wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ketua kerani itu menampalkan jadual aktiviti gotong-royong _____________papan kenyataan.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

dekat

2.

Puan Saodah menghiris daging yang ___________ itu sebelum digoreng dengan bawang dan cili.

a)

liat

b)

kental

c)

garing

d)

lembut

3.

Sejak bekerja di Sarawak, dia tidak ___________ tentang kehidupan keluarganya di kampung.

a)

tahu-menahu

b)

tanya-menanya

c)

menjenguk-jenguk

d)

menjengah-jengah

4.

Hanya syarikat yang mempunyai _________ yang tinggi sahaja mampu menjalankan perniagaan dalam zaman inflasi.

a)

daya cipta

b)

daya saing

c)

daya kerja

d)

daya upaya

5.

Petani memasang ___________ untuk menghalau burung pipit yang memakan padi di petak sawahnya.

a)

panji-panji

b)

orang-orang

c)

langit-langit

d)

patung-patung

6.

Dalam ____________, Izwan dan Melati telah melangsungkan perkahwinan mereka.

a)

bila-bila

b)

curi-curi

c)

diam-diam

d)

sorok-sorok

7.

Faris tidak ubah seperti ___________ kerana hanya duduk bersenang-lenang di rumah abangnya tanpa berusaha untuk mendapatkan pekerjaan.

a)

jejaka

b)

dedalu

c)

kekabu

d)

sesondol

8.

Puan Norliza masih berada di Hospital Alor Setar kerana __________ terhadap jenazah suaminya masih belum selesai.

a)

uji kaji

b)

kaji hayat

c)

soal siasat

d)

bedah siasat

9.

Roslina ke pejabat Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. untuk menghadiri ___________ bagi mendapatkan jawatan editor Bahasa Melayu.

a)

duga akal

b)

temu bual

c)

temu duga

d)

temu ramah

10.

Kejayaan Haziq melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan menjadi ____________ penduduk Kampung Penarik.

a)

buah hati

b)

buah keras

c)

buah mulut

d)

buah tangan