WorksheetsASAS FIZIK
Total questions: 10
Worksheet time: 12mins
NAMA PENUH
Antara yang berikut,yang manakah bukan merupakan kuantiti terbitan?
Tekanan
Tenaga
Momentum
Jisim
Antara yang berikut, yang manakah adalah benar tentang unit SI?
Unit bagi kuantiti tertentu di negara yang berlainan mempunyai unit SI yang berbeza
Unit SI hanya digunakan dalam bidang sains dan teknologi
Penggunaan unit SI menyebabkan salah faham antara ahli sains dari negara berlainan
Penggunaan unit SI memudahkan kajian saintifik
Antara yang berikut,yang manakah tidak mempunyai unit yang sama dengan kg ms-1
jisim × pecutan
jisim ×halaju
Rajah di bawah menunjukkan graf halaju lawan masa yang diperoleh dari eksperimen bagi menyiasat gerakan objek yang jatuh di udara. Antara kesimpulan graf berikut, yang manakah adalah benar?
halaju bertambah dengan masa sehingga mencapai halaju maksimum.
Halaju adalah berkurangan sehingga ia berhenti.
Halaju bertambah pada kadar yang malar.
Antara simbol berikut,yang manakah adalah unit asas SI?
oC
W
K
ml
Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat hubungan antara jisim beban dan regangan apabila satu spring diregangkan.Alat pengukur yang digunakan ialah pembaris meter dan neraca tiga alur. Antara yang berikut, yang manakah betul untuk penjadualan data?
Antara yang berikut,yang manakah tidak terlibat dalam analisis graf?
Ekstrapolasi
Interpolasi
Kecerunan graf
Titik persilangan antara dua garisan
Antara yang berikut,yang manakah bukan suatu contoh inferens dalam penyiasatan saintifik?
Tempoh ayunan bandul bergantung pada panjangnya
Pemanjangan spring dipengaruhi oleh daya yang bertindak ke atasnya.
Momentum bagi suatu objek ialah hasil darab jisim dan halajunya
Perubahan suhu bagi 1 kg air bergantung kepada masa pemanasan
Pemboleh ubah dimanipulasikan ialah kuantiti fizik yang nilainya adalah
sentiasa malar
diperolehi selepas eksperimen
tidak bergantung pada pembolehubah bergerak balas
dipengaruhi oleh pemboleh ubah dimalarkan
