Mina

*Melontar Jamratul Aqabah


Berikut merupakan perkara.....

a)

Wajib Haji

b)

Sunat Haji

c)

Rukun Haji

d)

Wajib Umrah

7.

Haji terbahagi kepada 2 jenis iaitu Ifrad dan Qiran

a)

Benar

b)

Salah

8.

Apakah hukum memakan binatang sembelihan yang mati tanpa disembelih ?

a)

sah

b)

Haram

c)

Makruh

d)

Harus

9.

Antara berikut yang manakah benar tentang syarat sah sembelihan ?

a)

Binatang itu masih hidup ketika disembelih

b)

Menggunakan alat yang tumpul

c)

Binatang yang halal dimakan

d)

Disembelih oleh orang yang beragama Islam

e)

Binatang yang disembelih itu,dagingnya mesti disedekahkan

10.

Berikut ialah hikmah sembelihan kecuali ...

a)

Dapat mengeluarkan semua darah binatang sembelihan dengan cepat

b)

Membezakan di antara sembelihan orang Islam dan orang kafir

c)

Menjadikan orang yang memakan daging itu sihat tubuh badannya.

d)

Dapat menyembelih binatang sesuka hati dan bila-bila masa sahaja

11.

Berikut adalah binatang berkaki empat yang boleh disembelih untuk ibadah qurban kecuali ....

a)

Kambing

b)

Lernbu

c)

Unta

d)

Ayam

12.

Uncle Muthusamy menyembelih biri-biri untuk dimakan.

Sebagai Muslim, bolehkah kita memakan daging biri-biri tersebut ?

a)

Tidak boleh

b)

Boleh

13.

Kambing yang akan dijadikan binatang qurban mestilah umurnya dua tahun lebih.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Menyembelih binatang ternakan yang halal dimakan sempena kelahiran bayi. Ini merujuk kepada pengertian...

a)

Aqiqah

b)

Qurban

c)

Sembelihan

15.

Yang manakah benar tentang hikmah melakukan aqiqah ?

a)

Melahirkan kegembiraan kerana mendapat zuriat

b)

Mensyukuri nIikmat Allah SWT

c)

Mengukuhkan ikatan sillaturahim antara keluarga anak itu dan masyarakat

d)

Menimbulkan keinsafan dalam diri

e)

Menjadikan jiwa seseorang tidak tenteram dan gelisah

16.

Jual beli, tukar menukar dan pinjam meminjam tergolong dalam hal...

a)

Muamalat

b)

Munakahat

c)

Jinayat

d)

Ibadah Mahdah

17.

Yang berikut merupakan hikmah muamalat kecuali....

a)

Sentiasa tolong menolong

b)

Memelihara hak asasi individu dan masyarakat

c)

Melahirkan sifat boros dalam berbelanja

d)

Memelihara serta memupuk nilai keadilan dan amanah

18.

Tandakan rukun jual beli yang betul

a)

Penjual

b)

Peminjam

c)

Harga

d)

Barang yang dijual

e)

Duit

19.

Berikut manakah bukan syarat harga dan barang ?

a)

Barang itu mestilah suci dan bersih

b)

Barang itu kepunyaan penjual

c)

Barang itu mestilah murah dan harganya berpatutan

d)

Barang yang dibeli diketahui jenis, kadar dan sifatnya

20.

Memberi hutang kepada orang lain tanpa sebarang pertambahan nilai (bunga). Ini merupakan pengertian bagi...

a)

القرض

b)

الرهن

c)

السلم

d)

شريكت