Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?

I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan.

II Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang

III Mengawal selia sistem pembayaran negara

IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?

a)

Akta Syarikat 1965

b)

Akta Perkongsian 1961

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Perhubungan Industri 1967

3.

Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

SIRIM

4.

Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa jenis cukai yang dikutip oleh satu agensi kerajaan.


  • Cukai import dan cukat eksport
  • Cukai barang dan perkhidmatan


Apakah agensi berkenaan?

a)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

b)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

c)

Bank Negara Malaysia

d)

Majlis Amanah Rakyat

5.

Maklumat yang berikut menunjukkan dasar - dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat.


  • Dasar fiskal
  • Dasar kewangan


Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar - dasar tersebut?

a)

Untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil

b)

Untuk menggalakkan eksport barang tempatan

c)

Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing

d)

Untuk meningkatkan permintaan untuk barangan keluaran tempatan

6.

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar fiskal oleh kerajaan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi?


I Kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu

II Kerajaan meningkatkan perbelanjaan untuk memajukan prasarana tempatan

III Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia meningkat kadar faedah semasa

IV Kerajaan bertindak mengurangkan penawaran barang dan perkhidmatan di pasaran

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?

a)

Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi

b)

Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus

c)

Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan

d)

Semua orang dewasa dalam sesebuah negara bekerja

8.

Apakah inflasi?

a)

Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran

b)

Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

c)

Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan

d)

Satu keadaan di mana permintaan untuk barang perkhidmatan jatuh mendadak

9.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pengangguran.


  • Ekonomi negara dalam keadaan meleset
  • Perniagaan mengalami kejatuhan dalam pendapatan
  • Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja


Apakah jenis pengangguran berkenaan?

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran bermusim

10.

Manakah langkah yang akan diambil oleh pengguna bijak semasa keadaan inflasi?

a)

Meningkatkan pembelian barangan mewah

b)

Membeli barang semasa musim perayaan sahaja

c)

Membuat perancangan kewangan yang terperinci

d)

Mengurangkan perbelanjaan bagi barang keperluan