Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.2 KONFLIK ANTARABANGSA (T6Sem1)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Namakan dua kuasa utama yang mengetuai pakatan sebelum berlakunya Perang Dunia Pertama?

a)

Britain dan Perancis

b)

Jerman dan Rusia

c)

Amerika Syarikat dan Rusia

d)

Turki Uthmaniyah dan Itali

2.

Tiga negara utama yang menganggotai Triple Alliance ialah:

a)

Jerman, Austria-Hungary, Turki

b)

Rusia, Perancis, Itali

c)

Perancis, Britain, Itali

d)

Jerman, Rusia, Amerika Syarikat

3.

Dasar imperialisme berkembang pesat pada penghujung abad ke-19 dalam kalangan negara-negara Eropah. Apakah perkembangan yang berlaku melalui dasar ini?

a)

Berlakunya peperangan antara negara-negara Eropah dalam usaha untuk memperluaskan sempadan negara sendiri.

b)

Kegiatan perindustrian negara-negara Eropah berkembang secara besar-besaran kesan daripada Revolusi Perindustrian.

c)

Negara-negara yang kuat dalam ketenteraan mula mencari pengaruh membentuk pakatan sebelum berlakunya perang.

d)

Kuasa-kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan baru sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.

4.

Bagaimanakah pendidikan di Jerman boleh menjadi faktor kepada tercetusnya Perang Dunia I (1914 - 1918)?

a)

Aktiviti kokurikulum dalam pendidikan Jerman yang menekankan penglibatan pelajar dalam kegiatan badan beruniform yang berteraskan ketenteraan telah diutamakan.

b)

Kurikulum pendidikan di Jerman berjaya menyuburkan semangat cintakan negara dan perasaan mengagungkan peperangan serta ciri-ciri keperwiraan.

c)

Penubuhan institusi pengajian tinggi yang berfokus kepada ketenteraan berjaya mengeluarkan pegawai-pegawai tentera yang mengagungkan peperangan.

d)

Latihan ketenteraan selama tiga tahun telah diwajibkan kepada semua pelajar di Jerman sebelum mereka menamatkan pengajian.

5.

Apakah kesan politik yang penting selepas berlakunya Perang Dunia I (1914-1918) ke atas Rusia.

a)

Pembentukan negara bangsa Rusia yang merdeka.

b)

Berlakunya revolusi rakyat Rusia.

c)

Runtuhnya sistem pemerintahan beraja.

d)

Perpecahan Rusia kepada dua negara.

6.

Apakah peranan Liga Bangsa 1919?

a)

Mengagihkan kekayaan sama rata kepada negara-negara yang menang dalam Perang Dunia I.

b)

Membantu proses pembentukan negara bangsa bagi semua negara anggota.

c)

Memastikan semua negara mematuhi syarat-syarat Perjanjian Versailles 1919.

d)

Bagi menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya peperangan.

7.

Pada pendapat anda pernyataan manakah yang menyebabkan Perjanjian Versailles 1919 gagal menyelesaikan masalah pertikain negara-negara terlibat?

a)

Perjanjian Versailles hanya melibatkan sebahagian kecil negara yang terlibat dalam Perang Dunia I.

b)

Kuasa-kuasa besar mempunyai kuasa veto bagi menghalang sebarang usul menentang mereka.

c)

Jerman terpaksa menerima hukuman yang berat sebelah daripada pihak yang menang.

d)

Perjanjian Versailles gagal menamatkan Perang Dunia I (1914 - 1918).

8.

o : Kepentingan negara

o : Mengagungkan bangsa Jerman

o : Penyatuan bangsa Jerman seluruh Eropah

o : Anti-Yahudi dan Anti-Slav

Pendirian di atas adalah merujuk kepada tokoh berikut:

a)

Benito Mussolini : pemerintah diktator Itali.

b)

Mao Tze Tung : pengasas negara komunis China.

c)

Adolf Hitler : diktator Jerman 1920-an.

d)

Joseph Stalin : pemimpin diktator Soviet Union.

9.

Mengapakah Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Dunia Kedua (1939-1945)?

a)

Bimbang dengan dasar perluasan kuasa Jepun.

b)

Mempunyai teknologi persenjataan yang tinggi.

c)

Ingin melaksanakan dasar perluasan kuasa.

d)

Perubahan dasar dalam pentadbiran negara.

10.

Mengapakah Jepun perlu melaksanakan dasar imperialisme?

a)

Untuk memperluaskan wilayah jajahannya yang baru.

b)

Meningkatkan imej Jepun dalam kalangan negara di dunia.

c)

Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran.

d)

Menyebarkan pengaruh agama Shinto di Asia.

11.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman telah berpecah kepada dua negara iaitu:

a)

Jerman Utara dan Jerman Selatan

b)

Jerman Barat dan Jerman Timur

c)

Jerman Utara dan Jerman Barat

d)

Jerman Timur dan Jerman Selatan

12.

Apakah peranan utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada tahun 1945?

a)

Membangunkan semula ekonomi negara-negara anggota.

b)

Memastikan semua negara mematuhi Perjanjian Versailles.

c)

Memberikan kemerdekaan kepada semua negara yang dijajah.

d)

Mengekalkan keamanan dan keselamatan di dunia.

13.

Perang Dunia Kedua telah membawa kepada kebangkitan nasionalisme tempatan dan keruntuhan empayar imperialisme Barat. Berikut manakah contoh yang tepat daripada kenyataan tersebut.

a)

British yang merupakan kuasa imperialis yang paling besar telah memberi kemerdekaan kepada kebanyakan tanah jajahannya.

b)

Jepun telah menyerah diri dan telah meninggalkan negara-negara yang pernah dikuasainya kepada pentadbiran tempatan.

c)

Amerika Syarikat telah menjadi kuasa baru sehingga berjaya menegakkan penguasaannya ke atas Filipina dan juga Vietnam.

d)

Semua kuasa-kuasa barat berjaya mengukuhkan semula empayar kekuasaan mereka selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

14.

Dua kesan sosial yang besar selepas berlakunya Perang Dunia I dan II adalah:

a)

Pengangguran dan kemerosotan perdagangan.

b)

Perubahan pentadbiran dan sistem pendidikan.

c)

Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa.

d)

Kematian dan kemusnahan harta benda.

15.

Antara berikut manakah pernyataan yang benar mengenai Perang Dingin.

a)

Peperangan berlaku pada musim dingin.

b)

Peperangan yang hanya melibatkan negara-negara Eropah.

c)

Peperanan yang tidak melibatkan pertempuran bersenjata.

d)

Peperangan yang berlarutan dalam jangka masa yang lama.

16.

Perbezaan ideologi ini mendorong kedua-dua kuasa ini berusaha meluaskan pengaruh masing-masing dalam Perang Dingin.

a)

Kapitalisme dan Komunisme.

b)

Nasionalisme dan Imperialisme.

c)

Liberalisme dan Sosialisme

d)

Nazisme dan Fasisme

17.

Amerika Syarikat menggunakan "peluang ini" dengan menawarkan dana bantuan melalui Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat. "Peluang ini "yang dimaksudkan adalah :

a)

Tindakan Jepun menyerah diri selepas bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

b)

Ekonomi negara Eropah yang terjejas teruk selepas peruntukkan besar membiayai Perang Dunia 2.

c)

Rusia gagal mempengaruhi negara-negara Eropah barat bagi menerima ideologi komunisme.

d)

Kuasa veto yang dimiliki sebagai anggota tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

18.

Salah satu kesan penting Perang Dingin adalah:

a)

Negara-negara terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh.

b)

Kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

c)

Kemunculan semangat nasionalisme penduduk tempatan.

d)

Kematian yang tinggi dalam kalangan negara yang terlibat.

19.

Berikan kepentingan pertubuhan seperti North Atlantik Treaty Organization (NATO) dan Pakatan Warsaw semasa berlakunya Perang Dingin.

a)

Membantu negara-negara anggota yang memerlukan sebarang bantuan,

b)

Menyebarkan pengaruh atau ideologi negara anggota kepada negara-negara lain.

c)

Menjamin bantuan ketenteraan kepada negara-negara anggotanya

d)

Memastikan kepentingan ekonomi negara anggota sentiasa terpelihara.

20.

Mengapakah persaingan ketenteraan sering berlaku dalam kalangan negara-negara di dunia?

i) Ingin menunjukkan kekuatan

ii) Rasa curiga ketenteraan negara lain.

iii) Persiapan kemungkinan perang.

iv) Keuntungan ekonomi.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv